CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rider Dipuji Melangit, Sanggup Redah Banjir Demi Hantar Makanan

9-11-2022 07:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 920| Komen: 3

indakan seorang penghantar makanan meredah banjir untuk menghantar pesanan pelanggan menyentuh hati serta meraih pujian orang ramai.

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @echa.cha__ memperlihatkan seorang lelaki menunggang motosikal sanggup meredah banjir demi memastikan pelanggan menerima pesanan dengan baik dan cepat.

Rata-rata orang ramai memuji sikap penghantar makanan tersebut kerana begitu gigih mencari rezeki walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.



“Tetap hantar pesanan walaupun banjir, pelanggan je tidak faham penghantar makanan, asyik mahu marah sahaja,” komen pengguna TikTok.


“Dalam mencari sesuap nasi sanggup redah. Tanpa penghantar makanan, makanan tidak akan sampai.

“Moga semua penghantar makanan dimurahkan rezeki dan selamat dalam bekerja walaupun hujan, panas, banjir dilalui,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

“Aku kalau hujan aku tidak jadi membuat pesanan kerana kasihankan mereka tetapi bila fikir balik, ini punca pendapatan mereka, jadi aku hormat sangat dengan penghantar makanan ini, rajin cari rezeki,” tulis pengguna TikTok yang lainnya.



Dalam pada itu, terdapat juga orang ramai yang meminta penghantar makanan tersebut untuk lebih berhati-hati kerana bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Hati-hati abang, risau dalam banjir ni banyak benda yang tidak dijangka boleh berlaku. Apapun saya doakan yang terbaik buat abang,” tulis pengguna TikTok di ruangan komen. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 9-11-2022 09:26 PM
Diharapkan pelanggan tu bagi tips lebih...

Quote Thunderclouds 9-11-2022 10:28 PM
Harap moto xjahanemm
Quote rosedemon 10-11-2022 10:27 AM
dah tu keja dia buat jela keja

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.033730 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top