CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Jejak 27 Negara, 5 Tahun Menetap Di Oversea- Lelaki Puji Kehidupan Di Malaysia Tetap Lebih Baik

9-11-2022 09:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4239| Komen: 54

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri!

Ungkapan ini seperti sudah sebati dalam masyarakat untuk untuk membezakan kehidupan di negara kelahiran sendiri dengan di luar negara.


Melihat sanak saudara atau rakan-rakan merantau atau melancong ke luar negara, pasti ramai yang kagum melihat mereka dari kejauhan.

Namun begitu, satu ciapan yang tular di laman Twitter @rinmansor berkongsi tentang perkara ini dari sisi yang berbeza.


Gambar Hiasan

Menurut Rin yang sudah menjejakkan kaki ke 27 negara di serata dunia, dia berasa bertuah kerana dilahirkan di tanah air beriklim tropika.


"Bangun pagi tadi tetiba rasa bersyukur hidup di Malaysia, negara iklim tropika. Tak perlu beli jaket tebal yang mahal.

"Tak perlu bayar kos gas heating rumah yang mahal masa winter.

"Nak makan sayur boleh kutip all year round. Tak perlu simpan kobis dalam kimchi," tulis Rin yang pernah melanjutkan pengajian di Korea Selatan selama lima tahun.

Rin menceritakan bagaimana kimchi merupakan satu proses pengawetan sayur di Korea kerana ketika musim sejuk kebanyakan tanaman akan memasuki mod 'hibernasi'.

"Seriously korang. Orang Korea cipta kimchi sebab mereka nak preserve sayur supaya tahan masa winter. Masa winter semua pokok luruh, mati, tak ada yang tumbuh.

"Kita dekat Malaysia nak makan pucuk boleh kutip dari pokok sebelah rumah sepanjang tahun. It is a huge flex," katanya bangga dengan nikmat yang dimiliki negara ini.



Tambah Rin lagi, cuaca sejuk di negara Eropah pula menyaksikan kebergantungan penduduk kepada gas untuk memanaskan kediaman terutamanya pada musim salji.

"Eropah gunakan gas untuk heating system rumah. Majoriti gas ni dari Rusia tapi sebab tengah konflik Rusia-Ukraine dan sekatan perdagangan, Rusia tak bekalkan lagi gas.

"Eropah tengah takut bekalan gas tak cukup winter ni. Dah la harga gas mahal.

"Kita dekat Malaysia perlu gas nak masak je. It is a flex," ujarnya merujuk kepada Malaysia yang tidak mempunyai kerisauan sebegitu kerana beriklim khatulistiwa.

Bagaimanapun, Rin tidak menghalang mereka yang hendak berkelana atau mahu menjadi anak perantauan kerana banyak perkara yang boleh menjadi pembuka mata ketika berada di negara orang.

"Kalau ada peluang untuk belajar atau dapat offer berkerja di luar negara dengan gaji lumayan, boleh la cuba pergi untuk menimba pengalaman.

"Kalau bukan untuk belajar atau kerja, pergi melancong pun cukup bagus juga. Supaya kita boleh perhatikan cara hidup manusia berlainan budaya dan gaya hidup.

"Dari situ, kita belajar tengok negara sendiri daripada perspektif baharu. Contoh dan idea yang baik kita boleh bawa balik ke Malaysia," jelas Rin ketika dihubungi mStar.

Berdasarkan pengalaman peribadi Rin yang pernah menetap di Korea Selatan dan Singapura, dia dapat melihat kepentingan pengangkutan awam yang sistematik dan bandar mesra pejalan kaki.

Selain itu, warga maya juga tidak melepaskan peluang menceritakan pengalaman mereka ketika menetap di negara luar.

"Masa pun elok je 12 jam siang dan 12 jam malam, tak ada siang panjang ke atau malam panjang, puasa pun konsisten. Memang satu rahmat," tulis seorang warga maya.

"Ya, saya duduk Korea dulu pernah sahur pukul 3 pagi buka puasa pukul 9 malam, seksa weh," Rin membuat ciapan balas.

"Yes, saya duduk oversea hampir 10 tahun tetapi saya sayang Malaysia sehingga ke penghujung nyawa saya.

