CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

A. Aida Terus Bagi Job Selepas Sebak Dengar Melia Aimelia Susah

8-11-2022 05:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4911| Komen: 43

Melia Aimelia sebak apabila luahan kepayahan hidup dan merayu mana-mana produser agar mengambilnya berlakon demi kelangsungan hidup mendapat perhatian produser, Datuk A. Aida yang menawarkannya terlibat dalam telefilem Rumah Tangga Berlumut.


Melia atau Noor Aimelia Zaidi, 28, berkata, selepas kisahnya disiarkan mStar, dia ada menerima panggilan telefon daripada wakil syarikat A. Aida Production yang menawarkan watak dalam drama arahan Riza Baharudin itu.

Foto: mStar

"Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada Datuk A. Aida kerana membuka peluang buat saya kembali sebagai pelakon dan dia seorang yang baik hati walaupun pertama kali kami berjumpa.


"Alhamdulillah selepas kisah saya disiarkan mStar sebelum ini, saya ada terima panggilan telefon daripada pihak A. Aida Production dan apabila dimaklumkan mengenai jadual dan lokasi penggambaran sekitar Kuala Lumpur saya terus terima.

"Selepas berbincang dengan ayah dan ibu, mereka memberi keizinan dan Insya Allah ini merupakan permulaan buat saya sebagai pelakon selepas lama menghilangkan diri," katanya.

Menerusi drama berkenaan, Melia memegang watak sebagai Rozie yang turut menampilkan barisan pelakon seperti Ikhram Juhairi, Jaja Ellyas, Rosnah Johari, Zaidi Omar dan Razak Ahmad.


Foto: mStar

Ia sedang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur sehingga Sabtu ini dan akan ditayangkan menerusi saluran Salam HD (133) Unifi TV.

Melia berkata, tawaran yang diterimanya itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluaga terutamanya dalam mendapatkan rawatan bapa yang menghidap kanser.

"Niat saya hanya satu ingin membantu mengurangkan beban keluarga dan Insya Allah pendapatan yang diterima boleh digunakan untuk tujuan rawatan bapa yang sedang melawan kanser.

"Ini adalah keajaiban daripada Allah SWT, dengan doa-doa orang di luar sana yang mendengar rintihan dan suara hati saya serta keluarga. Saya mungkin tak sempat baca semua komen tetapi ibu memberitahu sangat ramai mendoakan kami. Terima kasih buat semua dan mStar kerana sudi membantu Melia sekeluarga," ujarnya.


Foto: mStar
Sementara itu, Melia memberitahu tahap kesihatan bapanya semakin menurun sejak kebelakangan ini dan pembedahan membuang nanah di kepalanya terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

Meskipun berat meninggalkan bapa di rumah, namun Melia berkata dia terpaksa berbuat demikian demi mencari rezeki buat mereka sekeluarga.

Tambahnya, walaupun sebelum ini A. Aida terpalit dengan kontroversi memilih pelakon berdasarkan rupa-paras namun tawaran yang diberikan memperlihatkan sisi baik wanita itu yang bermurah hati untuk membantu individu dalam kesusahan.

Dalam pada itu, A. Aida yang ditemui di lokasi penggambaran telefilem itu berkata, dia memberi peluang kepada Melia selepas membaca kisahnya yang tersebar di media sosial malah ada ramai memaklumkan mengenai perkara itu di Instagram.

"Macam Melia ini saya tahu dia merupakan seorang pelakon dan ada asas lakonan, untuk telefilem ini sebagai percubaan terlebih dahulu. Saya selalu beri peluang kepada pelakon baru dan apabila membaca kisahnya saya terpanggil beri peluang ini.

"Saya ada tanya pengarah sama ada dia boleh berlakon atau tidak, Riza memberitahu mungkin boleh ambil berlakon untuk slot Akasia pula selepas ini," katanya.

Melia sebelim ini berhadapan kesempitan hidup kerana tiada pendapatan tetap dan hanya berharap bantuan daripada badan kebajikan berikutan tanggungjawabnya menjaga keluarga termasuk bapa yang sakit sementara adiknya pula ialah Orang Kelainan Upaya (OKU).

