CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Langgan Netflix Pun Adam Adli Isytihar, Netizen Pertikai Duit Dalam Bank 'Ciput'

9-11-2022 04:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2596| Komen: 33


Selain Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli, Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR Adam Adli Abdul Halim, 33, turut menjadi perhatian selepas mengisytiharkan aset berjumlah RM28,533.79


Menerusi salinan dokumen dikongsi seorang individu di Twitter, Adam Adli yang bertanding di bawah tiket Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Hang Tuah Jaya mempunyai wang tunai di bank sebanyak RM1,769.72 (CIMB) dan RM8.73 (RHB).


IG Adam

Dia juga mempunyai RM13,643.87 dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), setakat 30 September 2022.

Bagi pelaburan alam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pula, dia hanya memiliki RM111.47, setakat 30 September 2022.

Adam Adli turut memiliki sebuah Perodua Kelisa dengan nilai pasaran semasa RM13,000 dan baki hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) sebanyak RM9,655.16.



Twitter

Menerusi perkongsian sama, Adam Adli mempunyai pendapatan bulanan berjumlah RM3,000.

Dia yang sudah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata juga mengakui memiliki komitmen bulanan sebanyak RM2,440 termasuk perbelanjaan sewa kediaman, bil utiliti, yuran pusat asuhan anak, insurans hayat dan langganan Netflix.


Twitter

Selain Adam Adli, Bawani KS, 36, yang juga calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk kawasan DUN Ayer Kuning di Perak turut mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih berjumlah RM992.50 setakat 1 November lalu.

Menurut SD yang dikongsi, Bawani mempunyai pendapatan bulanan RM5,000 dan jumlah simpanan KWSPN sebanyak RM12,189.41.

Bagi tunai dan simpanan, dia mempunyai wang berjumlah RM17,463 di tiga buah bank.

Bawani turut mendedahkan dia mempunyai sebuah kereta Perodua Bezza keluaran 2019 dengan harga RM29,000 dan telefon Oppo Reno 5 Pro berharga RM2,100.

Bawani mempunyai hutang pinjaman kereta berjumlah RM27,320 dan PTPTN sebanyak RM20,250.

Sementara itu, Fathin Amelina Fazlie, 28, calon muda PKR yang bertanding di kerusi Parlimen Arau turut mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih berjumlah RM15,864 setakat 1 November lalu.

Menerusi dokumen yang dimuat naik ke Twitter, dia hanya mempunyai RM3,127 simpanan di bank serta RM2,009.33 dalam ASNB.

Dia juga mempunyai sebuah Perodua Bezza dengan nilai pasaran semasa RM35,971, seutas rantai leher (RM6,000) dan gelang tangan (RM3,000).

Dia juga mempunyai hutang PTPTN sebanyak RM30,000 dan hutang pinjaman kenderaan berjumlah RM35,971.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut memuji pengisytiharan harta yang dibuat calon-calon muda tersebut yang mana mereka dianggap telus dan jujur untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU15) tidak lama lagi.


IG Adam

Bagaimanapun, warganet sangsi dengan kelayakan Adam untuk memimpin negara apabila melihat jumlah simpanannya yang dikatakan lebih sedikit berbanding rakyat marhaen lain.




Sumber: mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 9-11-2022 04:58 PM
Sudah lah dapat si Disney+ bertuah, tentulah Netflix tak berguna lagi



[youtube]4eC49darEYk[/youtube]
Quote Perwira2022 9-11-2022 05:00 PM
Yg miskin macam ni lagi bahaya bila masuk politik.

Miskin pastu tiba2 dapat kuasa & peluang.

Chances nak jadi perasuah tu tinggi.
Mudah teruja dengan duit

Tengok apa jadi to Syed Saddiq & Guan Eng. Memang taklah semiskin si Adli tapi dorang dalam kategori marhein biasa. Tiba2 dapat uruskan duit berjuta2, mau tak berpinar mata.
Quote tobobon 9-11-2022 05:02 PM
okla tu...heols pun bukan cemerlang sangat dalam pelajaran..so make sense gaji heols lebih kurang sama  mcm kebanyakan rakyat malaysia

sat lagi kalau dia ckp ada harta berjuta2 ..uols pertikai pulak..dari mana harta dia datang..padahal keja biasa2 jer
Quote ~boolean 9-11-2022 05:02 PM
50% rakyat malaysia berumur 30-39 tahun gaji bawah RM3000...

