CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Hari Ratusan Penumpang Kenya Airways Terkandas Sebab Juruterbang Mogok

9-11-2022 03:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 466| Komen: 0

Ratusan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta, Nairobi, Kenya berang, gara-gara tindakan mogok oleh juruterbang Kenya Airways.

Sebahagian mereka sudah terkandas selama empat hari, selepas mogok berkenaan melumpuhkan operasi syarikat penerbangan terbesar negara itu.


Keadaan di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta di Nairobi, Kenya, 7 Nov 2022. - Foto AP

Kalangan penumpang terpaksa mengambil penerbangan alternatif untuk ke destinasi tujuan mereka.
Mereka mendakwa menjadi mangsa sedangkan pihak berkuasa Kenya gagal bertindak menangani masalah berkenaan.


Mogok juruterbang syarikat berkenaan bermula 6 pagi Sabtu waktu tempatan.

Kumpulan juruterbang mendakwa mogok dilaksanakan selepas pengurusan gagal mendengar masalah mereka.


Orang ramai menunggu dengan bagasi masing-masing di luar terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Jomo Kenyatta di Nairobi, Kenya, 5 Nov 2022. (Foto AP)

Sementara itu, Kenya Airways dalam satu kenyataan memberi amaran, juruterbang yang mogok akan dipecat jika tidak kembali bekerja.

Ia berkata, mogok yang berlangsung adalah tidak sah.

Syarikat itu mendakwa, tindakan mogok boleh mengancam proses pemulihan pasca pandemik dan menyebabkan kerugian sekurang-kurangnya AS$2.5 juta sehari.


Sumber: AWANI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.026451 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top