CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerap Guna Jet Peribadi Dan Kapal Layar, Golongan Bilionair Dikritik Hasilkan Sejuta Kali Ganda Gas Pencemaran

9-11-2022 09:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 703| Komen: 6

NEW YORK – Gaya hidup golongan bilionair menghasilkan gas rumah hijau melebihi seribu kali ganda lebih tinggi berbanding orang biasa, demikian menurut laporan baharu seperti laporan laman berita Wion News kelmarin.


Kumpulan-kumpulan amal yang bekerja memerangi kemiskinan global, Oxfam mengeluarkan laporan baharu bertajuk Carbon Billionaires: The investment emissions of the world’s richest people itu.

Dalam laporan mereka, pasukan penyelidik Oxfam menggunakan data terbuka untuk membuat analisis, justeru, bilionair-bilionair yang merahsiakan emisi mereka tidak termasuk dalam laporan itu dan berkemungkinan penyumbang terbesar gas rumah hijau. 


Foto: AFP


Laporan sama mendapati kelompok manusia terkaya dunia bertanggungjawab dalam penghasilan gas rumah hijau sejuta kali ganda lebih tinggi berbanding orang biasa melibatkan aspek pelaburan. 

“Pengeluaran gas pencemaran disebabkan gaya hidup bilionair termasuk penggunaan kerap jet peribadi dan kapal layar, adalah seribu kali ganda lebih tinggi berbanding orang biasa. 

“Ini tidak boleh diterima sama sekali. Bagaimanapun, sekiranya kita lihat kepada pencemaran akibat pelaburan mereka, pengeluaran karbon mereka adalah sejuta kali ganda lebih tinggi,” kata Ketua Perubahan Iklim Oxfam, Nafkote Dabi dalam satu siaran akhbar. 

Laporan Oxfam mendapati pelaburan hanya seramai 125 bilionair bertanggungjawab kepada pengeluaran 393 juta tan gas karbon dioksida (gas rumah hijau) setiap tahun, manakala angka tersebut menyamai jumlah pengeluaran gas karbon dioksida keseluruhan Perancis. 

Kelompok teratas 125 bilionair itu memiliki kepentingan keseluruhan berjumlah AS$2.4 trilion (RM11.4 trilion) dalam 183 syarikat yang mengeluarkan paling banyak gas rumah hijau. 

Pelaburan oleh bilionair-bilionair mengeluarkan purata 3 juta tan gas karbon dioksida oleh setiap bilionair iaitu satu juta kali ganda lebih tinggi berbanding 2.76 tan gas sama yang dihasilkan oleh setiap penduduk dunia. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 9-11-2022 02:07 PM
dah tu takkan nak suruh billionaire naik beca?
Quote Thunderclouds 9-11-2022 03:24 PM
Kalo aku ada biliyun biliyun pn xkoser la nek commercial flight nokk..
Quote dani-rox 9-11-2022 06:39 PM
memang patut didedahkan pun. billionaire ni la antara penyumbang terbesar pencemaran alam, tp marhaen yg di guilt trip kan... disuruh kurangkan penggunaan plastik la, pakai straw buluh la etc.

Come on baby, and eat the rich
Come on honey, here's your supper
Come on baby, bite that sucker

Quote green~tea 9-11-2022 06:50 PM
LRT Rapid KL tersenyum siniss
Quote margo20 9-11-2022 07:01 PM
Patutnya billionaire kena wfh je takyah la sebok nk g meeting sane sini naik jet
Quote rosedemon 10-11-2022 10:19 AM
eleh kome kalau jd bilionare pon pangai supa palat juga

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.088308 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top