CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Salah Masuk Gear Sampai Rempuh Pasar Raya, Tak Memasal Pak Guard Pun Kena Langgar

9-11-2022 08:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1459| Komen: 12

REMBAU – Gara-gara tersilap masuk gear, seorang pengawal keselamatan cedera dirempuh sebuah kereta yang tiba-tiba meluncur masuk ke sebuah pasar raya di Chembong.


Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 malam tadi itu membabitkan seorang pemandu kereta jenis Toyota Corrolla berusia 46 tahun.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, pemandu kereta tersebut baharu sahaja selesai membeli barang di sebuah pasar raya.


Foto: Kosmo

“Semasa memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah, pemandu telah tersilap masuk gear undur lalu telah hilang kawalan bergerak masuk ke dalam pasar raya.


“Pemandu tersebut terlanggar pengawal keselamatan iaitu wanita berusia 56 tahun yang ketika itu berada berdekatan pintu pasar raya tersebut,” katanya, hari ini.

Ujar Hazri lagi, akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Rembau.

“Kes ini disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan,” katanya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cassieopeia 9-11-2022 09:02 AM
tu kne tgk betul2 ms msk gear, sian acik guard
Quote pearl.silver 9-11-2022 09:05 AM
Ni jenis masuk gear terus tekan pedal minyak sampai lantai ka?
Quote supernaturalee 9-11-2022 09:15 AM
my dad pernah reverse smpi terlanggar pagar rumah



Quote Nnasda53 9-11-2022 10:49 AM
Kesian acik guard tu semoga dia cepat sembuh.
Quote kakikuDibibirmu 9-11-2022 10:56 AM
Sedapnya coklat Cadbury tu, nyum nyum nyum
Quote ally9970 9-11-2022 11:40 AM
Kalau takat masuk gear jer, tak tekan minyak, takde nya jadi mcm tuh...
Quote Jitu 9-11-2022 03:43 PM
mesti nak tekan brake ni tp tertekan minyak
bawak manual lebih selamat dlm situasi mcm ni cuma tu la leceh main clutch
Quote insulin 9-11-2022 04:16 PM
Ala... Kesian gear box ko. Mesti ada parts yang dah rabak.
Quote akies 9-11-2022 05:04 PM
Adehh sian acik guard
Quote annehuda 9-11-2022 06:42 PM
Saman jangan tak saman. Kesian makcik guard tu tak pasal-pasal masuk hospital
Quote rosedemon 10-11-2022 10:17 AM
pmbawa sial sep la mandu ni
Quote Manjahati 10-11-2022 10:19 AM
Moga cepat sembuh

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.036598 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top