Oleh Izzah Abbasy
Gastrik adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding atau pengalas atau mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur. Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut. Punca-punca gastrik :
1) Makanan pedas
Makanan pedas adalah penghakis. Makanan pedas sukar untuk diproses dalam perut kita dan menyebabkan perut kita menghasilkan lebih banyak asid untuk memproses makanan tersebut. Asid yang banyak inilah yang menyebabkan berlakunya gastrik dan pedih dalam perut. Makanan pedas ini menyebabkan lebih kalori diperlukan untuk penghadaman sekaligus meningkatkan metabolisma badan. 2) Makanan masam Makanan masam menyebabkan asid berkumpul dalam perut dan gastrik. 3) Makanan berminyak atau berlemak Lemak seperti yang kita ketahui susah nak hadam dan kadang-kadang menyebabkan selulit. Makanan berlemak merangsang lebih banyak asid dikeluarkan oleh badan untuk penghadaman. Jadi, risiko untuk gastrik adalah tinggi. 4) Merokok Merokok dikatakan mampu mengurangkan kecekapan Lower Esophageal Sphincter (LES) yang berfungsi selaku pintu pagar yang membenarkan makanan masuk ke dalam perut dan menutupnya kembali. Apabila LES sering terbuka (kurang cekap), asid perut mudah masuk ke ruang esofagus dan ini amat menyakitkan. 5) Tekanan emosi Apabila berada dalam keadaan tertekan, kebiasaannya perut akan merembeskan asid dengan banyak. Ini merupakan antara sebab mengapa seseorang terasa hendak “mengunyah” ketika tertekan. Apabila kita berasa tertekan, pasti cepat berasa lapar. 6) Kurang atau tidak bersenam Sebenarnya bersenam boleh membantu kita menghadam makanan dengan baik. Bersenam juga dapat mengurangkan tekanan. Jika malas bersenam, berjalan laju sudah cukup untuk elakkan gastrik daripada menyerang. Cara paling berkesan untuk mengelakkan gastrik ini menyerang adalah anda harus elakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. - CARI Infonet Sumber info : http://pmr.penerangan.gov.my |
21
Bagus |
21
Marah |
9
Terkejut |
5
Sedih |
18
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
otai_g replied at 1-7-2015 10:38 PM
alamak maknan pedas dan berminyak tu mmg aku suka. aduh2 nak kena kurangkan ni makanan pedas.
tp ...
5997: Edited by 5997 at 21-8-2015 04:30 PM aku kena gastrik sampai krem tangan, lepas tu dr sahkan aku mengalami pengecutan otot saraf...skrg perut aku a ...
ADVERTISEMENT