CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bau Kedai Lagi, Lamborghini RM1.47 Juta Dah Remuk Kemalangan

10-11-2022 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1269| Komen: 6

BANGKOK – Seorang pemandu terpaksa ‘berputih mata’ apabila dia merosakkan kereta Lamborghini baharu miliknya yang berharga kira-kira £270,000 (RM1.47 juta) dalam satu kemalangan yang melibatkan beberapa kenderaan di lebuh raya Thailand, lapor akhbar The Sun.


Lima orang dilaporkan cedera dalam kemalangan tersebut yang berlaku berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok.

Lamborghini Aventador kuning yang dimiliki lelaki dari Singapura itu mempunyai nombor pendaftaran berwarna merah, yang menunjukkan bahawa dia baharu sahaja membeli supercar tersebut.


Foto: The Sun

Kereta itu boleh dipandu pada kelajuan mencecah 350 kilometer sejam (km/j) dengan jarak 0 hingga 96 km/j dalam masa 2.8 saat.

Lelaki itu didakwa menyebabkan kemalangan di lebuh raya tersebut pada 5 November lalu, demikian menurut seorang jurucakap polis trafik.

Pegawai yang tiba di lokasi kejadian menemui beberapa tiang utiliti dan penghadang jalan berselerak di seberang jalan bersama beberapa kenderaan yang remuk.

Perkhidmatan kecemasan menemui kereta Lamborghini kuning itu tidak jauh daripada beberapa kenderaan lain yang rosak.

Siasatan awal mendapati lelaki itu memandu laju berhampiran lapangan terbang dan menyebabkan pelanggaran selepas merempuh sebuah kereta Toyota.

Lamborghini itu kemudian melanggar tiang utiliti dan bekalang trap pikap sebelum merempuh penghadang lalu terbalik. Pemiliknya kemudian dibawa ke balai polis tempatan untuk disoal siasat.

Polis sedang meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan itu untuk menentukan sama ada tindakan lanjut akan diambil. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 10-11-2022 12:35 PM
hasil duit haram barangkali
Quote Sazreena 10-11-2022 12:48 PM
Kalau kaya beli baru yg lain je la..claim insurans lambettt..
Quote shernazz 10-11-2022 01:18 PM
Dari singapore kan...
Kat sana tak.boleh memecut
Kat thai..kasi kaw kaw la..sampai lost
Quote che-cikL 10-11-2022 01:39 PM
Haas tepukkk
Quote JulietTheOrange 10-11-2022 02:20 PM
xsempat nk pecut kat hiway malaysia
Quote imanjannah 10-11-2022 03:30 PM
belum sempat nak menunjuk kat Malaysia

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.046338 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top