CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tukar Kerajaan Negeri Mampu Selesaikan Masalah Tanah Di Kelantan, Setuju?

10-11-2022 03:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 645| Komen: 2

GUA MUSANG – Masalah hak milik tanah yang dihadapi ramai rakyat di negeri ini dapat diselesaikan sekiranya tampuk pemerintahan kerajaan negeri Kelantan bertukar.


Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, meskipun lebih 30 tahun memerintah, kerajaan negeri gagal membantu rakyat yang tidak berkemampuan untuk memiliki tanah.

Katanya, dasar kerajaan Kelantan ketika ini menyebabkan ramai yang tidak mampu membayar premium tanah kerana kosnya terlampau mahal.


Foto: Kosmo

“Masalah ini hanya boleh selesai apabila kita buang kerajaan sedia ada kerana dasar mereka menekan orang-orang yang tidak mampu membayar premium tanah, cukai tanah dan sebagainya.


“Saya rasa kalau kerajaan negeri tidak bertindak, inilah jadinya. Kita anjur tukar kerajaan ini kerana mereka sudah memerintah lebih 30 tahun,” katanya.

Tengku Razaleigh turut menyeru supaya pengundi di negeri ini bertindak membawa perubahan dengan menukar pimpinan kerajaan negeri Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Kita tukar kerajaan baharu pada PRN akan datang. Itu seruan saya. Perubahan itu membolehkan saya boleh menyelesaikan soal ini,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 11-11-2022 12:14 AM
Settlekn sekali air kotor kt kelantan tu
Quote KamikuP 11-11-2022 10:31 AM
Mohon kerajaan Kelantan benarkan org luar dari negeri lain beli tanah dan bangunkan kawasan yg mundur dari zaman tok nenek lagik

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.028713 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top