CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Rayu Kerajaan Isytihar 18 November Sebagai Cuti Umum

9-11-2022 09:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 836| Komen: 3

JOHOR BAHRU – Golongan perantau yang mencari rezeki khususnya di Lembah Klang merayu agar kerajaan mengumumkan pemberian satu hari cuti khas bagi memudahkan mereka untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Permohonan cuti umum itu wajar diberikan sehari sebelum hari membuang undi yang dijadual pada 19 November ini.

Seorang operator kilang di Selangor, Muhammad Nur Firdaus Mohamad berkata, sekiranya cuti khas itu dibenarkan, ia akan membolehkan mereka merancang lebih awal untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.


Gambar Hiasan

“Saya kerja swasta, mana ada syarikat yang mahu beri cuti kepada pekerja mereka sekali gus, saya sepatutnya pulang ke kampung di Chalok Barat, Setiu, Terengganu.


“Jika Perdana Menteri umum cuti khas sehari sebelum pembuangan undi, saya rasa ia lebih baik sebab kami ada masa lebih untuk pulang mengundi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Seorang pembantu pengurusan, Akmaliza Alias, 31, pula berkata, dia yang tinggal di Gombak, Selangor memerlukan sekurang-kurang empat jam perjalanan untuk pulang ke Kemaman, Terengganu.

Jelasnya, sekiranya pengundi dari Lembah Klang pulang pada hari yang sama iaitu pada petang Jumaat, ia akan menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya.

“Kita dapat tengok pada hari raya yang mana orang ramai akan pulang ke kampung halaman masing-masing pada waktu yang hampir sama sehingga menyebabkan kesesakan teruk terutamanya di lebuh raya utama seluruh negara.

“Biasanya saya mengambil masa empat jam untuk pulang ke Kemaman, namun kalau jalan sesak boleh mengambil masa sehingga 12 jam. Sebab itu ramai yang berkira-kira untuk tak balik mengundi,” jelasnya.

Dalam pada itu, seorang kakitangan kerajaan, Zulaikha Azmi, 30, turut bersetuju sekiranya kerajaan memberi cuti umum pada hari Jumaat bagi memastikan lebih ramai penjawat awam pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

Dia yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan berkata, pe­rancangan masa adalah pen­ting kerana dia memerlukan sekurang-kurang 12 jam untuk balik mengundi.

“Biasanya penjawat awam hanya akan selesai berkerja pada petang Jumaat dan agak sukar untuk kami merancang perjalanan pada waktu malam.

“Kalau ini berlaku, sudah pasti jalan raya akan sesak dan mungkin menyukarkan orang ramai untuk pulang,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 10-11-2022 10:19 AM
sendunyaaaa
Quote jfq 10-11-2022 10:24 AM
Aik dah berpuluh kalu pru takda pulak cuti khas pre hari mengundi
Quote True-X 10-11-2022 12:17 PM
pru lepas cuti haari kamis jumaat...mengundi hari rabu... best giler

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.041033 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top