CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anwar Lewat Isytihar Aset Sebab Kena Tandatangan Surat Sumpah

9-11-2022 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 671| Komen: 2

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudahpun mengisytiharkan asetnya selaras dengan pendekatan pakatan tersebut.

Katanya, pengiystiharan hartanya sedikit lewat kerana beliau perlu menandatangani surat sumpah di hadapan peguam atau Pesuruhjaya Sumpah.


FB Anwar

"Saya berada di Johor, saya baru sampai pagi ini untuk tandatangani. Pengisytiharan harta saya sudahpun siap," katanya kepada media selepas program 'Ada Apa Dengan Korupsi' pada Rabu.

Katanya lagi, semua pemimpin yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu membuat pengisytiharan harta seperti yang dilakukan PH.


"Mereka perlu digalakkan untuk isytihar harta, tidak cukup hanya hantar kepada Perdana Menteri. Mereka perlu umumkan kepada orang awam.

"Kamu perlu minta pengisytiharan harta oleh pemimpin Pas, Bersatu yang kaya. Mereka patut buat perkara sama," katanya.

Sebelum itu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil memberitahu hadirin bahawa terdapat masalah yang berlaku kepada laman web yang memaparkan calon-calon Parlimen PH.

Pada PRU15, Anwar yang bertanding di Parlimen Tambun akan ditentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Aminuddin Md Hanafiah; calon Pejuang, Abdul Rahim Tahir dan calon Perikatan Nasional (PN) yang juga penyandang kerusi itu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.


Sumber: Sinar Harian





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 9-11-2022 04:21 PM
Macam mana nak mengangkat sampah menjadi Perdana Menteri ni, nak carikan Pesuruhjaya Sampah untuk tandatangan pun separuh mati
Quote zidane_ziege 9-11-2022 04:22 PM
So yg lain bila nak istihar?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.064082 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top