CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cadang KJ Sebagai TPM Mampu Jamin Kemenangan Besar BN

9-11-2022 02:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1058| Komen: 11

Khairy Jamaluddin dicadangkan supaya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).


Exco Pemuda Umno, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, langkah cadangan itu jika dapat diumum antara lain mampu menjamin kemenangan besar BN.


FB KJ

"Saya percaya, seandainya ini dapat dijanjikan, rakyat Malaysia dan pengundi muda khususnya akan melihat sebuah jaminan perubahan besar parti Umno dan BN.

"Saya melihat bagaimana Khairy begitu diterima orang Sungai Buloh, seolah-seolah kini hanya Sungai Buloh sahaja yang ada pilihan raya.


"Ini jelas, kenapa KJ (Khairy) diterima oleh setiap golongan lapisan masyarakat. Ini adalah kerana kejayaan luar biasa beliau di setiap kementerian yang ditunjanginya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Calon BN bagi Parlimen Sungai Buloh, Khairy, menyuarakan hasrat memimpin Umno dan seterusnya menjadi Perdana Menteri, satu hari nanti.

Pertama kali menyatakannya secara terbuka, Khairy menggunakan pentas ceramah di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh malam tadi, bagi meraih sokongan pengundi di Parlimen itu untuk memilihnya pada PRU-15, 19 November ini.

Selain itu, Muqharabbin berkata, orang muda mahu melihat perubahan landskap politik dalam setiap parti, justeru BN perlu berani menonjolkan dinamik dengan memberi ruang kepada pemimpin muda seperti Khairy.

"Saya yakin, seandainya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang sudah diputuskan parti sebagai Perdana Menteri, berani dan yakin meletakkan Khairy sebagai calon Timbalan Perdana Menteri, Saya percaya sepenuhnya, dengan izin Allah, Barisan Nasional akan menang besar.

"Ini kerana Malaysia akan dipimpin oleh pemimpin yang berwibawa di peringkat lokal bahkan juga antarabangsa," katanya.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 9-11-2022 02:52 PM
Tak hengen aku kj jd TPM
Quote akuMNdia 9-11-2022 02:54 PM
kalau wak jahid turun dari takhta UMNO/BN lagi bagus
Quote Thunderclouds 9-11-2022 02:57 PM
Edited by Thunderclouds at 9-11-2022 02:59 PM

No. Thanks! Nnt sebok sambung kempen beksin dia tu smula. Slagi xabeh.
Quote liton 9-11-2022 03:01 PM
Bagus jugak cadangan tu, diankan ada pengalaman jadi PM bayangan
Quote Firenzza 9-11-2022 09:51 PM
Pak mat parang kontot tersenyum sinis
Quote cm_vungtau 9-11-2022 09:58 PM
Betul. Tolong sorokkan sikit Zahid Hamidi buat masa ni. Cina2 pun suka KJ ni. Lagipun dia melayu yang educated.
Quote alesandra 9-11-2022 10:09 PM
Kj ni bila keadaan tersepit mula la buat2 sedih,kesian.tapi bila dia terlepas..mula tunjuk gelojoh,jahat dia.nak jadi pm laa..tpm laa.nyahh ko jgn cross a line ..sejarah membuktikan gelojoh dlm umngok ni akn membuatkan  puak2 fossil pancung ko tanpa belas kesian.ingat ni dlm pemilihan parti nanti
Quote arnauld 9-11-2022 10:48 PM
Kj is fake. Show me some originality asyik folo buku text idea sendiri tak der. I dont think he'll make the cut.
Quote sharlenetexas 9-11-2022 10:55 PM
Nak cocok apa lagi?


Quote namieamuro 9-11-2022 10:56 PM
sentap tok mat
Quote Firenzza 10-11-2022 10:22 AM
Esok klau dpt title piem dia pun ckp 'akan susahkan hidup rkyt yg x sokong saya' korang suma hadap je la ye, mana tau dia plk nk pecah rekod tun det perintah lbh 22 thn plk

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.033813 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top