CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Cari Fasal Buat Gajah Marah! Bakal Didenda RM13 Ribu

9-11-2022 08:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1156| Komen: 5

BANGKOK – Seorang pemandu trak pikap di Thailand berdepan hukuman denda sehingga 100,000 baht (RM12,689) selepas mempamerkan sikap menjengkelkan ketika bertembung dengan seekor gajah di sebuah taman negara di wilayah Nakhon Ratchasima atau Korat, lapor laman berita Thaiger.


Berdasarkan video yang dikongsikan di laman Facebook dan saluran YouTube ‘Wild Animals at Khao Yai’, lelaki berkenaan dilihat melakukan provokasi terhadap gajah yang melintas di sebatang jalan di Taman Negara Khao Yai.

Lelaki tersebut dilihat memandu ke arah gajah itu dan tidak berhenti seketika bagi memberi laluan kepada haiwan tersebut untuk melintas jalan seperti yang disaran pihak berkuasa.


Foto: Thaiger


Tindakan itu telah membuatkan gajah tersebut marah sehingga mengeluarkan bunyi kuat.

Pemandu tersebut kemudian memberhentikan kenderaannya, keluar dari trak tersebut dan merakam gambar gajah itu sebelum berlalu pergi.

Video itu menimbulkan kemarahan netizen yang menyelar sikap lelaki berkenaan kerana melanggar peraturan jalan raya, bahkan ada antara pengguna media sosial yang berharap agar gajah tersebut menyerang pemandu berkenaan.

Ketua Taman Negara Khao Yai, Chaiya Huayhongthong berkata, pemandu tersebut telah melanggar Seksyen 20 Akta Taman Negara yang menyatakan bahawa pengunjung perlu mematuhi arahan dan saranan renjer hutan. 

Tambahnya, mereka yang melakukan kesalahan tersebut berdepan bayaran denda sehingga 100,000 baht (RM12,689).

Menurut laporan stesen penyiaran Channel 7, pemandu itu telah pun menyerah diri kepada polis dan membayar sejumlah denda yang tidak didedahkan.

Menurut Chaiya, pemandu yang bertembung dengan haiwan liar di taman negara perlu memastikan jarak sekurang-kurangnya 30 meter, mengelak daripada membunyikan hon, mematikan lampu, mengundur ke belakang secara perlahan dan tidak cuba mengejar haiwan tersebut. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ketambangkang 9-11-2022 08:51 AM
gajah ni haiwan pedendam..hati2 lah hidup ko lps ni
Quote shernazz 9-11-2022 08:52 AM
Padan muka kena denda..
Gajah tu kalau pijak ko sikit pung penyek mcm ayam.penyet tahuuu
Quote afie_m 9-11-2022 08:55 AM
tak pasal2 ja kena bayar denda...
Quote CiliPadiSedap 9-11-2022 02:23 PM
denda dah sama dengan harga bmw drift di thailand.
Quote rosedemon 10-11-2022 10:18 AM
adan ukeeeee

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.084937 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top