CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saarani Tak Ada Masalah Isytihar Harta, "Saya Jauh Lebih Miskin"

9-11-2022 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1198| Komen: 11

IPOH – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bersedia mengisytiharkan aset yang dimiliki sekiranya diminta oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Beliau yang juga Menteri Besar Perak itu mengakui tiada masalah sekiranya perlu mengisytiharkan aset namun berkata ia bukan syarat wajib daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Boleh sahaja, kita pun tidaklah kaya jika mahu dibandingkan dengan calon dari parti lain, saya jauh lebih miskin,” katanya kepada pemberita di Majlis Pelancaran Manifesto Barisan Nasional BN Perak bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di sini semalam.


Foto: Google


Katanya, beliau tidak bimbang jika perlu mengisytiharkan harta kerana jumlah harta dimilikinya jauh lebih rendah daripada pemimpin parti lain.

“Ada orang tak nak isytiharkan harta kerana takut keselamatan keluarga serta anak cucu tetapi jika disyaratkan, saya tiada masalah kerana saya lebih miskin daripada Nga Kor Ming, Rafizi Ramli dan Datuk Ngeh Koo Ham.

“Kita suspens tunggu Datuk Seri Anwar Ibrahim, isteri dan keluarga yang belum isytihar aset lagi. Itupun kalau dia nak isytihar, mana kita tahu,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM18.85 juta.

Pengisytiharan harta itu dibuat menerusi akuan berkanun (SD) yang dimuat naik melalui laman blog peribadinya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 9-11-2022 10:16 AM
hanat tul
kang betul2 jadi miskin tegar padan muka
Quote SWORKS27 9-11-2022 10:18 AM
x kisah la hanpa nak kaya pun..tapi jangan samun duit rakyat..kroni tender prjek biar adil..jangan sakau kat kroni2 je...musibat betul
Quote prince_marhaen 9-11-2022 10:21 AM
Semoga menjadi betul-betul miskin tegar sampai masuk Bersamamu makan siput.
Quote Miss_LoveLeen 9-11-2022 01:28 PM
Orang politik miskin? Memang hang caya, hang bodo la. Tak beragak buat statement
Quote tompie 9-11-2022 02:17 PM
Edited by tompie at 9-11-2022 02:18 PM

diorang ni semua pandai.. mana ada bodoh mcm najib (dan mungkin syed saddiq) yang masuk duit dalam akaun sendiri.. semua proxy berlapis2.. so what's the point nak isytihar harta??

They only show you what they think you want to see..Tunjuk baki akaun snapshot on that day, mungkin semalam nye dah keluarkan 20juta cash, sapa yang tau, ada bagi detail statement ke dalam perakuan tu?  
ini semua retorik dan wayang politik aje.. takde substance pun..
Takyah ah nak gaduh2..

Quote areyam 9-11-2022 02:28 PM
sanggup mengaku miskin.. hadoii
Quote pasa 9-11-2022 02:30 PM
Miss_LoveLeen replied at 9-11-2022 01:28 PM
Orang politik miskin? Memang hang caya, hang bodo la. Tak beragak buat statement

ada, tu yg perjuangkan PTPTN free?

jadi calon belajar kat UPSI abis tak tu?
Quote kelana36 9-11-2022 02:30 PM
itu la orang nak tahu, dari miskin tiba tiba harta berlipat ganda datang dari mana?
itu gunanya declare sebelum menang...
Quote rosedemon 10-11-2022 10:21 AM
sukati engko lah
Quote kucingitam 10-11-2022 12:06 PM
so? isytihar je la..takat cakap sembang saya miskin watpe..
Quote bulalof 10-11-2022 12:40 PM
buat malu kaum je yeop!

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.051789 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top