CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kenali 22 Sikap Lelaki 'Gentleman'

2-9-2015 01:41 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 6716| Komen: 6

Oleh Izzah Abbasy

Lelaki memang terkenal dengan gaya 'gentleman' mereka? Tetapi, bagaimana kita menilai mereka ini? Adakah lelaki 'gentleman' ini dikatakan poyo ataupun hipokrit?

Jom, kenali lelaki
'gentleman' ini.


1. Kalau anda terlewat bersiap untuk temu janji, dia tidak marah-marah, Jauh sekali membebel. Sebaliknya dia akan tersenyum sahaja dan mungkin dia akan menegur dengan cara paling sopan dan berlapik.


2. Anda menyakitkan hati si dia secara tidak sengaja. Tapi lelaki yang ‘gentlemen’ tidak akan marah melulu dan memilih untuk meluahkan secara terus terang. Tetapi jika sudah hilang kesabaran, mungkin dia bertindak mendiamkan diri atau menjauhkan diri daripada anda. Dia tidak akan bergaduh atau menghempas telefon. Bergaduh dengan wanita hanya membuang masa baginya.

3. Anda bersamanya di sebuah restoran dan terjadi satu salah faham di mana lain hidangan yang dipesan, lain pula yang dihantar. Namun, dia bukanlah orangnya yang suka membebel, menjerit-jerit dan memaki hamun.



4. Sewaktu memandu, biarpun ada kereta yang membuat kurang ajar seperti isyarat tangan, sambil memberi isyarat lampu tinggi mengajak si dia berlumba, dia tetap tenang. Provokosi? Maaf, lelaki 'gentleman' tidak berminat untuk melayan!



5. Jejaka ‘gentleman’ jika membuat kebajikan tidak selesa menjadi tumpuan ramai. Baginya, kalau tangan kanan menderma dan memberi, tangan kiri tidak perlu tahu.


6. Lelaki ‘gentleman’ tidak akan bercakap ketika makanan penuh di dalam mulut.

7. Ketika hujan lebat si dia sanggup menjemput anda di tempat kerja betul-betul di tempat yang berbumbung. Dia tidak mahu anda terkena hujan. Kalau laluan kereta tidak berbumbung, dia akan menyuruh anda tunggu sementara dia keluar untuk memayungkan anda.


8.Ketika berjalan berdua, kalian terserempak dengan keluarga saudara anda. Si dia dengan ramah menegur dan bertanya khabar, malah mempelawa mereka menyertai anda berdua.



9. Dia tidak pernah berbual di telefon dengan suara yang boleh didengar dalam jarak selang sebuah rumah. Jauh sekali bercakap berdegar-degar seolah-olah dialah lelaki paling hebat.

10. Dia tidak akan mengorek hidung di depan anda walaupun anda sudah menjadi pasangannya selama 10 tahun.

11. Lelaki ‘gentleman’ tidak akan bersin atau menghembus hingus tanpa tisu. Mereka juga tidak akan meludah merata rata. Lelaki ‘gentlemen’ juga tidak akan sesekali melaras-laras alat sulitnya di khalayak ramai.

12. Dia tahu anda penat kerana seharian bekerja. Kerana itu dia tidak berleter jika anda timbunkan pinggan mangkuk di singki semalaman. Sebaliknya dia dengan tenang menyingsing lengan baju dan membasuh setakat yang termampu.


13. Anda kelam-kabut pada waktu pagi untuk bersiap ke tempat kerja. Butang kemeja bajunya tercabut. Dia terus mencapai benang dan mencari jarum. Dia akan menjahit sendiri tanpa mengharap bantuan daripada anda.

14. Jika ada tompokan darah haid di atas cadar dan anda tidak menyedarinya, dia tidak akan berleter sebaliknya dia hanya memberitahu dan menghulurkan cadar baru untuk anda tukar.

15. Lelaki ‘gentleman’ mesti menggosok giginya sekurang-kurangnya dua kali sehari.

16. Seorang lelaki ‘gentleman’ sanggup berada di dalam tandas dalam tempoh masa yang lama jikalau dia gagal mengepam selepas berurusan di mangkuk tandas. Dia akan memastikan tiada kesan ditinggalkan sehingga membuatkan insan lain ‘terseksa’.

17. Kalau melihat anda membawa barangan yang banyak, dia akan menghulurkan tangan membantu.

18. Walaupun hanya sendirian di rumah, dia sesekali tidak akan minum air dengan meneguknya terus dari botol minuman. Dia akan mencari gelas dan menuangnya untuk minum.

19. Lelaki ‘gentleman’ tak perlu diajar kerana mereka tahu bila masanya wanita merajuk dan bila pula masa wanita harus dipujuk.



20. Lelaki ‘gentleman’ jika terpandangkan perempuan seksi ataupun sesuatu yang menjolok mata, dia tidak akan bersorak apa lagi memandang dengan penuh ghairah. Dia tetap tenang.

21. Kalau anda meminta dia membayar bil atau membeli sesuatu, dia tidak pernah gelapkan duit baki. Sebaiknya dia akan menyerah setiap sen kepada anda.


22. Dia tidak akan mengungkit kisah lama anda, biarpun dia tahu dan sedar dirinya adalah cinta kedua anda.



Adakah anda telah berjumpa dengan Lelaki ‘gentleman’ seperti ini? Jika tidak semua fakta di atas ada pada lelaki anda, satu atau dua pasti ada yang serupa kan? Yang penting, terima pasangan anda seadanya. - CARI Infonet



Sumber info : nicknashram

12

Bagus
12

Marah
19

Terkejut
20

Sedih
12

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ipes2 22-8-2015 05:59 AM
No: 11... do people actually do this? ie hembus tanpa tisu..yewwwww
No: 16... yg tak gentleman macam sy pon akan tunggu..sebab segan
Quote silampumeja 28-8-2015 02:09 PM
NO 11 dan seterusnya... i setuju...i loike
Quote Emperor95 29-8-2015 09:18 AM
Saya hanya gentleman pada yang tersayang.
Quote siape_aku 3-9-2015 02:53 PM
too good to be true.....tak mungkin la lelaki memiliki kesemuanya...tapi ade la......
Quote eileen80 4-9-2015 08:35 AM
ya, sy pnh melalui fasa hdp dgn lelaki yg miliki sume ciri di atas.
bks tunang sy. sgt polite, baik, b'ckp sgt lmbt, xpnh marah...
malangnye sy b'paling arah & memilih lelaki laen yg akhirnye m'jadi somi & kini tlh m'jadi bks somi.
semoga bks tunang sy tu m'dpt kebahagiaan di samping isteri & anak, melebihi ketika b'sama sy.
Quote rabudota 16-9-2015 06:44 PM
Video Dewi Persik Bugil Sehabis Berenang

Duo Serigala Siap Pamerkan Payudara Di Film Terbarunya

Koleksi Foto Bugil Amel Alvi

Koleksi Foto Bugil Ayu Ting Ting

Foto Bugil VJ Marissa Sexy Banget

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.184800 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top