CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Baharu Tinggal Sehelai Sepinggang, Belum Sampai Sebulan Kahwin Rumah Dan Kereta Hangus Terbakar

9-11-2022 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1138| Komen: 4

SEREMBAN – Sepasang suami isteri yang baharu sahaja me­langsungkan perkahwinan tinggal sehelai sepinggang apabila rumah sewa yang mereka diami terbakar dalam kejadian di Jalan Tun Dr. Ismail di sini.


Kejadian pada pukul 8.44 pagi itu turut mengakibatkan sebuah kereta jenis Proton Satria Neo milik suami Siti Mariana Nasiri, 22, hangus.

Katanya, mereka baru sahaja bernikah pada 23 Oktober lalu dan menetap di rumah tersebut sejak awal bulan lalu.


Foto: Kosmo

“Ketika kejadian, saya baru sahaja tiba di pejabat di Labu dan mendapat panggilan daripada suami memaklumkan rumah terbakar.


“Kami tidak sempat menyelamatkan apa-apa di rumah kerana api sedang marak dan kereta kepunyaan suami yang di­letakkan di sebelah rumah turut musnah. Tidak sangka ia terjadi kerana kami baharu sahaja mula menyewa di sini,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Siti Mariana, tiada sebarang barangan berharga di­tinggalkan di dalam rumah kecuali pakaian dan sedikit wang yang disimpannya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Seremban, Mohammad Idris berkata, sebanyak lima buah rumah separuh kekal musnah dalam kejadian itu.

Katanya, bomba turut menyelamatkan seorang warga emas berusia 77 tahun daripada rentung.

Dalam pada itu, calon Barisan Nasional Parlimen Seremban, Felicia Wong Yin Ting tiba me­nyantuni mangsa.

“Kebetulan saya hendak berkempen ke Mantin, jadi saya singgah sebentar.

“Setakat ini hanya seorang warga emas yang memerlukan penempatan sementara. ­Mangsa lain akan tinggal di rumah saudara berhampiran,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anony-mous 9-11-2022 12:53 PM
Taktik developer kah? Awat x buat mcm ni dkt penempatan rohingya dkt langkawi?
Quote CiliPadiSedap 9-11-2022 02:05 PM
anony-mous: Taktik developer kah? Awat x buat mcm ni dkt penempatan rohingya dkt langkawi?


itu deposit undi kut, tengok sabah kenapa ramai pilak?  projek ic?  sebab tu kaka benci corrupt. warga asing akan besar kepala. sis changa jumpa balan2 dan pilak, dia lagi takut pilak.

pilak dan rohingya dua2 kaka benci.

Quote KamikuP 9-11-2022 02:55 PM
Kesiannya pengantin baru ni baru je nak mulakan hidpo. Bertabahlah ye
Quote rosedemon 10-11-2022 10:21 AM
siannn moga tabah

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.488223 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top