CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Kekasih Dipenjara Hampir 130 Tahun Kes Penderaan Seksual Kanak-Kanak

9-11-2022 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 642| Komen: 1

Seorang lelaki warga Australia dijatuhkan hukuman penjara 129 tahun di penjara Filipina berikutan dakwaan berhubung kes penderaan seksual kanak-kanak yang melibatkan mangsa seawal 18 bulan, lapor AFP.


Hukuman tersebut merupakan sabitan kedua bagi Peter Gerard Scully, yang sudah menjalani hukuman penjara seumur hidup atas pertuduhan awal melibatkan kes rogol dan pemerdagangan wanita.


Gambar hiasan

Pakar memberi amaran Filipina bakal menjadi tumpuan global untuk eksploitasi seks kanak-kanak berikutan kadar kemiskinan, kefasihan bahasa Inggeris dan sambungan internet yang tinggi di negara itu.

“Saya harap hukuman ini menghantar mesej yang sangat kuat kepada semua pendera dan semua pemerdagang manusia bahawa jenayah ini suatu yang tidak berbaloi,” kata Pendakwaraya, Merlynn Barola-Uy.

Mahkamah Cagayan de Oro menjatuhkan hukuman itu pada 3 Nov lalu selepas Scully dan tiga tertuduh bersamanya menandatangani perjanjian rundingan pengakuan.

Mereka didakwa atas 60 kesalahan termasuk pemerdagangan, pornografi kanak-kanak, penderaan kanak-kanak dan rogol.

Teman wanita Scully, Lovely Margallo, dijatuhi hukuman penjara 126 tahun manakala dua lagi dikenakan hukuman lebih sembilan tahun.

Mangsa termasuk seorang bayi perempuan berusia 18 bulan dan seorang kanak-kanak yang mayatnya ditemui tertimbus di bawah lantai rumah yang disewa oleh Scully.


Sumber: Utusan





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 10-11-2022 04:01 PM
Semoga ko mati dengan penuh azab.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.059799 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top