CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Along Lari Rumah Lepas Abah Cekik' - Anak-anak Langsung Tak Jenguk Masa Sakit Sampai Mati Sebab Baran

10-11-2022 02:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4283| Komen: 42

Sikap garang ibu bapa yang keterlaluan serta tidak bertempat amat tidak digalakkan kerana emosi anak akan terjejas dan memberi kesan mendalam terhadap tumbesaran mereka.


Sebagaimana luahan di laman ConfesstweetMY, seorang individu mendakwa dia dan lima adik-beradik lain dibesarkan dalam suasana yang agak tertekan gara-gara bapanya seorang panas baran.


Gambar hiasan

"Abah punya baran sampai kalau lambat hidang makan pun dia mengamuk pekik dekat mak. Dimakinya lembab tak pandai jaga dia.

"Apabila abah ada dekat rumah, rumah jadi sunyi sepi. Tak boleh bising, tak boleh main. Kalau abah keluar barulah rumah tu hidup dengan gelak tawa kami dan mak. Kami gembira dia tak ada dekat rumah," kongsinya.


Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti itu, disebabkan sikap si bapa, abang sulungnya yang ketika itu berusia awal 20an mengambil keputusan untuk lari dari rumah dan tidak pulang bertahun-tahun lamanya selepas terjadi pertengkaran.



Individu itu dan adik-beradiknya yang lain turut menyusul keluar dari rumah berkenaan apabila melangkah ke alam pekerjaan.

Betapa terkilan dengan sikap si bapa, dia juga mengakui bahawa tiada seorang pun daripada adik-beradiknya terbuka hati untuk pulang ke kampung apabila mendapat khabar berita lelaki itu jatuh sakit.



Sejak pemergian si bapa, ujarnya, mereka adik-beradik kerap menziarahi ibu kerana wanita berkenaan lebih selesa tinggal di kampung.




Rata-rata netizen menasihatkan ibu bapa muda agar mengambil iktibar dengan perkongsian berkenaan supaya tidak melakukan penderaan emosi kepada anak-anak.

Dalam pada itu ramai juga dalam kalangan netizen melahirkan rasa gembira kerana keluarga individu berkenaan akhirnya kembali bersatu dalam suasana yang harmoni.




Sumber: mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jfq 10-11-2022 02:17 PM
Dimakinya lembab tak pandai jaga dia.

Aku tak faham konsep lelaki meleis yg mintak dijaga ni
Hang oku ke hapa
Quote makiting 10-11-2022 02:21 PM
Ada aje kita dengar suami yg diktator ni.. sikit2 tengking.. sikit2 naik tangan..

Tapi ada jugak binik yg queen.. laki pulak kecut..

Hidup ni mmg mcm2 ragam.. yg jadi mangsa.. pastilah anak2.

Harap2 anak yg jd mangsa sebegini.. ambil lah iktibar, jgn buat bini/suami mcm tu.. kita yg kena ubah bukan org lain
Quote ninja boy 10-11-2022 02:24 PM
hati dia je kena jaga,  x boleh bising x boleh lambat, x boleh buat marah, TV sorang kongker, motor sorang kongker, x boleh bergurau
Quote tri-max 10-11-2022 02:35 PM
alpha character - dominasi selagi boleh
mungkin hasil didikan dari moyang atok nenek
mungkin saka dalam badan
Quote Prickford 10-11-2022 02:38 PM
Iolls kalau laki jenis kadang2 makan letak pinggan dalam sinki gitu je, ok lagi boleh brain. Tapi ni lambat masak hidang pe jadah semua pon nak ditempik, elok buh penampar sedas.
Quote cap_ayam 10-11-2022 02:38 PM
Sedih pula baca part along dia balik beraya tu. Nasib baik dapat jumpa mak lagi.
Quote salimrock 10-11-2022 02:40 PM
abah ko tu mgkn mat dadah , syabu atau kalah judi,

kalo tak tahan emosi, jgn la main judi dan isap syabu ok,

biar la dia mati sorang2 ...
Quote batmana 10-11-2022 02:43 PM
dia ada kanser otak lar

mana2 laki baran pi scan otak tu, ada kes somi baran slalu, rupenya ada ketumbuhan kt dlm kepala, jadikan otaknya cepat marah baran bagai..

oleh itu, mana2 ada alami ahli keluarga yg baran,cubela debik dulu  smpai pengsan, pstu anta spital scan otak dlu, baru cite kt socmed ok..
Quote ajinomotonosuga 10-11-2022 02:49 PM
makiting replied at 10-11-2022 02:21 PM
Ada aje kita dengar suami yg diktator ni.. sikit2 tengking.. sikit2 naik tangan..

Tapi ada jugak bi ...

Panas baran tu Sb tak solat..tak jaga solat..tak zikir

Syaitan bnyk kat badan..panasss..cepat panas

So sapa sini anak suami tak solat..siap lah kiranya

Kalo tak solat..bala tuhan turun tak kire sapa..orang alim warak pun kne sama ..haiwan pun Kene

Tu...MNA tempat banjir teruk SME tu baik pi cek memasing n penduduk sme

Ingat tak BOSNIA? Pasai pa kne sembelih Ngan serbian Kristian ortodok? Pasei masjid kosong

Ramai tak solat doh..saya Jumpe pelarian depa n MMG depa Cite btui..dulu masjid SME kosong..depa MMG suke nk menantu budak mesia overc dulu2..imam depa tampal kat dinding n baca..ni zaman Yugoslavia dulu

Suruh anak jantan suami hangpa sme p masjid jamaah..jgn asik nk Sepahtu Reunion sampah SME tu

Kang penat penat orang lain p jamaah Sb hang tak solat satu tamannnn banjir besar!!!

