CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Lapan Tahun Dikurung Sejak Umurnya Kurang Setahun, Tak Pernah Tengok Dunia Luar Atau Pijak Rumput

10-11-2022 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 790| Komen: 0

Berlin: Penderitaan kanak-kanak perempuan yang didakwa dikurung oleh ibu dan datuk neneknya di barat Jerman, sejak berumur kurang daripada setahun berakhir selepas mangsa dibebaskan, baru-baru ini.


The Guardian melaporkan keadaan itu menyebabkan tumbesaran kanak-kanak berusia lapan tahun berkenaan terbantut sehingga hampir tidak mampu menaiki tangga.

Kanak-kanak dikenali sebagai Maria itu difahamkan menghabiskan lebih tujuh tahun di dalam bilik berkunci di rumah datuk dan neneknya di Attendorn, sebuah bandar yang mempunyai kira-kira 25,000 penduduk di timur Cologne.


Gambar Hiasan

"Dia tidak dapat melihat dengan banyak, dunia luar," kata pendakwa raya Patrick Baron von Grotthuss kepada akhbar tempatan, SauerlandKurier.

Doktor yang memeriksa gadis itu selepas dibebaskan pada 23 September tidak menemui tanda penganiayaan fizikal atau kekurangan zat makanan, kata pihak berkuasa perbandaran dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, semasa pemeriksaan, Maria dilaporkan berkata, tidak pernah melihat hutan, berada di padang rumput atau berada di dalam kereta.

Kanak-kanak itu boleh bercakap dan berjalan, namun Grotthuss berkata, budak itu hampir tidak dapat menaiki tangga sendiri atau memijak tanah yang tidak rata.

Punca dia disembunyikan daripada orang ramai hampir sepanjang hidupnya masih tidak jelas.

Ia kerana ibu dan datuk dan neneknya dilaporkan enggan memberikan keterangan semasa soal siasat polis.

Bapa kanak-kanak itu yang sudah berpisah dengan ibunya semasa kelahirannya, memberitahu SauerlandKurier bahawa dia menemui nota pada cermin keretanya ketika anak perempuannya berumur enam bulan.

Nota itu memaklumkan hasrat bekas pasangannya untuk berpindah ke Itali dengan kanak-kanak terbabit.

Ibu itu hanya dinamakan sebagai 'Rosemarie G' oleh tabloid Bild untuk melindungi privasinya semasa prosiding kes jenayah itu, memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan bahawa dia berpindah ke Calabria, barat daya Itali, pada pertengahan 2015.

Bapa kanak-kanak itu melaporkan kepada pihak berkuasa kebajikan belia pada September 2015 bahawa dia berulang kali melihat ibu dan anak itu di Attendorn.

Susulan itu, pihak berkuasa menyoal siasat datuk nenek perempuan itu tetapi dimaklumkan bahawa dua beranak itu menetap di Itali.

Julai lalu, pihak berkuasa tempatan sekali lagi menyiasat keberadaan kanak-kanak itu.

Ia selepas suami isteri yang tinggal di Lennestadt memaklumkan polis mengenai khabar angin bahawa kanak-kanak itu kini berusia lapan tahun dikurung di sebuah rumah selama bertahun-tahun. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.048899 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top