CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tahanan Maut Sebelum Jalani Hukuman Mati, Penjara Tetap Gantung Mayat

8-11-2022 06:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1558| Komen: 13

ZAHEDAN: Pihak berkuasa Iran dilaporkan tetap melaksanakan hukuman mati terhadap tahanan yang sudah meninggal dunia sebelum hukuman dijalankan.

Menurut Iran Human Rights yang berpangkalan di Norway, Iran melaksanakan hukuman mati terhadap tahanan yang dikenali sebagai Nematullah Barahui yang didapati bersalah dalam kes dadah.

Nematullah pada awalnya dijadualkan menjalani hukuman mati bersama beberapa tahanan lain yang disabit kesalahan sama di sebuah penjara di sini.


Foto: Agensi

Namun, tahanan itu dilaporkan maut ketika bertempur dengan pengawal penjara.


Selepas kematiannya, penjara Iran tetap melaksanakan hukuman mati terhadap mayat Nematullah supaya pengawal penjara yang terlibat dalam pertempuran dengannya sebelum ini dikenakan tindakan tatatertib.

Media tempatan juga melaporkan bahawa Nematullah maut sebelum menjalani hukuman mati.

Insiden pertempuran itu berlaku ketika Nematullah dikejutkan pada awal pagi dan dimaklumkan dia akan menjalani hukuman mati.

Disebabkan ketakutan, tahanan tersebut melawan dan bertempur dengan pengawal penjara menyebabkan dia dipukul dengan objek tajam pada lehernya.

Pukulan itu menyebabkan Nematullah maut.

Setakat ini, pihak berkuasa Iran tidak memberi kenyataan berhubung kes tersebut. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 8-11-2022 06:22 PM
Tak tau nak komen apa.  So kalau hukuman mati gantung, derang gantunglah mayat ni ye?  Samalah dgn death by shooting ke inject ke?
Quote ellejo 8-11-2022 07:14 PM
orang dah mati ko nak laksana execution apanya?
ko nak matikan apa dekkkkk
Quote imransulaiman 8-11-2022 08:20 PM
Dahulu kala hukuman gantung ni hanya hukum gantung. Tapi ada kes pesalah yang dihukum gantung tak mati. So dia terlepas.

Setelah insiden itu, hukuman dipinda menjadi gantung sampai mati.

Begitulah alkisah. Maafkan saya kalau ianya mitos belaka..
Quote Lagubestbest 8-11-2022 08:33 PM
ellejo replied at 8-11-2022 07:14 PM
orang dah mati ko nak laksana execution apanya?
ko nak matikan apa dekkkkk

terbunuh pagi tu, so sorok kes la kut.
Quote Itzy 8-11-2022 11:45 PM
imransulaiman: Dahulu kala hukuman gantung ni ...

Aku pun pernah baca macam kau cerita. Sebab tu nama hukuman tu dipinda. Dah gantung x mati2.
Quote rosedemon 9-11-2022 07:27 AM
gantung xmati2 tu mungkin ada ilmu la agaknya
Quote venom1 9-11-2022 07:33 AM
menyeksa jenazah. kalau dah pronunce death tu sudahlah..ni nak gantungkan jugak. mesti ada dendam kesumat pegawai penjara kat jenazah ni.
Quote mejaputih 9-11-2022 07:34 AM
Hukum pegawai yg pukul tu jugak.
Quote Perwira2022 9-11-2022 07:43 AM
Gantung je mayat tu. Mana tau taktik buat2 mati awal sebab nak terlepas hukuman.
Quote redz85 9-11-2022 08:02 AM
silap dia juga, dia yang pukul pegawal tu dulu
either way dia tetap mati
Quote pooh~key 9-11-2022 08:19 AM
venom1 replied at 9-11-2022 07:33 AM
menyeksa jenazah. kalau dah pronunce death tu sudahlah..ni nak gantungkan jugak. mesti ada dendam ke ...

So pesalah jenayah kat jail tu automatis jadi tak seksa sebab dia hidup kekdahnya sis? Bila pesalah tukar status mati, semuanya masuk kategori kejam seksa sis?
Quote venom1 9-11-2022 09:24 AM
pooh~key replied at 9-11-2022 08:19 AM
So pesalah jenayah kat jail tu automatis jadi tak seksa sebab dia hidup kekdahnya sis? Bila pesala ...

sejahat mana pun manusia, sekejam mana pun kelakuan dia di bumi ni pengakhiran dia kita mesti uruskan dia dengan sebaik2nya. Fardhu Kifayah untuk uruskan jenazah dia. Sila tengok cerita Mandi Mayat kat Youtube ya sis.
Quote pooh~key 9-11-2022 10:42 AM
venom1 replied at 9-11-2022 09:24 AM
sejahat mana pun manusia, sekejam mana pun kelakuan dia di bumi ni pengakhiran dia kita mesti urus ...

Untuk tontonan yang pircaya tuhan kiub kaabah atau tuhan banyak tangan sisthur?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.062108 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top