CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cikgu Tekup Muka Anak Autisme Guna Bantal Sampai Mati, Cuba Bunuh Diri Tapi Tak Tahan Sakit

9-11-2022 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1677| Komen: 11

BANGKOK – Seorang guru di wilayah Songkhla, Thailand didakwa membunuh anak lelakinya berusia lima tahun yang menderita masalah autisme dengan cara menekup muka mangsa menggunakan bantal, lapor laman berita Thaiger.


Selepas melakukan pembunuhan itu, suspek cuba membunuh diri dengan meminum cecair pencuci tandas tetapi akhirnya jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital.

Pegawai dari Balai Polis Hat Yai dikejarkan ke bilik di sebuah kondominium bersama anggota penyelamat dari Yayasan Perpaduan Persahabatan Hat Yai.


Foto: Thaiger

Polis menemui mayat seorang budak lelaki berusia 5 tahun, sebuah bantal dan selimut yang tertimbun di atas lantai bersebelahannya.


Di dalam bilik air, mereka kemudian menemui A (bukan nama sebenar), 39, yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah kerajaan di daerah Hat Yai. Dia berada dalam keadaan kritikal selepas minum segelas cecair pencuci tandas.

Juruteknik bangunan tersebut memberitahu polis bahawa suspek telah meminta bantuannya selepas meminum cecair tersebut. Lelaki itu berlari ke bilik wanita tersebut di mana dia mendapati mangsa sudah meninggal dunia sebelum menghubungi polis.

Suspek didakwa membunuh anaknya yang menghidap autisme menggunakan bantal sebelum berniat untuk membunuh diri tetapi tidak dapat menahan kesakitan akibat meminum cecair itu, lantas meminta bantuan.

Sumber memberitahu bahawa A sedang bergelut dengan masalah hutang selepas meminjam wang daripada sekolah dan mempunyai masalah keluarga. Dia dikatakan tinggal berdua dengan anaknya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 9-11-2022 06:20 PM
So mati ke idok?
Quote batmana 9-11-2022 06:48 PM
kasihannya

depress gile ke ni, keje cikgu pn ramai sakit jiwa

entahlah labu
Quote imransulaiman 9-11-2022 06:55 PM
Tak tahan perangai anak ke? Atau ada masalah lain...
Quote Suchi 9-11-2022 07:02 PM
imransulaiman replied at 9-11-2022 06:55 PM
Tak tahan perangai anak ke? Atau ada masalah lain...

Bukan sbb anak dia tp dia ada masalah hutang. Maybe dia risaukan anak dia gak kalau jd apa2 nnt so ikutkan dia nak mati sama2 tp dia tak berjaya mati lak.

Kata org cara bunuh diri tak sakit kunci diri dlm keta tanpa matikan enjin.
Nak lg cepat amik paip getah pvc tu jolok dlm ekzos dan sambungkan ke dlm keta tu
Quote Buritan 9-11-2022 07:57 PM
Siannya... moga ade kebahagiaan slps ini...
Quote imransulaiman 9-11-2022 09:23 PM
Suchi replied at 9-11-2022 07:02 PM
Bukan sbb anak dia tp dia ada masalah hutang. Maybe dia risaukan anak dia gak kalau jd apa2 nnt so ...

Kesiannya...

By the way, kenapa pula tak sakit mati dalam kereta cara tu? (tak sakit maksudnya banding dengan cara bunuh diri guna cecair peluntur)
Quote akies 9-11-2022 09:35 PM
Kesian
Nak bunuh diri tapi hidup pula
Quote CiliPadiSedap 9-11-2022 09:53 PM
imransulaiman replied at 9-11-2022 09:23 PM
Kesiannya...

By the way, kenapa pula tak sakit mati dalam kereta cara tu? (tak sakit maksudnya ba ...

cecair peluntur dia xbunuh dia rosakkan organ je. kalau nak bunuh diri bisa ular ye, terjun bangunan ye, sondol laki orang ye.

janganlah bunuh diri, banyakkan sabar dalam ujian kehidupan. orang yang sabar akan tempa kejayaan
Quote rosedemon 10-11-2022 10:24 AM
len kali ko tembak je diri ko lg sng kompom mati
Quote imransulaiman 10-11-2022 11:26 AM
CiliPadiSedap replied at 9-11-2022 09:53 PM
cecair peluntur dia xbunuh dia rosakkan organ je. kalau nak bunuh diri bisa ular ye, terjun  ...

Hehehe tu ah... Be positive all the time.
Quote Sazreena 10-11-2022 03:36 PM
Bini ko tinggalkan ek..stress jaga anak autistic sengsorang.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.081481 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top