CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kecoh Iklan Romper Untuk Dewasa! Bolehlah Cuba Siapa Yang Tak Sempat Pakai Masa Bayi

9-11-2022 05:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1192| Komen: 4

Romper merupakan salah satu pakaian popular dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Kombinasi baju dan seluar itu merupakan pakaian 'wajib ada' kerana ia selesa untuk dipakaikan kepada bayi.


Terbaharu, pengguna media sosial Malaysia kecoh apabila munculnya iklan memaparkan romper yang dijual untuk lelaki dan wanita dewasa.


Iklan rompers dewasa kecoh diperkatakan menerusi Facebook.

"Romper orang dewasa. Ingat budak je boleh ada one set rompers? Untuk orang dewasa lagi cun-cun.

"Nak beli set untuk husband and wife pun boleh. Sweet gitu. Selesa, sejuk, senang pakai dan murah-murah je," tulis individu yang berkongsi iklan tersebut di Facebook.

Posting Facebook itu turut memaparkan seorang model lelaki yang menggayakan beberapa romper berbeza dengan penuh yakin.

Iklan berkenaan ternyata mencuit hati netizen sehingga ia dikongsi ratusan individu, malah turut dihujani pelbagai komen jenaka.

Netizen turut 'menyeru' rakan-rakan dan ahli keluarga mereka di ruangan komen untuk melihat dan mungkin membeli produk berkenaan.


Pautan pembelian rompers di Shopee turut dikongsi menerusi Facebook.

"Tak sanggup nak tengok. Nasib baik gambar sekerat je.

"Macam ni pun ada jual? Mana-mana yang masa baby tak sempat beli nak pakai, boleh kot beli.

"Boleh la beli time mengundi. Masa tu kan banjir.

"Eii geli je orang lelaki pakai macam ni," tulis beberapa netizen.

Iklan mencuit hati itu tular di beberapa grup Facebook seperti Syahmi Sazli Fans Club, Apa Kes Hari Ini MY dan beberapa page lain.

Individu yang membuat posting iklan berkenaan turut berkongsi pautan gedung beli-belah dalam talian Shopee untuk membeli pakaian tersebut.

Semakan mStar mendapati romper dewasa pelbagai corak itu dijual pada harga RM55 sehelai.

Item itu dijual dalam variasi empat saiz sahaja iaitu S, M, L dan XL.

Selain model lelaki, terdapat foto memaparkan model wanita dewasa turut menggayakan rompers tersebut.


Sumber: mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 10-11-2022 10:10 AM
Meolls nak beli satu lah buat tido ekekeke
Quote Decaffeinated 10-11-2022 10:19 AM
Klik masuk sebab nak tau 'romper' tu apa. Ingatkan sejenis mainan macam kuda ka.
Quote AnBulisia 10-11-2022 11:08 AM
ada saiz 3XL tak?
Quote ifanonline 10-11-2022 11:09 AM
utk wanita ok la, di buka kat bawah mudah nak kencing...bagi laki payah, sakit kat tengah kalau besar sangat...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.073668 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top