CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Bukan Sebab Suara Saya Bagus Tapi...' - Kempen Meriah Bung Moktar Menyanyi

10-11-2022 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 658| Komen: 3

Kempen bersama pengundi muda yang dianjurkan Barisan Nasional (BN) di pusat operasi calon BN Parlimen Putatan pada malam Rabu, dimeriahkan dengan dendangan lagu daripada Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.


Beliau yang menyampaikan lagu Berita Kepada Kawan oleh Ebiet G Ade pada program itu mendapat sambutan gemuruh terutama dari kalangan anak muda yang juga terlibat dalam undi18 pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.


Bung menyampaikan lagu Berita pada kawan pada program Lepaking Pengundi Muda di Kampung Sipanggil, Putatan.

Katanya, jika dengan mendendangkan lagu boleh menarik minat pengundi untuk memenangi pilihan raya kali ini sudah tentu ia dilakukan.


"Sebenarnya di mana-mana saya diminta mendendangkan lagu. Bukan sebab suara saya bagus tetapi mereka mungkin suka saya menyanyi.

"Sebab itu dari awal saya katakan, untuk menang kita buat cara mahu menang. Mereka mahu kita nyanyi dan selagi boleh, kita buat. Tak boleh nyanyi, jangan nyanyi, cari lain (usaha kaedah lain tarik minat pengundi muda)," katanya ketika ditemui pemberita selepas program Lepaking Pengundi Muda, di Kampung Sipanggil, di sini.

Bercakap mengenai pengundi muda, beliau berkata, maklum balas dari segi trend PRU kali ini berbeza dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas.

"Saya lihat respons daripada anak-anak muda amat tinggi kepada BN, pilihan raya ini pilihan raya anak-anak muda.

"Kita bagi anak muda peluang untuk menentukan masa depan, pilihlah parti mana, calon mana tapi jangan tersalah pilih sebab semua parti bertanding sudah ada 'track record', terbukti BN mampu mengangkat martabat negara ini dan menyelesaikan krisis berlaku termasuk ekonomi. Jadi beri mandat kepada BN," katanya.


Loading FB Post...


Sumber: Sinar Harian





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 10-11-2022 12:43 PM
cara kempen politik di Malaysia semakin lama semakin jelas cara kempen politik di negara2 mundur.
Quote alesandra 10-11-2022 03:19 PM
Kaki sakau komisen takkan nak  bagi ceramah good governance pulak kann.nyanyi jela mampu
Quote kakikuDibibirmu 10-11-2022 03:22 PM
Bung bung cikecikecike bung bung bung Kenabatangan

[youtube]lOj0JIMYl5k[/youtube]

Can you speak English?

[youtube]GlUcn2Tmnqk[/youtube]

[youtube]YMYwqCGaF48[/youtube]

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.080999 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top