CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lencun Hujan, Semua Huru-Hara- Lelaki Terpaksa Jalan 26km Balik Rumah Gara-Gara LRT Tutup

9-11-2022 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3538| Komen: 40

PETALING JAYA – Seorang pemuda terpaksa berjalan sejauh 26 kilometer (km) untuk pulang ke rumah disebabkan gangguan Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid Rail melibatkan laluan Kelana Jaya petang semalam.


Bukan itu sahaja, dia perlu meredah hujan, cuba menaiki LRT di stesen-stesen yang lain di samping menaiki bas untuk pulang ke rumahnya di Lembah Keramat.

Itu yang diceritakan seorang pemuda menerusi TikTok Adam Eji mengenai pengalamannya yang mana dia berjalan dari Universiti Malaya (UM) ke LRT Kerinchi, namun disebabkan stesen itu tutup, dia mengambil keputusan meneruskan perjalanan ke Stesen LRT KL Sentral.




“Maka saya berjalan dari UM ke KL Sentral disebabkan LRT ‘down’. Nak balik, tak kira juga sebab dah kebulur. Sambil meredah hujan lebat berjalan kaki, anggap ini senaman kardio. Malaysia mahukan rakyatnya kekal sihat dan aktif,” katanya bercerita menerusi video itu.

Dalam pada itu, pemuda tersebut turut menunjukkan dia melepasi LRT Abdullah Hukum, LRT Bangsar serta tiba ke Stesen KL Sentral.

“Masa sampai (KL Sentral) memang ‘huru-hara’, semua orang macam ‘gila’ dalam itu. Selepas itu, saya ambil keputusan apa kata naik Monorail dan pergi ke Dang Wangi.

“Selepas itu, saya berjalan ke KLCC dalam hujan lebat, memang nak nangis waktu ini. Sampai di Stesen LRT KLCC rupanya tutup, kena berjalan lagi ke LRT Ampang. Tapi pun tutup juga, sakit hati betul,” katanya.



Dalam pada itu, dia kemudian mengambil keputusan menaiki bas dan turun ke depan sebuah hospital swasta serta berjalan lagi dalam keadaan basah lencun.

“Saya punya ‘power bank’ tinggal tujuh peratus saja dan saya ke LRT Jelatik. Laluan ke sana menakutkan, tapi tetap kena bayar (naik LRT),” katanya menuju ke stesen seterusnya ke rumah.

Kosmo! Online semalam melaporkan, sebanyak 16 stesen di sepanjang laluan perjalanan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya ditutup serta-merta ekoran berlaku gangguan berterusan sejak awal petang tadi.

Bagaimanapun, menerusi pemakluman oleh Rapid KL pagi tadi, 16 stesen LRT dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama tujuh hari bermula hari ini.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote afie_m 9-11-2022 04:47 PM
emmm, semua penumpang jadi huru hara..
Quote green~tea 9-11-2022 04:51 PM
Siannye dia.. dah mcm half marathon jauh berjalan huhu
Quote kakikuDibibirmu 9-11-2022 04:53 PM
Bukak Tik-Tok pandai, nak bukak Twitter RapidKL nak check stesen mana yang kaput tak pandai, buat malu pelajar Universiti Malaya jah!
Quote white_musk 9-11-2022 04:55 PM
green~tea replied at 9-11-2022 04:51 PM
Siannye dia.. dah mcm half marathon jauh berjalan huhu

Boleh la masuk half marathon ahad ni
Quote pp_gurl 9-11-2022 04:55 PM
hebat budak ni....kira dia tabah gak nak jalan kaki
maybe duit pun takde nak naik grab or teksi
Quote lee_sakura 9-11-2022 04:55 PM
kalo dr UM ke kl sentral dlm 6km++ kalo jalan kaki...iols pernah jalan kaki dr bangsar south ke kl sentral & muzium negara tak sampai 7km..sabo je la ngan LRT ni, dh la musim hujan, rosak plak...
Quote che-cikL 9-11-2022 04:56 PM
Kesiannya, berjalan lapar2 dlm hujan gitu...mujur ada gadjets tu boleh buat hiburan.  
Quote Herlina 9-11-2022 05:00 PM
Saya download app PULSE. At least apa2 berlaku ada notification kat situ.
tak la penat jalan sana sini ujung2 sampai je kat stesen lain, tutup pulak
Mmg hauk jadinya kalau pengangkutan awam buat hal.
Quote NurAlia14 9-11-2022 05:01 PM
Bila jem, suruh jgn naik kete..bila naik mrt, rosak terpakse jln kaki..abg pilih yg manaaaa
Quote ~boolean 9-11-2022 05:11 PM
drama sangat kau dek...stesen abdullah hukum tu kan ada ktm ke kl sentral..
Quote Skuau 9-11-2022 05:13 PM
Edited by Skuau at 9-11-2022 05:15 PM

