CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kempen BN Lemau, Banker Cuti Di Kajang – Rafizi Ramli

8-11-2022 06:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4217| Komen: 70

JOHOR BAHRU: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, kempen Barisan Nasional (BN) Johor dilihat lemau dan tidak semeriah dahulu disebabkan tidak mendapat peruntukan mencukupi selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meringkuk dalam penjara.


Beliau berkata, situasi itu memberi lebih semangat kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) untuk memenangi lebih banyak kerusi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Beliau yang juga calon Parlimen Pandan berkata, hasil tinjauan yang dilakukannya sejak semalam mendapati  situasi tersebut adalah kempen terburuk BN dalam sejarah PRU.


Foto: Utusan


“Kalau tengok kempen BN sebelum ini, selalunya belum hari penamaan calon pun dia sudah bersedia, semua dah nampak bagus dengan bendera dan poster sudah dinaikkan di mana-mana.

“Saya rasa ini disebabkan ‘banker’ mereka tengah bercuti di hotel dekat Kajang, jadi duit peruntukan tak ada. Ada juga orang UMNO beritahu bahawa duit belum turun,” katanya ketika berucap pada Sembang Santai Bersama Masyarakat di Taman Ehsan Jaya, di sini hari ini. 

Yang hadir sama calon PH bagi Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse. 

Rafizi yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor berkata, tinjauan yang dibuat di Parlimen Tebrau, Johor Bahru dan Segamat mendapati keadaan kempen yang suram.

Dakwanya, keadaan itu berlaku setelah UMNO, MCA dan MIC tidak biasa mengotorkan tangan mereka untuk melakukan kerja ini setelah ia dibuat oleh kontraktor yang berbayar.

“Kalau tengok kali ini, banyak tempat menyaksikan PH yang lebih ke depan dari segi persediaan kempen berbanding BN walaupun mereka baru sahaja menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Mac lalu.

“Keadaan ini memberi kita kekuatan untuk memastikan kemenangan calon kita di selatan negeri ini melibatkan Parlimen Tebrau, Johor Bahru, Iskandar Puteri, Pulai dan Kulai,” katanya. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 8-11-2022 06:59 PM
Sbb johor tu bg aku 'orang melayu' yg umno2 dulu dh berbelah bagi.either still umno bn, atau nk ikut muhyiddin. Muhyiddin kt org johor.
Quote Samerosie 8-11-2022 07:08 PM
Mende la piji ni mcm budak2.
Quote Skuau 8-11-2022 07:11 PM
menang kempen...kalah undi..ibarat menang sorak kampung tergadai...baik kita nunggu jer keputusan penuh tu nt...
Quote alesandra 8-11-2022 07:15 PM
Bukan johor je aku rasa keseluruhan kempen bn surprisingly lembab,lemah.harapkan cybertrooper je.selalunya bn mendahului  kenalkan list calon, manifesto.lahanat ni jugak yg x menyempat nak pru redah ribut, banjir.korang nak pru ni sbb nak melingkup cepat ke? x paham aku.
Quote insulin 8-11-2022 07:38 PM
Diamlah kau, dajjal kecil.
Quote putericahaya999 8-11-2022 07:41 PM
Bn porak poranda dh
Quote mojarean_X 8-11-2022 07:42 PM
So, kalo banker BN dlm penjara. Sape banker PH, PN dan yg plg pelik sekali Warisan yg lg meriah byk bendera tetiba. Btw bg iols tahun 2022, konsep2 pasang bendera ni dh ketinggalan zaman sbb rakyat lebih terdedah pd sumber maklumat yg lebih luas.
Quote TomyamPuteh 8-11-2022 08:19 PM
Bendera dgn banner sepanjang jln nk ke rumah aku ni habis menyembah bumi sbb hujan dgn angin.
Quote misc 8-11-2022 08:28 PM
Perangai mcm pompuan.
Quote Orix 8-11-2022 08:30 PM

khuenst... jantan sejati kalau berlawan xde nya nk byak mulut mengutuk parti lawan mcm pondan
Quote VespaSilbe 8-11-2022 09:20 PM
tapi betul sendu yach.. Ari ahad ke BBBangi tadak bendera BN.. [em:3:]
Quote testly 8-11-2022 09:36 PM
Setakat byk banner time pilihanraya tp sebelum pr muka adun ko pun aku xpernah nampak..lg tragik aku xpernah tau org tu adun tmpt aku sampailah nak pr ni tetiba suh pangkah dia lg...choiiiii
Quote Nurdianah 8-11-2022 09:49 PM

Quote kechikchomel 8-11-2022 09:55 PM
VespaSilbe replied at 8-11-2022 09:20 PM
tapi betul sendu yach.. Ari ahad ke BBBangi tadak bendera BN.. [em:3:]

Kat Sg Ramal Dalam ni, baru td iolss nmpk bendera PN pacak kat tepi jalan. Tu pun berapa helai je. Igtkn BN sbb kaler biru. Tgk dekat² PN rupanya
Quote fazila17 8-11-2022 10:07 PM
alesandra replied at 8-11-2022 07:15 PM
Bukan johor je aku rasa keseluruhan kempen bn surprisingly lembab,lemah.harapkan cybertrooper je.sel ...

Cytro BN bodoh2

Yang lelaki mat rempit, yg perempuan tergedik2

Dok buat video TikTok fakta kelaut, benda basic je pun tak tau. Budak tak habis sekolah ke BN ambik
Quote bakingsoda 8-11-2022 10:10 PM
kechikchomel replied at 8-11-2022 09:55 PM
Kat Sg Ramal Dalam ni, baru td iolss nmpk bendera PN pacak kat tepi jalan. Tu pun berapa helai je. ...


sbb ni la kot bn malas pasang bendera, pn dah tlg buat, org tgk sekilas je ingat bn punya pn punya bendera bn dapat nama
Quote shalalat 8-11-2022 10:14 PM
bakingsoda replied at 8-11-2022 10:10 PM
sbb ni la kot bn malas pasang bendera, pn dah tlg buat, org tgk sekilas je ingat bn punya  pn ...

Same shade, kira share 1 bendera je lah ye tak
Quote shalalat 8-11-2022 10:17 PM
Tp kalo tgk tiktok pon, yg byk naik fyp mmg content PH je. Pastu ada plak terselit kaklong karok jd fyp
Quote LoveSungmin 8-11-2022 10:24 PM
tak pernah berkenan dengan jantan ni.. muka macam minta kena penampar..

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.090055 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top