CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Sarat Hamil Tersangkut Dalam Lif Sampai Dua Jam, Nasib Tak Terberanak

9-11-2022 06:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1615| Komen: 16

Tular di laman sosial tiktok dengan video bomba menyelamatkan seorang perempuan yang tersangkut di dalam lif. 

Dikatakan wanita tersebut sedang sarat mengandung dan hampir 2 jam tersangkut di dalam lif. 

Video tersebut dikongsi di akaun tiktok  @farieynanasya1_.

Foto: tiktok

"Pengalaman 9Bulan bawa perut . Stuck dalam lift … alhamdulillah semua baik… thankyou abg Bomba . Call maintainance belum sampai. Abang bomba penyelamat."

Menerusi video tersebut, pasukan bomba dilihat bertungkus-lumus menyelamatkan wanita tersebut. 


Menurutnya, dia telah menghubungi pihak penyelenggaraan tetapi masih belum sampai. Dia mengucapkan terima kasih kepada pihak bomba kerana telah menyelamatkannya yang sedang sarat mengandung.



Difahamkan suami dan anak-anaknya juga setia menunggu di luar lif sehingga dia berjaya diselamatkan.

Menjengah ke ruangan komen ramai yang mengatakan mereka turut fobia untuk menggunakan lif akibat takutkan perkara ini berlaku.

Mereka juga mengucapkan rasa syukur kerana wanita itu berjaya diselamatkan. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 9-11-2022 08:56 PM
aku seriau naik lif bila bab mcm ni la
terutama lagi lif ppr atau bangunan tinggi
Quote gigahertz 9-11-2022 10:36 PM
airmineral: aku seriau naik lif bila bab m ...

Paling tak suka tgh naik lif atau lif turun ada bunyi krukk krakk ting ting ting mcm nat skru tertanggal
Quote raxief 9-11-2022 10:55 PM
haram bomba jantan pegang2 wanita hamil

-setazah apipah
Quote Lily_Elizabeth_ 9-11-2022 11:15 PM
BOMBA ni kesianlah.
Apa apa BOMBA. gaji tak banyak mana. Segala masalah tersepit terkepit waima punai terselit cincin pun deme kena selesaikan.
Bravo BOMBA.
Quote krustykrab 9-11-2022 11:27 PM
Jah pipah tak nk dayuskn suami ke sb bg bini sarat mengandung pi keje carik rezeki..alih² beranak spital cabuk je
Quote whimsicalmusic 10-11-2022 01:21 AM
Aku ngn family pnah stuck dlm lif dkt sejam..nk call xde reception, tekan button alarm pn xleh..dlm 10org dlm tu..security call maintenance guy tp kena tunggu..dpt je bukak aku terus maki2 security tu. Bila ingt blk rasa bsalah sbb bukan salah die pn huhu. Tp da bengang kn, dgn bdk2 da nangis2. Lama lpas tu lif tu xfunction, 2 thn jgk la. Ni br function blk, tp die suka titibe bhenti mane2 level pastu akan titibe turun one level n bukak pintu. Aku kalo cmtu mmg keluar la babai..kang dr satu level jatuh 10 level ke..seram
Quote Cassieopeia 10-11-2022 10:00 AM
kat mane ni? byk ppr lif tak selenggara sbb penduduk taknak byr maintenance. mcm kes lif jatuh tu berapa lama xbyr bila dh jd kes salahkan gov / pbt.
tp kes akak ni nasibla dia xde pape.  
Quote rosedemon 10-11-2022 10:25 AM
benda camni la yg aku takot
Quote talapia 10-11-2022 10:42 AM
seriau la lif sangkut in between level camni.. memangla bomba dah kopak pintu.. ko imagine tengah memanjat nak keluar dari pintu.. lif drop ke bawah. Tak ke gila? Adoi imaginasi aku..
Quote ezacbee 10-11-2022 11:20 AM
Memang seram naik lif uzur ni.. Bergoyang bergegar semua ada. Yg naik redo jelah.
Quote auntieagony 10-11-2022 11:33 AM
Alhamdulillah perempuan mengandung tu dpt diselamatkan.

Auntie mmg ada perasaan takut bila naik lift yg sempit dan kurang selesa, terutama kalau kena naik seorang diri.

Pernah naik lift rumah flat PPRT dgn uncle lah. Lift gelap takder lampu & takder aircond/kipas. Cemasnya auntie, hanya Allah yg tahu. Tambahan takder tanda kita berada di tingkat mana. Cuma tekan no di panel lift tu dan berdoa jer lah.... Alhamdulillah ada juga org lain yg naik lift beritahu kita di tingkat berapa. Dlm hati auntie, mcm mana penduduk tu tahan hidup sebegini?
Quote pembacagosip 10-11-2022 11:38 AM
sbb tu dalam lif klu ramai2 aku rasa sesak sgt nak nafas
mahunya jammed...padat ramai2 eh seriau
Quote mizruncing 10-11-2022 11:47 AM
ya Allah benda ni laa selalu terbayang masa naik lift. kena plak takde letrik gelap. boleh sesak nafas Aallahu mintak dijauhkannn
Quote Dalcott 10-11-2022 12:00 PM
kesian nye
Quote tahanie 10-11-2022 12:19 PM
Sebab tu jangan naik lif ramai-ramai.
Quote pp_gurl 10-11-2022 12:33 PM
aku penah je kena kat kondo tepi mrr2 tu..
dia naik laju meroket ke atas tak stop floor rumah aku
pastu laju turun...tp tak terhempas le
fobia siot

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.092354 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top