Jgn asik tgk teknologi manusia laaa musim la Nina laaa ujung taun gitu laa..alasannn sama

Kalo SME solat satu taman kuat jamaah subuh till Isyak..Insha rahmat redha Allah yg turun..tadak bala

Jauh dari agama...bnyk isu masyarakat bleh Setel dgn kembali PD agama Islam ..mula ngaji blajo fardhu Ain zikir amal Soleh cam kuat sedekah tolong orang etc

Apa pa pun jgn Lufer undi PH. Kita mau abang Non as PM
Quote takayama 10-11-2022 02:53 PM
ajinomotonosuga replied at 10-11-2022 02:49 PM
Panas baran tu Sb tak solat..tak jaga solat..tak zikir

Syaitan bnyk kat badan..panasss..cepat pan ...

punya panjang lebar penerangan pak aji hujung2 rupanya ada iklan dan promosi
Quote cmf_almondpecan 10-11-2022 03:04 PM
Ni macam keluarga makcik saya. Makcik tu baran semacam queen control dera anak dan laki mental fizikal semua cukup. Anak sedara dan abang2 dia pun takut kat dia. Sepupu saya anak makcik ni memang lari dari rumah umur 20an tapi kemudian ada contact balik. Tak duduk dengan dia dan tak bertegur sapa sangat tapi ada la hantar dia ke hospital, bank, pejabat kerajaan kalau ada appointment atau urusan. Macam bapak dalam kisah ni, kematian dia menjadi satu peristiwa yang lift the burden from everyone's shoulders and souls. Jiwa mereka terus merdeka dan satu beban yang amat berat telah hilang setelah bapak tu mati. Saya yakin sepupu saya tu juga akan rasa tersangat lega kalau mak dia mati dulu nanti. Jadi manusia kat dunia ni, janganlah sampai kematian kita menjadi satu kelegaan besar kepada sesiapa pun.
Quote makita 10-11-2022 03:04 PM
ajinomotonosuga replied at 10-11-2022 02:49 PM
Panas baran tu Sb tak solat..tak jaga solat..tak zikir

Syaitan bnyk kat badan..panasss..cepat pan ...

Meols setuju la part baran sbb tak solat. Pada Allah pon sombong..ini lak pada manusia dipijak2 dan dihamun selagi boleh. Bila mati meols percaya mungkar nangkir tu pon kene maki.
Quote manehnya 10-11-2022 03:13 PM
baran sgt nk g mana, last2 tumpul jugak kan?

Quote jazaa100 10-11-2022 03:14 PM
Bapak dia dibesarkn dlm suasana mcm tu.....tau lah org dulu², ank² semua kecut dgn bapak....

Org sekarang je blh bergurau senda dgn ank²....tak yah kata org biasa, alim ulama dulu pun klu ank nampak muka, dah mengigil ketakutan.....

Baca lah sejarah kisah² org duulu, kebanyakannya takut & tak rapat dgn ayah...ada yg time mkn pun x blh bersembang,
Quote syamzana 10-11-2022 03:16 PM
cmf_almondpecan replied at 10-11-2022 03:04 PM
Ni macam keluarga makcik saya. Makcik tu baran semacam queen control dera anak dan laki mental fizik ...

huhu sedih tui kematian seseorg membuatkan ramai org berasa lega. ala2 sepatutnya tak perlu wujud org sebegini didunia

over sgt baran pakcik ni pun, lmbt hidang mknan pun dipekiknya bini.
kalau iols jadi bini bg laki sebegini mau lunyai kene bantai. iols punya rules dah settle mkn ummah lelaki sila kutip pinggan dan basuh+lap meja.
Quote jiwasemangat 10-11-2022 03:20 PM
Itulaa hidup aku kecik² dulu.. sama.. kesian kat mak aku tak boleh lari mana²..  kami anak² boleh lagi lari sembunyi masa kecik² dulu.. bila besar bagi reason sibuk kerja bagai.. waa
Quote AJENALI 10-11-2022 03:22 PM
Edited by AJENALI at 10-11-2022 03:31 PM

Nak tengok sikap seseorang perlu tengok akhlak dia semasa bersama2 ahli keluarganya.

“The best of you are the best to their families”
Hadis sahih, Riwayat al-Tirmidhi (3895)
Quote scorpionkiki 10-11-2022 03:24 PM
jfq replied at 10-11-2022 02:17 PM
Dimakinya lembab tak pandai jaga dia.

Aku tak faham konsep lelaki meleis yg mintak dijaga ni

Bukan melayu ja...ni ttg induvidu bukannya bangsa. Kenalan i kokesen pun ramai yg baran tp wife tak sabar mcm our people.
Quote sara_thrash 10-11-2022 03:33 PM

Jadi manusia kat dunia ni, janganlah sampai kematian kita menjadi satu kelegaan besar kepada sesiapa pun.

fuh ayat ni deep. setuju sangat

dalam diam pasangan / anak2 yang memendam rasa maybe ini lah yang mereka rasa.


Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.093066 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top