CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harta RM70.6 Bilion, Robert Kuok Kekal Jadi 100 Orang Terkaya Dunia

8-11-2022 05:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2167| Komen: 28

Tokoh korporat terkemuka negara, Tan Sri Robert Kuok terus mencipta kejayaan apabila kekal disenaraikan sebagai 100 individu paling kaya di dunia dengan mencatatkan kekayaan sekitar AS$14.9 bilion (RM70.6 bilion), sekali gus berada di kedudukan ke-98 carta berkenaan.


Kedudukan terkini itu dinyatakan melalui loparan Indeks Bilionwan Bloomberg setakat awal November ini di mana kekayan dimiliki Robert Kuok membolehkan beliau diangkat sebagai antara 100 individu paling kaya di dunia.

kekayaaan dimiliki anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu bukan sahaja diperolehi melalui perniagaan berasakan gula seperti penanaman tebu di Perlis, kilang penapisan gula dan pengilangan tepung, namun turut melibatkan perniagaan dalam sektor kewangan, perhotelan serta pengangkutan.


Foto: Kosmo


Sebelum ini, Forbes Asia turut menyenaraikan Robert Kuok sebagai individu paling kaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$11.5 bilion (RM48 bilion) pada tahun 2020 seterusnya kekal memegang gelaran itu melebihi 20 tahun.

Selain itu, berdasarkan tinjauan di Indeks Bilionwan Bloomberg setakat ini, Pengasas Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow turut disenaraikan sebagai 500 individu paling kaya di dunia dengan nilai kekayaan sekitar AS$6.43 bilion (RM30.5 bilion), sekali gus membolehkan Hong Piow berada di kedudukan ke-328.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk terus mengekalkan kedudukannya sebagai individu paling kaya di dunia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$190 bilion meskipun mengalami kerugian aset berjumlah AS$80.4 bilion.

Pada Oktober lalu, Elon dilaporkan hilang sebanyak AS$100 bilion dalam tempoh kurang dari setahun ekoran kejatuhan mendadak harga saham Tesla.

Menurut laporan majalah Forbes, nilai kekayaan Musk berkurangan hampir 35 peratus daripada AS$320.3 bilion (RM1.51 trilion) pada November tahun lalu kepada AS$209.4 bilion (RM992.14 bilion) pada Khamis lalu.

Sementara itu, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg berada di kedudukan ke-29 individu paling kaya dengan kerugian nilai kekayaan sebanyak AS$88 bilion.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 8-11-2022 05:23 PM
Tan Sri Robert Kuok Hock Nien
Quote Perawankota 8-11-2022 05:43 PM
Hebat.. Meanwhile, founder2 lain tu di mana yeee
Quote Kitty_catz 8-11-2022 06:50 PM
laaaa seyes ke nehh

ingat nama poremner kat sini yg terpaling kaya tu naik

takde ye nama sheols?

ohhh apa? tak kaya lagiiiii????


hahahahahahahahahahahahahaha
Quote seripahzeripah 8-11-2022 07:53 PM
Anak² dia sorang xdoo mencapub dkt melesia ini kan...
Quote PEPPERMAN 8-11-2022 10:12 PM
ada tak kalangan sultan2 malaysia tersenarai?
Quote makita 8-11-2022 10:25 PM
Meols nak tgok kalau mati tanam kat mana. Mesti tempat tu terpaling grand dlm dunia ni. Harta sampai kiamat pon x leh abes. Pandai atok ni cari duit.
Quote Nizleen86 8-11-2022 10:27 PM
Jap...CSR gula tu bukan syed mokhtar punya ke?
Btw bestnya sampai berapa keturunan pun tak payah hadap cari duit macam marhaen ni..
Quote Lagubestbest 8-11-2022 10:32 PM
Semalam tokey MAMEE Double Decker meninggal.



Menariknya, dari anak menantu dia hingga cucu cicit semua hidup dalam satu rumah.
Quote naina 8-11-2022 10:33 PM
kakikuDibibirmu replied at 8-11-2022 05:23 PM
Tan Sri Robert Kuok Hock Nien

Wow tak sangka semua brand ni dia punya
Patut kayaaa
Cmne dia boleh empayar sebegini hebat
Ingatkan tepung gula minyak seri murni tu bumiputra punyahhh
Quote Lagubestbest 8-11-2022 10:35 PM
PEPPERMAN replied at 8-11-2022 10:12 PM
ada tak kalangan sultan2 malaysia tersenarai?

Sultan diam2 pegang saham menerusi wakil peguam atas nama syarikat B kepada syarikat A.
Quote Triple_8 8-11-2022 10:57 PM
naina replied at 8-11-2022 10:33 PM
Wow tak sangka semua brand ni dia punya
Patut kayaaa
Cmne dia boleh empayar sebegini hebat

Kalau bumiputra punya, namanya bukan Seri Murni tetapi The Bliss.
Quote white_musk 8-11-2022 11:35 PM
Kitty_catz replied at 8-11-2022 06:50 PM
laaaa seyes ke nehh

ingat nama poremner kat sini yg terpaling kaya tu naik

Siapa? Stinger ke?
Quote rosedemon 9-11-2022 07:26 AM
mintak 100 ribu pon jadila tok.
Quote anony-mous 9-11-2022 08:05 AM
Ank2 dia semua x duduk malaysia ke? Ingatkan vincent tan level2 robert kuok since ank2 vincent ala2 mencapub
Quote syamzana 9-11-2022 08:16 AM
woahhh untung jd anak cucu cicit dia ni. enjoyyy the life tanpa mikir duit nak korek tang mana.
iols tatau plak roti massimo tu tokki ni punye.
Quote Kitty_catz 9-11-2022 08:16 AM

stinger tu jantanzzzz la, hat ni betina

ada je. kena rajin2 baca bebenang lain..

gigih lahai menepek bank statment bagai

terpaling la katakan

tetap berkerak juaaaaaaaaaaaa

pehtu bila kena perli sana sini, pandai pulak meroyan.. padahal sendiri yg memintak

apoooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
Quote pooh~key 9-11-2022 08:29 AM
Kitty_catz replied at 9-11-2022 08:16 AM
stinger tu jantanzzzz la, hat ni betina

ada je. kena rajin2 baca bebenang lain..

Siapa sisthurrr? Sis mbfcgajjsndks ke sis?
Quote Kitty_catz 9-11-2022 08:34 AM
pooh~key replied at 9-11-2022 08:29 AM
Siapa sisthurrr? Sis mbfcgajjsndks ke sis?

bukan sheols
kita putarrrr lagi ... hahahahahahahahaha









Quote Kitty_catz 9-11-2022 08:47 AM
seripahzeripah replied at 8-11-2022 07:53 PM
Anak² dia sorang xdoo mencapub dkt melesia ini kan...

helok lah.. yg bebetul kaya ni takde masa nak mencapub kat socmed... apatah lagi sekdar nak validation yg deme tu kaya. tak ckp pun org tahu deme kaya, better under the radar je to keep your privacy and sanity.

yg jenih tak berapa nak kaya,  baru merasa ada sejuta dua tu laaa yg mengigil2 nak tunjuk ke serata alam baru ada sejuta dua

kut 1-2 kali takpe la, kita kasik chance , ye la tahu ko baru kaya, jakun, mcm kera dpt bunga  

tp kut dah terlalu kerap, sampai segala mala ko nak tempek... sangat2 la ka-si-hannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn




Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.140603 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top