CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dakwa Rumah Terbakar Angkara Meteor

9-11-2022 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 424| Komen: 0

Seorang lelaki California Utara menyatakan dia percaya terdapat meteor jatuh di atas rumahnya sehingga menyebabkan kebakaran baru-baru ini.

Lelaki itu, Dustin Procita memberitahu stesen televisyen KCRA bahawa dia berada di dalam rumah bersama dua anjingnya apabila terdapat sesuatu yang menimpa rumah dan menyebabkan kebakaran di kediamannya di daerah Nevada.


Sebuah rumah terbakar yang mana penghuninya percaya ia berpunca dari meteor yang jatuh dari langit baru-baru ini. - Foto CAL Fire

Menurutnya dia terdengar bunyi dentuman besar dan mula menghidu asap sebelum pergi ke anjung dan mendapati ia telah terbakar.


Sejumlah orang dilaporkan telah merakamkan bebola api menerusi kamera yang menerangi langit gelap California sekitar jam 7:30 malam pada malam Jumaat lalu.

Seorang pemilik rumah turut merakamkan gambar bebola cahaya yang terang menerusi kamera di Redding, California.

Rakaman itu menunjukkan kilatan bebola api yang terang di langit.

Beberapa orang lain juga merakamkan gambar bebola api itu menerusi kamera ketika ia berada di langit.

Dalam pada itu, Procita berkata pada mulanya dia tidak pasti apakah benda yang jatuh di atas rumahnya.

Namun, selepas mendengar tentang bebola api menerangi langit malam pada masa sama, dia percaya ia adalah meteor yang jatuh dan 'mendarat' di atas rumahnya. 


Sumber: Sinar Harian





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.069984 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top