CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suri Rumah Dipukau 3 Penyamun- Dipaksa Keluarkan RM10 Ribu Dari ATM, Rantai Emas Pun Lesap!

10-11-2022 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1523| Komen: 6

Seorang suri rumah terpaksa menanggung kerugian RM16,000 selepas didakwa dipukau tiga individu sebelum disamun dalam kejadian di Puteri Mart, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Ahad lalu.


Menurut anak mangsa, Mohd Hairy Mohd Yunus, 31, kejadian berlaku sewaktu ibunya Siti Abd Hamid, 56, sedang membeli barang dapur pada pukul 11 pagi.

Bercerita kepada UtusanTV, ibu mangsa mendakwa terdapat dua wanita berbangsa tidak pasti telah menghampirinya sebelum salah seorang bertindak memegang lengan kanan sehingga menyebabkan pening dan tidak sedarkan diri.




“Ibu telah dibawa masuk ke dalam sebuah kereta dan terdapat seorang lelaki di dalamnya.


“Suspek perempuan bertindak mengacukan pisau dan meminta rantai emas serta loket ibu,” katanya.

Jelasnya, suspek sempat bertanyakan sama ada mangsa ada wang tunai atau tidak dan mangsa mengatakan hanya membawa kad bank sahaja.

Menurutnya, mangsa telah dibawa ke sebuah stesen minyak dan diminta turun oleh suspek lelaki lalu membawa ke mesin teler automatik (ATM) untuk mengeluarkan wang sebanyak RM10,000.



“Ibu telah diturunkan di sebuah bank dekat Taman Desa Cemerlang selepas suspek berjaya mengambil wang tersebut,” ceritanya.

Jelasnya lagi, ibu mangsa merasakan telah dipukau sebelum membuat laporan polis pada kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kejadian terbabit.

“Suspek masih diburu polis dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi. -CARI

Sumber: Utusan TV

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 11-11-2022 05:58 AM
Edited by jazaa100 at 11-11-2022 07:35 AM

Klu dah kena pukau, knp nk kena tunjuk pisau dlm keta, mintak je bukak rantai leher tu manja².....

Blh kuarkn cash rm10k dlm sehari ek?...aku limitkn rm3k je satu hari, dulu rm5k....sejak tak keja, rm3k pun cukup lahhh.....

Kekdg yg aku selalu jumpa, yg kena pukau ni sbb rajin melayan org yg x dikenali....

Mcm babysitter aku dulu, 2org lelaki tahan dia masa balik dari bank, pastu lelaki tu kata, - kak....muka akak ni ada nur....pd firasat saya, aka nk dpt durian runtuh yg terlalu besar nilainya, tapi akak kena "bersihkan" diri dulu dgn bersedekah apa yg akak ada....dia patah balik pi bank kuarkn semua ygduit &  serah kat org tu, org tu nmpak rantai tgn dia pakai & kata brg kemas pun akk kena serahkn, dia pun bukak rantai tgn..rantai leher yg dlm tudung org tu tak nmpak pun dia bukak & serahkn.....
Pastu org tu kata- akak kena ikhlas iya kak....klu tak ikhlas, benda ni takkn jadi....dia pun jawab - saya ikhlassss.....

Pastu org tu bg dia satu bungkusan, dia kata akak tak blh bukak ni selana 3 hari....balik rumah kena terus simpan dlm peti ais. ..bila akak bukak,klu dlm ni makanan, akak kena mkn dgn redha...selepas 7hari akak akn dpt berita gumbira....dia pun angguk² seronok dpt bungkusan tu....seblm blahhh....mamat 2ekor tu tanya lg- akak ikhlas kan bg semua ni kat saya ...dia pun jawab - akak ikhlassss.....

So, dlm kes ni malaikat tulis mamat tu sbg pemukau atau penipu....tapi akak tu ikhlas bg dia duit & emas.....mgkin sbg penipu tapi akak tu ikhlas bg dia duit &  brg enas sbg pghargaan dia dah bg akak happy nk dpt durian runtuh.....pd aku, akk tu lg berdosa besar sbb percaya cite tahyul belakangkn kuasa Allah.....

Sambungannya ....

Dia cite kat aku....aku kata knp akak percaya sgt.....tapi aku tak blh ckp lebih² kang dia tanak jaga ank aku, mana pulak aku nk cari babysitter baru.....aku nenunggu 3hari apa jd pd bungkusan tu....kebetulan masa aku dtg nk amik ank, dia tengah mkn nasi kosong dkm bungkusan.....mcm berselera sgt ... Aku tanya, ni pehal akk mkn nasi kosong....dah lah dlm kertas pembalut yg coklat ...pelik aku....Dia kata, ni lah bungkusan yg irg tu bg hari tu....jadi nasi rupanya.....dia pun sambung mkn.... aku pulak tekebil² tgok dia.....masa hari dia kena scam tu, dia tak cite pulak pasal bungkusan ni.......dlm hati aku, klu kau bg aku duit & emas tu, tetiap hari aku blh bg kau nasi....bkn nasi kosong, nasi berlauk lagi....

Aku tgu lg selepas 7hari.....pastu aku tanya dia, apa yg dia dpt....tak de apa pun....pastu meraung kata kena pukau.....

Tu aku kata...jgn layan je org tak kenal, & jgn tamak nk gandakn duit dgn segera.....tak pepasal jd mak kadok.....



Quote duri_durians 11-11-2022 12:20 PM
jazaa100:    Edited by jazaa100 at 11-11-2022 07:35 AM  Klu dah kena pukau, knp nk kena tunjuk pisau dlm keta, mintak je bukak rantai leher tu manja².....Blh ku ...

horror gak kisah ni kan? bleh buat episod drama tgh malam gitu.
Quote Samerosie 11-11-2022 12:34 PM
Kena pukau tapi boleh pulak ingat dalam kereta kena hunus pisau etc.
Quote jazaa100 11-11-2022 03:50 PM
Samerosie replied at 11-11-2022 12:34 PM
Kena pukau tapi boleh pulak ingat dalam kereta kena hunus pisau etc.

Takut anak marah, bgtau le pukau.....

Quote tri-max 11-11-2022 04:20 PM
iyelah tu, takut anak bising katala kena pukau
padahal set2 org tua suka melayan org tak dikenali
boring kot dok umah tak ada kawan sembang
Quote Solokkk 12-11-2022 10:09 AM
Pengalaman bapak sedara aku kena pukau. Abg sedara aku tgh tunggu bas, then ada org tepuk bahi dia. Org tuh kata dompet duit tertinngal kat rumah, nak bayar duit family makan pizza . Then bapak sedara aku menonong pegi ATM keluarkan duit bagi kat org tuh. Dah lebih 10 tahun kejadian nih.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.234075 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top