Melia memperlahankan karier seni pada tahun 2012 kerana menjaga bapanya yang sakit menyebabkan ramai menyangka dia sudah mengundurkan diri daripada industri lakonan. -CARI

Sumber: mStar Onlime

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sunkiss8999 8-11-2022 06:28 PM
Semoga ada la datok2 kaya yg duda atau bujang pilih retis cm dia ni jd bini..bagus..jge mak bpk..muka pun lawa
Quote Pak.dolla 8-11-2022 06:42 PM
Jiran aku datin ni adik lelaki dia kawin dgn mak saudara dato a. aida ni...selalu datin ni puji² dato a.aida ni dari dulu sampai skrg
Quote Purplehaz 8-11-2022 06:43 PM
Semoga meli diperluaskan rezeki..dapat jodoh baik..kesian sebab jaga bapa yg sakit kronik.
Quote tom2 8-11-2022 08:36 PM
Dik, cub kuruskn badan dan groom sket.Rasa kalau kurus ni lawa sebb bukan kerempeng. Boleh kot dapat lead nanti.
Quote syidasaleh 8-11-2022 10:56 PM
Dedulu mek ni hot jugak kan. Sebab penat and stress ke jadi cani
Quote MistrezHermanaz 8-11-2022 11:15 PM
tom2 replied at 8-11-2022 08:36 PM
Dik, cub kuruskn badan dan groom sket.Rasa kalau kurus ni lawa sebb bukan kerempeng. Boleh kot dapat ...

Dlm melodi ritu ada tunjuk selingan drama dia berlakon, body cun juga la masa tu.. Maybe dia stress ke xtau la x jaga mkn jadi beso camtu
Quote kashaz 9-11-2022 01:57 AM
28 thn dan bergantung semata2 duit berlakon ke kiranya? Hmm hmmm.

Mmg bagus jaga fmly, tp klu hrpkan job berlakon je  payahla. Mmg xleh ye kerja opis ke apa ke bila time xde job tu..
Quote dudaberhias 9-11-2022 02:01 AM
team nek aida selamanya... kerja rajin2 ye melia... heshe berisi pun lepas mekap2 masih cantik... ada aura2 pelakon pembantu (bukan hero heroin)...

semoga di permudahkan urusan...

Quote jalfa 9-11-2022 06:22 AM
Cantik je kalo groom
Kalo dah glamer jgn lupa diri.nek zaidah awang tu mmg mulut laser tp duit byk suka bantu org.
Quote Tembikaigoreng 9-11-2022 07:29 AM
Semoga melia di dpt banyak Job lah lepas ni.... Kesian tgk dia susah
Quote rosedemon 9-11-2022 07:42 AM
mulia hati nek aida
Quote naina 9-11-2022 08:29 AM
A.aida ni memang tak kedekut la tu yang aku perasan. Dia pun pernah cakap sudi labur ribu2 untuk cantikkan artis2 dia kan..berapa banyak reyis dia tolong sampai kena scam..
Moga terus maju compeny dia walaupun drama tah pape..haha
Btw Melia ni dulu berlakon apa..xpernah nampak pun. Nampak cantik gebu2 gitu..kalau kurus mesti lagi meletopsss
Quote heythere123 9-11-2022 08:57 AM
dudaberhias replied at 9-11-2022 02:01 AM
team nek aida selamanya... kerja rajin2 ye melia... heshe berisi pun lepas mekap2 masih cantik... ad ...

wah kakadud team nek aida rupanya. Patut la taste dekat pelakon hensem je
Quote pekanwoohoo 9-11-2022 09:25 AM
Ingat bagi job dekat Amelia satu lagi buat bayar saman, terkejuttt...
Quote winky1 9-11-2022 09:29 AM
Kerjalah elok2 Melia...berkat UTK jaga family. Semua org ada kisah silam. .tapi Allah bagi rezeki lagi . Tengok artis yg lama bertahan...mesti discipline tinggi
Quote winky1 9-11-2022 09:30 AM
pekanwoohoo replied at 9-11-2022 09:25 AM
Ingat bagi job dekat Amelia satu lagi buat bayar saman, terkejuttt...

Hahaha kamu nih. .daku pun sama tadi. Terkezut dia tu susah... adoi
Quote hayrin86 9-11-2022 09:36 AM
Purplehaz replied at 8-11-2022 06:43 PM
Semoga meli diperluaskan rezeki..dapat jodoh baik..kesian sebab jaga bapa yg sakit kronik.

Amin.. Aku pun nak terima dia biarpun chubby.. Yang penting, tanpa tudung..

Quote pembacagosip 9-11-2022 09:38 AM
pekanwoohoo replied at 9-11-2022 09:25 AM
Ingat bagi job dekat Amelia satu lagi buat bayar saman, terkejuttt...

ye wei aku sampai baca ulang 2 kalieh baik ke ngn amelia tu
oh melia amelia rupanya
Quote pembacagosip 9-11-2022 09:39 AM
semoga dipermudahkan urusan melia amelia
diberikan ganjaran sbb jaga keluarga

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.288893 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top