saja kongsi info sebab poremer2 dalam ni kan acah2 terpaling kaya sampai kadang2 buat komen tak fikir ramai lagi rakyat biasa hidup susah...duduk dalam bubble sendiri..

untuk orang berpendapatan RM3000, berkahwin, anak dua, jumlah aset dia ni normal..
dan dia bayar ptptn...yang acah terpaling kaya tu hutang ptptn dah bayar ke belum..
Quote Skuau 9-11-2022 05:04 PM
igtkan kt AGT,BGT jer depa main..sob story....politik jugok....serupa.Mesti ramai forumer tgh menangis...pilu...la ni.
Quote kakikuDibibirmu 9-11-2022 05:04 PM
Adam Adli anak ikan Anwar Ibrahim





Quote zidane_ziege 9-11-2022 05:06 PM
Harta sikit salah..harta banyak salah

Hoi..yg takut nak istihar harta tu kau sayang2 pulak? ptuih
Quote bakingsoda 9-11-2022 05:06 PM
alah takde duit pon susah, ada duit pon takleh mungkin adam adli lah org yg betul2 memahami keperitan marhaen gaji cukup makan. timbalan dia pulak agak berduit sbb keje lawyer, ada vellfire, gaji 12k.
Quote fezy 9-11-2022 05:09 PM
keja apa kwsp sikit nya
Quote fezy 9-11-2022 05:10 PM
ptptn punx habis bayar lg. umur 33 & 36thn
Quote bakingsoda 9-11-2022 05:21 PM
Perwira2022 replied at 9-11-2022 05:00 PM
Yg miskin macam ni lagi bahaya bila masuk politik.

Miskin pastu tiba2 dapat kuasa & peluang.

sed sadik tu pon bukan ada keje proper sblm jd ahli politik cuma perjalanan karier politik yg senang, duk ngekor bontot atok je, ye la debater panda kecek bui sajo atok tubuh parti baru terus jd ketua pemuda. ni tubuh parti muda terus jd presiden. jd aktivis zaman universiti pon tak pernah mcm kebanyakan ahli politik. jalan2 obersi kelabing pakai tiket debater wakil universiti ISLAM. adam adli ni very the politician starter pack; demo jalanan, masuk lokap, bina pengaruh dlm parti melalui pemilihan. tapi yg aku baca komen2 org kata timbalannya kamil munim lebih eloquent (budak law dan jd lawyer) cuma takde populariti/pengaruh mcm adam adli. kamil bertanding padang rengas tempat laki beroques
Quote fazila17 9-11-2022 05:25 PM
Perwira2022 replied at 9-11-2022 05:00 PM
Yg miskin macam ni lagi bahaya bila masuk politik.

Miskin pastu tiba2 dapat kuasa & peluang.

Bossku dgn cousin dia org kaya gak tapi apa jadi
Quote mzzenma 9-11-2022 05:29 PM
gaji 3k, expenses 2.4k? i understand tapi mcm teruk je..wife dia bekerja eh sbb bayar taska tu. Maybe wife dia gaji besar. Atau 2.4k tu dah termasuk savings, barang dapur, toiletries etc maknanya bersih utk dia jimba 600..kalau mcm tu ok lah..
Quote Samerosie 9-11-2022 05:30 PM
Oklah ni realistic.  Karang dia kata asset dia 2juta pulak pun org kecam mana dapat duit kerja x seberapa etc etc
Quote Orix 9-11-2022 05:31 PM
bangla umur 30 yg dah 5 tahun duk Malaysia agaknya tersengih jah tgok aset budak ni
Quote tripleid 9-11-2022 05:45 PM
Yg dok memekak pasal gaji org tu dah istihar harta ke belom???
Quote zamnie 9-11-2022 05:47 PM
Wah inilah reality rkyat marhaen.. kesian tp kena trm hakikat
Quote Kurex 9-11-2022 05:52 PM
Tetap iols takkan undi PH.. kohkohkohkoh
Quote supernaturalee 9-11-2022 06:03 PM
setiap calon yg isytihar harta blh bkk 1 thread kot
mmg 'menarik' utk dibincangkan
ade sorg tu td umur belum 40 tp anak 8 org ye
ada yg declare 3 bini pun ada

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.066243 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top