CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Daddy Najib Masih Fikir Parti Dan Mengharapkan Kita Menang Besar Dalam PRU15,” Nooryana

9-11-2022 07:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 388| Komen: 0

ARAU: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa kecewa dengan segelintir pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk Datuk Seri Shahidan Kassim yang bertanding atas tiket parti lawan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Itu antara pesanan Najib kepada anaknya, Nooryana Najwa sewaktu mengunjungi bapanya di penjara baru-baru ini.

Selain itu, Najib juga turut menyambut baik semua calon baharu yang diketengahkan oleh BN dalam PRU15.


Foto: Utusan

Menurut Nooryana, bapanya berharap agar semua kepemimpinan parti dapat bersatu padu dan menumpukan perhatian bagi menyantuni rakyat untuk menyakinkan mereka bahawa BN merupakan pilihan yang tepat.


“Najib tak boleh berkomunikasi dengan sesiapa dan hanya ahli keluarga sahaja dibenarkan bertemu dengannya. Sewaktu pertemuan kami, beliau masih memikirkan tentang parti dan mengharapkan kita menang besar dalam PRU15,” katanya sewaktu turun padang memberikan sokongan moral kepada jentera BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pauh di sini hari ini.

Hadir sama sewaktu pertemuan itu adalah calon BN DUN Pauh, Syed Atif Syed Abu Bakar.

Shahidan sebelum ini memilih untuk bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) selepas BN tidak mencalonkan beliau untuk bertanding di Parlimen Arau.

Dalam pada itu, Nooryana berkata, Najib juga turut berpesan kepadanya untuk membantu kempen BN dalam PRU15 dan negeri pertama yang beliau kunjungi adalah Perlis.

“Najib turut kecewa tidak dapat bersama-sama membantu akar umbi dan parti bagi meneruskan perjuangan dalam PRU15.

“Beliau berpesan agar kita fokus dan melakukan kerja keras bagi membela nasib rakyat demi kestabilan negara pada masa hadapan,” katanya. –CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.031848 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top