hang tak pakai mypass rm50 tu ke??? bas,lrt,mrt,monorel sumer boleh...atau hang nk orng tgk.. 'terpaling apa2 jer la'
Quote monreyes 9-11-2022 05:21 PM
rajin pulak dia mengechk setiap stesen disepjg laluan tu....ko tak reti naik bas ke...kalau dah guna monthly pass..naik bas pun free sajork ...
Quote guesswho09 9-11-2022 05:32 PM
kakikuDibibirmu replied at 9-11-2022 04:53 PM
Bukak Tik-Tok pandai, nak bukak Twitter RapidKL nak check stesen mana yang kaput tak pandai, buat ma ...

Tak ada update katanya
stesen tutup tanpa memberitau pengguna
Quote annehuda 9-11-2022 05:36 PM
lee_sakura replied at 9-11-2022 04:55 PM
kalo dr UM ke kl sentral dlm 6km++ kalo jalan kaki...iols pernah jalan kaki dr bangsar south ke kl s ...

Sebenarnya ikutkan setiap hari manusia kene berjalan 10k langkah or 7km utk kesihatan yang baik. So dah ok la tu uols.

Average la org jalan kaki 5km sejam je. Tu average la
Quote Samerosie 9-11-2022 05:37 PM
Maybe dia jalan sebab suka2 tapi kalau tak berniat berjalan tu kenapa la kau tak naik bas atau tunggu rapid hantar bas sebab cousin i pun cerita dia stuck but rapid hantar shuttle.
Quote ekselen 9-11-2022 05:58 PM
Edited by ekselen at 9-11-2022 06:05 PM

Maaf ckp la kalau takat area2 kl tu mudah je nk carik option naik bas/komuter... Kat area situ ada komuter angkasapuri... Kalo nk naik bas pun boleh kt dpn tnb tu terus ke kl. Dr kl tu bole jln sikit naik bas plk kt lebuh ampang...atau paling2 bongok pun guna gugel maps jah and pilih mode pengangkutan awam utk sampai ke rumah.. Ada byk option kot... Dan brp lama amik masa... Dr jln kaki hujan2 tu... Ada smartfon pun xleh nk carik solution ye...
Quote doubleharmonic 9-11-2022 06:03 PM
Herlina replied at 9-11-2022 05:00 PM
Saya download app PULSE. At least apa2 berlaku ada notification kat situ.
tak la penat jalan sana si ...

iols sakit hati yachh guna app pulse tu nak tengok arrival time tu dia suruh login tapi bila dah login lepas beberapa hari terus dia auto logout dah satu keja yachh nak login balik yihhhh. lepas tu bukan betul sangat pon arrival time dia tunjuk tu kadang tu check dah elok ada lepas tu bila check balik tiberr dah hilang apoooo

Quote CiliPadiSedap 9-11-2022 06:21 PM
kakikuDibibirmu replied at 9-11-2022 04:53 PM
Bukak Tik-Tok pandai, nak bukak Twitter RapidKL nak check stesen mana yang kaput tak pandai, buat ma ...

mungkin dia marah elon musk beli twitter. husnudzon sis
Quote green~tea 9-11-2022 06:25 PM
white_musk replied at 9-11-2022 04:55 PM
Boleh la masuk half marathon ahad ni

Tak dapekkkkkkk... anak i & anak2 sedara dah demand nak naik genting.....   bila those minions bising i have to comply nnti kena ratib bising okk..... 5 boys

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.044530 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top