CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Pelik Kesihatan Makin Merosot, Rupa-Rupanya Isteri Campur Peluntur Longkang Dalam Makanan Dan Minuman

9-11-2022 09:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1604| Komen: 10

Seorang wanita di California tergamak menuang peluntur dalam minuman suaminya sehingga menyebabkan kesihatan lelaki merosot.

Dr Yue Yu yang juga merupakan seorang pakar dermatologi kanotoi selepas perbuatan keji nya itu berjaya dirakam CCTV.

Menurut sumber, suaminya Dr Jack Chen berasa pelik kerana kesihatannya semakin merosot selama berbulan-bulan. 



Pemeriksaan doktor mendapati lelaki berusia 53 tahun itu didiagnosis mengalami gastrik teruk serta keperitan esofagus.

Jack mula merasa curiga dan dalam diam dia memasang kamera litar tertutup (CCTV) di dapur tanpa pengetahuan isterinya. 


Si isteri dilihat menuang cecair yang dipercayai peluntur longkang ke dalam minumannya.



"Dia angkat tong cecair pembersih longkang lepas tu dia tuang dalam cawan. Tutup balik penutup dan simpan balik tong tu bawah sinki macam tidak ada apa-apa yang berlaku.

"Saya mula perasan yang air lemonade saya ada rasa macam chemical dan mengalami beberapa simptom."

Bimbang isterinya akan bertindak lebih teruk, lelaki berkenaan kemudiannya membawa tiga bukti rakaman CCTV ke balai polis dan akhirnya si isteri ditahan.




Jack turut memfailkan penceraian dan larangan untuk berjumpa. Malah, dia turut menuntut hak jagaan anak kerana tidak mahu anak-anaknya dibesarkan dengan ibu seperti itu.

Walau bagaimanapun, si isteri menafikan semua dakwaan yang disabitkan terhadapnya serta menegaskan bahawa tuduhan terbabit adalah palsu. 

Difahamkan, kedua-duanya masih dalam proses perbicaraan.-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imanamsyar 9-11-2022 09:31 AM
ada benda la dia sakit hati sgt ngan laki dia tu..
Quote Suchi 9-11-2022 10:45 AM
Mesti sblm tu dia igtkan sakit tu sbb vaksin kobid
Quote ninja boy 9-11-2022 10:50 AM
Boleh praktik kepada suami curang biawak penagih dadah di Malaysia
Quote anony-mous 9-11-2022 12:56 PM
Laki dia mesti ada buat salah besar ni
Quote namr 9-11-2022 12:59 PM
laki ada insurans lettew
Quote KamikuP 9-11-2022 02:57 PM
Dr Yue Yu ada anak ikan kot
Quote Jitu 9-11-2022 03:11 PM
nasib baik laki dia cepat tahu
Quote Nenasketum 9-11-2022 03:15 PM
Baru naik mahkamah ek? Macam lama plak kes ni
Quote iolss 9-11-2022 06:28 PM
dasyat btl..
Quote rosedemon 10-11-2022 10:18 AM
lama dah binik dia dendam tu. apa la acik tu buat ek kat binik dia

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.036434 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top