CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kisah Anwar Ibrahim Difilemkan- Farid Kamil Pegang Watak Utama, Acha Septriasa Jadi Wan Azizah

8-11-2022 06:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6207| Komen: 103

Media sosial heboh memperkatakan mengenai penerbitan filem baharu yang melibatkan kerjasama pelakon terkenal negara ini dan Indonesia.

Difahamkan, Farid Kamil bakal memegang watak utama sebagai ahli politik disegani, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bergandingan bersama pelakon Indonesia, Acha Septriasa melakonkan watak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Berita itu tersebar selepas seorang pelakon dari negara seberang dikenali sebagai Hans de Kraker memuat naik gambar Farid bersama tenaga produksi bianglala_entertainment dalam akaun Instagram.


Foto: IG

Menerusi perkongsian tersebut, filem berjudul Jalan Masih Panjang diarahkan oleh Viva Westi turut menampilkan pelakon, Hasnul Rahmat yang dijangka memegang watak sebagai Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Farid yang pernah membintangi filem Legenda Budak Setan dilihat turut memuat naik semula hantaran Acha yang pernah berlakon dalam filem Heart menerusi Insta, story sekali gus menguatkan lagi kemunculan filem genre politik dan kenegaraan tersebut.

Bulan lalu, Farid yang mempunyai sejuta pengikut di Instagram menyatakan kecenderungan terhadap PKR selepas mengadakan pertemuan dengan Anwar selaku Presiden parti.

Gambar pelakon itu dimuat naik Anwar dalam Instagram rasmi beliau yang memperincikan tujuan kunjungan adalah untuk membincangkan perkara berkaitan seni dan budaya, selain mengenai industri perfileman negara.

Perkongsian tersebut turut dimuat naik oleh calon Parlimen Kangar, Amin Ahmad yang mewakili PKR yang mendedahkan idea mengenai penghasilan filem tersebut sudah dilakukan sejak 2018.

“Sebenarnya selepas 2018, ada beberapa pihak bertemu saya tentang bahan ini (atas cadangan pejabat Anwar sendiri). Ada yang nak buat dokumentari dan juga filem.

“Semoga semuanya lancar dan mengesankan. Nantikan Jalan Masih Panjang,” tulisnya di Facebook.

Hantaran yang dimuat naik dalam Twitter oleh seorang pengguna turut dihujani pujian mengenai penghasilan filem biografi Anwar.

“Saat filem Jokowi diputar di pawagam Indonesia pada 2013, saya dan isteri menonton sehingga kami hampir menangis di beberapa adegan.

“Filem mampu membuat kesan begitu mendalam serta sangat emosional. Saya berharap filem biografi Anwar ini tidak hanya membuat kita menangis, tetapi menjadi fenomena,” tulis Emir Hamdy di Twitter. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellejo 8-11-2022 06:44 PM
azizah akan ada slang indon ka sis?
Quote Goodluckdontcry 8-11-2022 06:52 PM
Den mls nk bc..tp ape ke bengong, wan jijah indon. Kehkehkeh dahla muka wan jijah Chinese look...tetibe jd minah indon xtau celah bedah mn..mmm tah apa2..
Quote Solokkk 8-11-2022 06:55 PM
Adegan semburit, termasuk gak ke?
Quote Buritan 8-11-2022 06:57 PM
Goodluckdontcry: Den mls nk bc..tp ape ke bengo ...


Belmbk muka chinese lokk.. scha alyahya ado.. tu pompuan seksi seksi nama ape tah.. pun muke chinese look jgk.. adoii... indon plk diamiknyaa.. lainlaa watak kak mah leh laa amik ade retis indon tuu ade lee akan akan kak mah..

Quote insulin 8-11-2022 06:57 PM
Adegan yang menyebabkan mata lebam ada x?
Quote Kitty_catz 8-11-2022 07:01 PM
tajuk apa?

PM tepi forever?
Quote cap_ayam 8-11-2022 07:02 PM
Nak BCL jadi kak wan
Quote Skuau 8-11-2022 07:03 PM
Solokkk replied at 8-11-2022 06:55 PM
Adegan semburit, termasuk gak ke?

tolong jgn 'blurkan'...
Quote Perwira2022 8-11-2022 07:14 PM
Hmmm... Banyak babak liwat la nanti ni...
Quote sharlenetexas 8-11-2022 07:15 PM
Sukma dermawan boleh amik pelakon indon.


Quote matamata 8-11-2022 07:22 PM
Aku nak jadi watak aku sendiri... Watak kena baling belantan FRU 1998....ada slot tak?
Quote MissYouSayang 8-11-2022 07:24 PM
Watak sepol sape nk pegang nnti scene usung tilam tu paling legend
Quote pu3_rania 8-11-2022 07:31 PM
No wonder lah kat gambar ni di IG perempuan Indon ni ada captions 'Met influencial anti corruption leader in Malaysia Mr Anwar Ibrahim and Mrs Wan Azizah in Kuala Lumpur'
Rupa-rupanya nak buat filem berkenaan BAPAK SCAMMER ni
Quote zulfahmimaidin 8-11-2022 07:45 PM
teringat filem michelle yeoh pakai tudunh
Quote Belibis 8-11-2022 07:59 PM
Goodluckdontcry: Den mls nk bc..tp ape ke bengo ...

Apa ko nak elijebeth tan ke?? Ha ha..tak pasal
Kak jijah jadi seksi.
Quote Samerosie 8-11-2022 08:00 PM
Terhibur betul baca komen2 forumers hahahahaha
Quote stingergrumpy 8-11-2022 08:06 PM
MissYouSayang replied at 8-11-2022 07:24 PM
Watak sepol sape nk pegang nnti scene usung tilam tu paling legend


Yg ini patahkayu boleh...sebab dia hapal surah almulk jadi adegan sumpah laknat will be very lancar...lagipun dia ni pun jenis jambu batu(kejong)

Wakahkahkahkahkah
Quote stingergrumpy 8-11-2022 08:08 PM
Samerosie replied at 8-11-2022 08:00 PM
Terhibur betul baca komen2 forumers hahahahaha


Ko kalo nak ambik watak umi hafilda...aku boleh propose nama ko...

Tapi ukuran teks ko mesti 36b....utk pegang watak ini

Ko mampoo ader?

Wakahkahkahkah
Quote misc 8-11-2022 08:20 PM
Mira basic lagi sama muka kak jijah utk watak masa muda tapi tak mungkin laaa kaannn.
Pastu sharifah shahora jadi kak jijah utk watak tua.

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.135612 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top