CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Sahaja Akalnya, Sorok Ketamin Dalam Penguli Doh Roti

9-11-2022 05:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 619| Komen: 1

BALIK PULAU – Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran ketamin yang ditemui disorok di dalam tempat penguli doh roti dengan nilai RM160,000 di sebuah syarikat penghantaran di Bayan Lepas di sini, Jumaat lalu.


Operasi yang dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri kira-kira pukul 7 pagi itu turut menahan seorang pemuda tempatan berusia 28 tahun.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, hasil pemeriksaan dan serbuan dengan dipandu arah suspek terbabit telah menemui bahan terlarang itu dengan anggaran berat 2,928 gram di dalam 11 unit penguli (pastry rolling) berwarna merah dan hijau.

Menurutnya, berdasarkan risikan, bekalan ketamin tersebut akan dihantar ke luar negara melalui syarikat penghantaran.


Foto: Kosmo


“Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati negatif dadah. Semakan rekod mendapati suspek tidak mempunyai sebarang kesalahan lampau.

“Turut disita adalah sebuah motosikal jenis CF250 bernilai RM12,000 dean sebuah kereta jenis Proton Persona bernilai RM15,000. Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta berjumlah RM187,000,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, anggaran dadah ketamin yang dirampas itu juga mampu dibekalkan kepada 4,000 orang penagih.

Tambahnya, suspek kini ditahan reman selama enam hari sehingga 10 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 10-11-2022 10:24 AM
org2 kreatif ni buat la kerja yg halal.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.041697 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top