CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Berang! Influencer Galakkan Orang Makan Sup Kelawar, "Nak Mati Sendirilah, Jangan Bawa Wabak!"

10-11-2022 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1183| Komen: 9

BANGKOK – Seorang pesohor YouTube di Thailand menjadi mangsa kecaman netizen kerana memuat naik satu klip video memaparkan aksi dia memakan sup kelawar dan menggalakkan orang lain untuk memakannya, lapor laman berita Thaiger.


Menerusi saluran YouTube miliknya yang diberi nama ‘Gin Zap Bep Nua Nua’ (makan pedas dan sedap), wanita itu dilihat mengoyak daging kelawar yang dimasak sup bersama tomato ceri, sebelum mencelupnya ke dalam sos pencicah yang dipanggil Nam Jim.

Wanita itu menyuarakan ‘keenakan’ rasa kelawar dan membandingkan rasa haiwan itu dengan daging tikus. 

Pada satu ketika, dia mengangkat daging kelawar itu dan berkata: “Ia mempunyai gigi.”




Setelah memakan daging haiwan eksotik itu, dia kemudian mengunyah tulang kelawat tersebut sambil berkata bahawa ia sangat lembut.

“Anda tidak boleh mengambil ringan (risiko) dengan kelawar,” kata Profesor Teerawat Hemajuta dari Fakulti Perubatan di Universiti Chulalongkorn.

Menurut beliau, kelawar mengandungi patogen yang beoleh membuatkan manusia sakit teruk dan memulakan satu lagi wabak penyakit.

“Walaupun dimasak dengan betul, masih terdapat risiko tinggi untuk manusia dijangkiti,” katanya.

Video itu mendapat pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.

“Jika anda mati, matilah seorang diri. Tiada siapa yang akan menyalahkan anda. Tetapi anda akan dikutuk jika memulakan wabak,” kata seorang netizen.

“Anda meletakkan diri anda dalam risiko. Kalau sakit jangan bebankan doktor dan jururawat,” komen netizen lain. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pembacagosip 10-11-2022 11:31 AM
dah Allah haramkan makanan yg merbahaya tapi tula manusia degil
selalu ingkar
apa sedap sgt ke...
dia x sakit ke lepas mkn tu
kut la insop dia
Quote kakikuDibibirmu 10-11-2022 12:08 PM
pembacagosip replied at 10-11-2022 11:31 AM
dah Allah haramkan makanan yg merbahaya tapi tula manusia degil
selalu ingkar
apa sedap sgt ke...

Kalau dah masak sup tu semua kuman dah mati
Quote Simunggu 10-11-2022 12:09 PM
muka cantik...makan sembarangan...
Quote AbukRokok 10-11-2022 01:04 PM
ramai masih lagi percaya penipuan kelawar penyebab wabak
Quote Mooverine 10-11-2022 01:59 PM
ramai ja orang makan kelawar sebenarnya.. tapi bukan la sebarang jenis kelawar..
macam belalang.. macam katak..
yg dimakan kalau tak silap kelawar buah..
Quote KirazMevsimi 10-11-2022 02:09 PM
Ya Allah Ya Tuhan. macam macam. kembang tekak
Quote Sazreena 11-11-2022 11:33 AM
Eyekkkk...kang kena penyakit aneh-aneh menggagau nak cari ubat.
Quote FOTHER-MUCKER 11-11-2022 11:45 AM
pembacagosip replied at 9-11-2022 07:31 PM
dah Allah haramkan makanan yg merbahaya tapi tula manusia degil
selalu ingkar
apa sedap sgt ke...

Betulke allah haramkan?
Dulu asalnya (dalam old testament) Allah juga mengharamkan manusia makan unta .. haram katanya, tapi allah berubah fikiran apabila dia menurunkan kitab baru iatu kitab al-Quran. Boleh pula yang haram jadi halal. Allah pun boleh berubah fikiran juga ke?


Quote FOTHER-MUCKER 11-11-2022 11:47 AM
Dia orang semua makan lah, kelawar tikus lipas semua tu.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.038447 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top