CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Perempuan Senator Dituduh Berkomplot Curi Buah Pinggang Gelandangan

9-11-2022 08:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 892| Komen: 7

LONDON – Anak perempuan kepada seorang senator Nigeria dituduh menyeludup masuk seorang lelaki gelandangan ke Britain sebelum mengambil organ miliknya untuk diberikan kepada defendan, lapor akhbar Metro UK.


Sonia Ekweremadu, 25, dibicarakan di Mahkamah Jenayah Pusat,  London bersama-sama bapanya, Ike Ekweremadu, 60, ibunya, Beatrice Ekweremadu, 56 dan seorang doktor, Obinna Obeta, 50.

Keempat-empat mereka didakwa berkomplot merancang perjalanan seorang individu dengan tujuan eksploitasi, bertentangan dengan Akta Undang-Undang Jenayah 1977 antara 1 Ogos 2021 hingga 5 Mei tahun ini.


Sonia (gambar kiri), Ike (gambar kanan) dan Obeta (gambar kecil) kini menjalani perbicaraan di mahkamah di London. Foto: Central News


Pendakwa raya mendakwa mereka berkomplot bersama seorang ahli keluarga yang lain, Isaac Ekweremadu, untuk membawa seorang gelandangan berusia 21 tahun dari Lagos ke London bagi mengambil buah pinggangnya untuk diberi kepada Sonia.

Sonia pada 2019 didiagnos dengan glomerulosklerosis segmental fokus, sejenis penyakit buah pinggang yang jarang berlaku. Dia ketika itu perlu menjalani rawatan dialisis.

Keempat-empat suspek ditahan selepas mangsa yang tinggal di jalanan di Lagos memberitahu polis dia menjadi mangsa aktiviti penyeludupan manusia.

Lelaki berkenaan memberitahu pegawai bahawa dia diseludup masuk ke Britain pada 20 Februari dan dibawa ke Hospital Percuma Diraja di London untuk menjalani ujian tanpa kerelaannya. 

Mangsa berkata, dia enggan membenarkan pasukan perubatan mengambil buah pinggangnya selain turut mendedahkan dibawa tinggal di sebuah rumah di mana dia dilayan seperti hamba.

Dia kemudian berjaya melarikan diri sebelum melaporkan hal itu kepada polis selepas tiga hari tinggal di jalanan, demikian menurut perbicaraan di mahkamah.

Sementara itu, Ike, yang merupakan bekas timbalan presiden Senat Nigeria dan isterinya ditahan di Lapangan Terbang Heathrow selepas tiba dari Turkiye.

Sonia dan ibunya kini diikat jamin, manakala Iken dan Obeta kekal dalam tahanan.

Tiada pengakuan dibuat semalam dan Hakim Mark Lucraft menetapkan 16 Disember depan sebagai tarikh perbicaraan seterusnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pinggan 9-11-2022 08:19 AM
Wow. Salute

Tak jadi amik buah pinggang pun kes ni di bawak ke polis, ke mahkamah ++

Haih ni la beza nya negara maju. Ni kalau jadi kat negara kita, sapu sampah & letak bawah karpet sahaja la
Quote Mina2215 9-11-2022 01:02 PM
Kejamnya nak buat camtu. Tak ada hati perut langsung
Quote TabletSusu 9-11-2022 01:09 PM
so apa yang dia gula2kan gelandangan tu ye..? smpkan gelandangan tu percaya dan ikut pi britain
Quote venom1 9-11-2022 01:13 PM
Kat Korea lagi menakutkan. mmg ada industri penjulan organ manusia ni. culik bunuh ambik organ.
Quote AWEKSAMURAI 9-11-2022 02:47 PM
Jahat nya .. baik gelandangan tu juai sndiri at least dpt gak duit ni main curi nk buat duit free je
Quote AWEKSAMURAI 9-11-2022 02:48 PM
venom1 replied at 9-11-2022 01:13 PM
Kat Korea lagi menakutkan. mmg ada industri penjulan organ manusia ni. culik bunuh ambik organ.

Aku tetingat citer BEGAIN(RANSOM) bru episode 3 thh on going ... Kejam giler citer tu kiki sampai darah pun dorang perah
Quote rosedemon 10-11-2022 10:18 AM
klau kat mlysia anak senator msti lepass punya

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.240639 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top