CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Haram Keluarga Dan Keturunan Saya Mengundi PH Kali Ini!" Ustaz Dusuki Persoal 'Tauliah' Anwar Ibrahim Bagi Tazkirah Di Masjid?

9-11-2022 06:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4611| Komen: 77

Umum mengetahui bahawa nama Ustaz Ahmad Dusuki antara yang tersenarai dilarang memberi ceramah di Pulau Pinang kerana tidak mempunyai tauliah.

Terbaru, Ustaz Ahmad Dusuki memuat naik hantaran berupa beberapa keping foto di Instagramnya yang memperlihatkan ahli politik, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti sedang memberi takzirah kepada jemaah masjid yang hadir.

Menerusi hantarannya itu, Ustaz Dusuki dilihat mempersoal adakah Anwar memiliki tauliah untuk memberi ceramah di dalam masjid.


Foto: IG

“Saya antara nama yang di senarai nama yang di larang berkuliah di Pulau Pinang oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang sebagaimana di sebar di media massa di sebabkan saya tidak ada TAULIAH katanya.


“Manakala hamba Allah ini pula? Ada tauliah jugakah? Saya menunggu jawapan dan tindakan dari Majlis Agama Islam Pulau Pinang,” ujarnya.

Namun begitu, Ustaz Dusuki menyatakan bahawa dia mengharamkan ahli keluarga dan keturunannya untuk mengundi Pakatan Harapan sebagai penutup kata.

“Haram keluarga saya dan keturunan saya mengundi PH kali ini! Noktah…,”tulisnya di ruangan kapsyen.



Menjengah di ruangan komen, ada segelintir warganet tampil menjelaskan bahawa Anwar Ibrahim di masjid itu bukanlah untuk memberi ceramah namun singgah untuk menunaikan solat Maghrib.

Susulan itu, ramai warganet terkilan dengan tindakan Ustaz Dusuki dan memintanya untuk bersangka baik sesama umat Islam. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 9-11-2022 06:29 PM
gila dah bangnon ni sampai dlm masjid surau pun dia xde segan silu bg ceramah.... dah hebat sgat ke smpai semua bab ko boleh cakap ???
Quote axl_bach 9-11-2022 06:45 PM
Apa yg si haramjadah ka jadahharam ka apa ka depa ka Bangnon ka apa ka tu gebangkan? Xkan dia sembang ceramah agama?

Kalau ceramah agama yg dia selalu jaja Islah Mastato'tum jer lah
Quote takayama 9-11-2022 07:43 PM
Ms dia jd President UIA kt PJ dulu, dia pernah bg tazkirah subuh kt masjid Al malik faisal
Quote honeybee1802 9-11-2022 07:45 PM
Bangnon serba boleh....
Quote Suchi 9-11-2022 07:47 PM
Kelakor tgk bakal2 waibi 2 minggu ni penuh la surau,mesjid, kenduri arwah bagai

Hat buat mcm2 keje pun ada, angkut sawitla, jd doc gigi la, bako kukis bagai.

Tp ada tak ye yg jd supir antor rakyat malaysia yg terkandas kat stesen LRT itu?
Time ni laa kan nk tunjuk korang terpaling prihatin
Quote tripleid 9-11-2022 07:51 PM
Ntah2 bangnon tu bagi tazkirah ringkas jah lepas baca buku mathurat..yg ko nak jeles sgt pasaipa..ko mmg lah tak undi ph sbb ko tu walaun Pas!
Quote nolya 9-11-2022 08:05 PM
Astagfirullah Ustaz.  Marah benor nampak.  Haram mengundi PH tu hukum drp Ustaz kan untuk keluarga sendiri. Kalau ada yg mengundi PH, apakah mereka akan tersingkir drp ahi keluarga?  Tak sangka ustaz pu mcm ni perangai?
Quote Nurdianah 9-11-2022 08:06 PM

Quote Orix 9-11-2022 08:08 PM
takayama replied at 9-11-2022 07:43 PM
Ms dia jd President UIA kt PJ dulu, dia pernah bg tazkirah subuh kt masjid Al malik faisal

tempat chuols kalini brp penjuru chuols ??? iols enam
Quote R2D2 9-11-2022 08:13 PM
netizen pun satu hal nak backup
DSAI cuma singgah nak solat Maghrib?
tak adanya sekadar nak bersolat boleh duduk di kerusi depan
Quote takayama 9-11-2022 08:16 PM
Orix replied at 9-11-2022 08:08 PM
tempat chuols kalini brp penjuru chuols ??? iols enam

kali ni 3 penjuru jer
BN - UMNO
PH - Muda
PN - Pas

hr tu org umeno ckp nk letak blk si razali berahim kt muo tp rupa2nya diaorg gie letak dia utk lwn abahcow, walau x berkenan dgn abahcow lg nyampah dgn razali tu
Quote takayama 9-11-2022 08:17 PM
Orix replied at 9-11-2022 08:08 PM
tempat chuols kalini brp penjuru chuols ??? iols enam

lupa plk nk kata meriahnya tempat chuols smp 6 penjuru jgn pening sudah
Quote Orix 9-11-2022 08:21 PM
takayama replied at 9-11-2022 08:16 PM
kali ni 3 penjuru jer
BN - UMNO
PH - Muda

patutnya tmpt abahcow tu letak KJ lg bagus. baru lah sengit. tmpt iols x pening sbb GTA ada. kalau GTA xde bru iols pening nk undi sapa
Quote takayama 9-11-2022 08:24 PM
Orix replied at 9-11-2022 08:21 PM
patutnya tmpt abahcow tu letak KJ lg bagus. baru lah sengit. tmpt iols x pening sbb GTA ada. kalau ...

Kj kt sg buloh tu okay juga tp klu dia kt Pagoh mmg pishang juga abahcow
Ni family kat muo dah start berkempen utk PN, kaka jwb kowser
Ms PRU utk Dun, Pejuang mmg kalah teruk kt tempat kaka maka xdelah wakil GTA kt muo tu
Quote alesandra 9-11-2022 08:26 PM
Bior le kt negeri dia.ko tu kt selangor pun kena ban kanz benda ni x pelik pun..masa pas bersengkongkol dgn dapig dlm PR dulu pun ramai sediamaklum dia selalu bagi tazkirah mcm ni.tetiba ko rasa pelik pulak..gara2 dendam kesumat busuk hati
Quote jejaka_hensem 9-11-2022 08:28 PM
Wow ustaz,dah siap warning ya haram keturunan dia undi ph.
Kalau ada yg undi nanti,jadi apa agak nya
Quote Orix 9-11-2022 08:56 PM
takayama replied at 9-11-2022 08:24 PM
Kj kt sg buloh tu okay juga tp klu dia kt Pagoh mmg pishang juga abahcow
Ni family kat muo d ...

hahaha maknanya chuols x ada pilihan lain khuenst. kena undi 'kluster mahkamah' tp dari golongan muda gitchu
kalau iols jd chuols maybe iols akan pening even 3 penjuru sbb 2 drpd nya sorg kluster mahkamah sorg lg parti penuh dgan kluster mahkamah... yg tggal parti lobai... oh noooooooooooo
Quote jazaa100 9-11-2022 09:04 PM
Benda halal kau haramkan......


Quote FOTHER-MUCKER 9-11-2022 09:12 PM
Ini dewan serbaguna!

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.260378 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top