CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencen Dan Gaji Penjawat Awam Dibayar Awal Bulan Ini

9-11-2022 09:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5112| Komen: 63

PUTRAJAYA – Penjawat awam dan pesara kerajaan bakal menerima bayaran gaji serta pencen lebih awal bagi November iaitu masing-masing pada 14 dan 17 November depan berbanding pada 25 hari bulan kebiasaannya.


Menerusi surat dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) bertarikh 7 November lalu, Perbendaharaan Malaysia dimaklumkan telah bersetuju untuk meluluskan permohonan pengecualian AP 105 bagi membolehkan pengeluaran gaji dan pencen diawalkan.

“Permohonan pengecualian AP 105 telah diluluskan supaya pembayaran awal emolumen kepada penjawat awam dan pencen kepada pesara kerajaan bagi November tahun 2022 dapat dilaksanakan.

“Bayaran pencen kepada penjawat awam akan dibuat pada 14 November (Isnin) manakala bayaran emolumen kepada penjawat awam pula pada 17 November ini (Khamis),” jelas surat tersebut.


Foto: Kosmo

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam memaklumkan kerajaan sedang mengkaji kemungkinan pemberian cuti khas serta bayaran gaji awal sebagai inisiatif kerajaan bagi membolehkan pengundi pulang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sebelum ini Kosmo! Online turut melaporkan tentang keluhan daripada orang ramai yang memaklumkan masih dalam dilema sama ada mahu pulang ke kampung atau tidak untuk menjalankan tanggungjawab mengundi susulan penetapan tarikh PRU15 pada 19 November ini.

Ia kerana pada tarikh tersebut, kakitangan swasta mahupun kerajaan masih belum menerima bayaran gaji di mana kebiasaannya diperoleh pada 25 hari bulan setiap bulan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asudau 9-11-2022 09:28 AM
wow, mengundi la kita ya
Quote ifanonline 9-11-2022 09:29 AM
andartu2 penjawat awam tersenyum riang...boleh beli makanan kucing lagi
Quote greantea 9-11-2022 09:44 AM
syukur alhamdulillah
Quote Thunderclouds 9-11-2022 09:52 AM
Masuk awal,kering pon awal lar
Quote teen_angelJB 9-11-2022 09:53 AM
Thunderclouds replied at 9-11-2022 09:52 AM
Masuk awal,kering pon awal lar

Bulan disember pun awal...19 da gaji..haha
Quote venom1 9-11-2022 09:53 AM
bulan ni, Disember dan Januari 2023 semua gaji awal
Quote sukacactus 9-11-2022 10:10 AM
Huh gaji awal pun buat apa
Hutang tetap xmo bayar
Quote SWORKS27 9-11-2022 10:14 AM
elok la tu...ada la duit buat tambang org nak balik kg utk PRU nti...ekonomi pun rancak
Quote prince_marhaen 9-11-2022 10:26 AM
ifanonline replied at 9-11-2022 09:29 AM
andartu2 penjawat awam tersenyum riang...boleh beli makanan kucing lagi

AHAHAHAAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAAHHA! Sakit perut meols gelak sebab baru je sekejap ni kakak opis lanjut usia penggemar kucing cakap benda yang sama secara spontan nak beli makanan kucingggg...
Quote gede-bab 9-11-2022 10:32 AM
Thunderclouds replied at 9-11-2022 09:52 AM
Masuk awal,kering pon awal lar

Bulan Disember  gaji kakitangan awam pun awal juga...
Quote mizruncing 9-11-2022 10:34 AM
tung arrrrr
Quote pooh~key 9-11-2022 10:44 AM
Apa yang best nya entah dapat awal, habisnya op kos la awalllll jugak dekkkkk…. Kohkohkohkohkoh cash sisthur.
Quote lurve82 9-11-2022 10:45 AM
yeay..shopping awal...
Quote acikku 9-11-2022 10:51 AM
pekerja swasta yang dah kering menunggu gaji bolehla p advance kat dek beradek sdara mara yg keje gomen tu
Quote imransulaiman 9-11-2022 10:52 AM
Tipu katanya... Tetap juga 25NOV
Huhuhuhuhu...
Quote TomyamPuteh 9-11-2022 10:56 AM
Cepat dapat, cepat la habis.
Quote card_reader 9-11-2022 10:57 AM
ifanonline replied at 9-11-2022 09:29 AM
andartu2 penjawat awam tersenyum riang...boleh beli makanan kucing lagi

ingat nak payong anak hekan...
Quote ifanonline 9-11-2022 11:01 AM
prince_marhaen replied at 9-11-2022 10:26 AM
AHAHAHAAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAAHHA! Sakit perut meols gelak sebab baru je sekejap ni kakak opis lanj ...




Quote Kitty_catz 9-11-2022 11:03 AM

pandai je ang buat teori ipan

kezen meols andartu forever tp menci tucen..


Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.064933 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top