"Okay serius, dulu masa kecil memang terkinja nak duduk dalam winter, sekali dah rasa memang tak mahu lagi dah, nak duduk Malaysia for good," kata beberapa netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 9-11-2022 09:14 AM
Kau tanya orang dok Dubai nak balik sini ke tak?
Quote meah_kelabu 9-11-2022 09:45 AM
ddk uk sebulan pastu tobat dah
mmg allah dh menetapkan diri ini sesuai dgn cuaca khatulistiwa
Quote lurve82 9-11-2022 11:07 AM
pegi holiday kejap2 ok la...2mggu pun dh terasa lama...pegi 4 hari masa winter pun..hari ke 5 dh meroyan nak balik......itupun laki aku dok ajak migrate oversea...eh pegi la ko sorg2..koser aku...
Quote ifanonline 9-11-2022 11:15 AM
tapi wanita2 barat tetek besar2...asian kurang
Quote laksmanabentan 9-11-2022 11:30 AM
ifanonline replied at 9-11-2022 11:15 AM
tapi wanita2 barat tetek besar2...asian kurang

hahahahhahaaa.....
dia org wangi2... asian kepammmmm...
hahahahaha...
Quote ally9970 9-11-2022 11:31 AM
Aku pergi training dok kat Jepun seminggu pun rasa tak sabar nak balik Malaysia, tekak tak boleh masuk makanan Jepun
Quote cmf_Maxx 9-11-2022 11:33 AM
Memang penat duk negara ada 4 musim. pergi untuk belajar atau kerja kejap okaylah. pastu balik m'sia. If dubai lain cerita
Quote green~tea 9-11-2022 11:34 AM
iols memilih utk duduk dekat dengan family... mudah nak jenguk, jaga, ulang alik tengokkan parents in laws yang dah tua...

Alhamdulillah,  had my chance to look after and support both my parents sampai mereka akhir hayat....

Kenapa nak migrate kalo dah dpt rezeki yang baik di Malaysia, dekat dgn ibu bapa pula tu???? Family first
Quote nanasno 9-11-2022 11:37 AM
dok perancis 3 bulan pun iols tak tahan homesick gila nak balik malaysia.
Quote ifanonline 9-11-2022 11:38 AM
laksmanabentan replied at 9-11-2022 11:30 AM
hahahahhahaaa.....
dia org wangi2... asian kepammmmm...
hahahahaha...

sebenarnya ada sebab wanita2 barat mempunyai tetek leih besar berbanding dgn wanita2 asia...antara faktor2nya adalah cuaca, pemakanan dan DNA
Quote raxief 9-11-2022 11:48 AM
aku gi perth dulu pun rasa mcm x best. mlm bandar dia dh xde apa
Quote Solokkk 9-11-2022 11:49 AM
Dari pengalaman study + keja kat beberapa negara, pada pendapat aku, Malaysia is the best. Pengalaman org lain, tak tahu la.
Quote laksmanabentan 9-11-2022 11:59 AM
Solokkk replied at 9-11-2022 11:49 AM
Dari pengalaman study + keja kat beberapa negara, pada pendapat aku, Malaysia is the best. Pengalama ...

Malaysia best sebab saudara mara dekat, kawan2 dekat..
kalau di luar, kurang nak melepakkk... dan kadang2 binggung nak buat apa nih sbb kawan kurang...

tapi untuk gaji aku pilih kerja di luar negara sbb sampai skrg da dekat 15 tahun aku bekerja di luar...
tapi aku tak pernah lupa malaysia negara tercinta la kannn..
sbb pasport malaysia terbaik, senang tak payah visa segala ke negara2 tertentu kann...
hihihihi.....
Quote prettyuglybabe 9-11-2022 12:00 PM
biasa yang memekak malaysia tak best luar negara best tu traveller jah..
yang memang menetap pun ada tapi tak ramai..
jenis yang humblebrag aku dok oversea ja..
tapi sibuk jugak amik tau nak kutuk malaysia..
kalau bahagia sangat, takde kau heran pun pasal malaysia lagi..
Quote Atata 9-11-2022 12:04 PM
prettyuglybabe replied at 9-11-2022 12:00 PM
biasa yang memekak malaysia tak best luar negara best tu traveller jah..
yang memang menetap pun ada ...

Masuk porom malaysia sibuk2 hal malaysia kritik2 eww?
Quote alieyrina 9-11-2022 12:18 PM
Kalau panas tiak basah teringat bestnya kalau sejuk2 ada snow. Tp org sana sejuk nak panas summer.
Jaga kulit masa sejuk rasanya lg susah kut
Quote midori888 9-11-2022 12:28 PM
Owh dia duduk Korea ker...patutlah tak suka...
Quote talapia 9-11-2022 12:29 PM
alieyrina replied at 9-11-2022 12:18 PM
Kalau panas tiak basah teringat bestnya kalau sejuk2 ada snow. Tp org sana sejuk nak panas summer.
...

kalau macam awal2 nak winter okay lagi.. tapi tak tahanla cuaca sejuk.. gatal kulit kering. haha.. member aku gi time winter.. eczema dia flare teruk.. dandruff dah macam salji. Tak sesuai betul sejuk2 ni.. memang tak tahan..
Quote TomyamPuteh 9-11-2022 12:42 PM
Aku tak penah dok over the sea. Tak tau nk komen apa.

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.041635 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top