CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Setahun Tak Bayar Sewa, Ibu Dan 6 Anak Dihalau- Suami Kahwin Lain, "Pandai-Pandailah Mana Kau Nak Pergi"

9-11-2022 04:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1301| Komen: 8

Sudahlah dihalau dari rumah sewa kerana lebih setahun tidak mampu membayar sewa, suami yang disayangi juga tidak ambil peduli kehidupan isteri dan enam anak selepas berkahwin lain.


Itu ujian kehidupan dilalui seorang wanita bersama anak-anak yang tidak dipedulikan ketua keluarga mereka sejak lelaki itu berkahwin dengan isteri kedua secara rahsia.

Menerusi kisah diceriakan Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali pada Facebook Bersama Suzana Ghazali, beliau menerima aduan daripada wanita itu yang mengatakan telah berkahwin 16 tahun dengan suami serta dimadukan ketika perkahwinannya berusia dua tahun.

Gambar Hiasan

“Hanya tahu perkahwinan kedua itu setahun selepas itu. Sejak itu, suami yang kerjanya tidak menentu mula mengabaikan hak si isteri dan si anak. Pengabaian berterusan hinggakan isteri dan anak-anak kerap kali mengikat perut.

“Isteri yang tidak bekerja terpaksa mengambil upah melakukan kerja sambilan dari rumah dengan pendapatan RM200 sebulan. Dua anak paling besar sudah berenti sekolah, setakat tamat sekolah kebangsaan.

“Kata si ayah, ‘belajar buat habis duit, belum tentu dapat kerja’. Jadi dua daripada enam beradik berumur 15 dan 13 tahun bekerja membantu ibu mereka,” katanya pada hantaran tersebut.

Beliau berkata, suami wanita itu hanya balik sekali dalam sebulan, malah kerap kali sekali dalam tiga atau empat bulan.

“Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari itu, suami langsung tidak peduli walau isteri dan anak-anak pernah minum air kosong sahaja seharian.

“Syukur ada jiran-jiran yang prihatin. Dalam masa sama, ada jiran ajak berniaga. Dapatlah isteri gunakan untuk tampung belanja,” katanya.

Hinggalah pada awal Oktober, si isteri berserta enam anak mereka diusir keluar oleh ejen sewa rumah ekoran suami telah gagal membayar sewa selama lebih satu tahun.

“Ketika diusir oleh ejen, si isteri menelefon si suami yg sudah lama tidak balik ke rumah. Jawapan suami, ‘pandai-pandai kau nak bawak anak-anak kau itu ke mana,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote penmerah 9-11-2022 04:54 PM
Lepas 2 tahun kene madu
Bertahan pulak Tu beranak pinak sampai 16 tahun perkahwinan
Takde inisiatif nak kerja kedai makan ke, basuh pinggan ke, berhenti beranak ke... Selepas kene madu tahun ke dual... Instead tambah pulak beranak

Dah beranak ramai terabai pulak sampai tak Abe's skolah

Dah mak Pak Bodo... Menurun pulak ke anak2 tak disekolahkan
Moga kebodohan tak menurun ke cucu cicit

si emak ni lembam atau cacatkah tak reti fikir diri?
Kalau iya... Mungkinlah boleh difahami
Quote toynme 9-11-2022 04:57 PM
penmerah replied at 9-11-2022 04:54 PM
Lepas 2 tahun kene madu
Bertahan pulak Tu beranak pinak sampai 16 tahun perkahwinan
Takde inisiatif  ...

nak sorga firdaus katanya
Quote KamikuP 9-11-2022 04:59 PM
Pompuan ni mesti berperibadi bak Ina Naim
Quote naina 9-11-2022 05:00 PM
Ya Allah..tahun kedua kawen dah dimadukan
Pastu kenapa bertahan sampai beranak pinak 6 orang..16 tahun plak tu bertahan. Patutlah laki dia pijak kepala sebab terlalu baik atau bodoh tak tahulah. Orang laki kalau bini terlalu baik menurut kata memang kau akan dibodohkan. Eh g mampus lah kalau nak kata isteri derhaka. Kena melawan jugak kalau dah melampau.
Quote prettyuglybabe 9-11-2022 05:18 PM
rajinnya lawyer mengarang cerita hasanah..
Quote iolss 9-11-2022 06:11 PM
realiti ke fantasi nihh..
Quote jazaa100 9-11-2022 06:45 PM
Menyampah aku baca cite mcmtak logik ni...
Quote rosedemon 10-11-2022 10:22 AM
entah spe yg bodo. lalki dah kwen lain lepas 2 taun khwin pon ko ttap beranak 6 bodooo

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.506811 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top