CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kalau Anak Nak Jadi Artis Pastikan Dalam Akaun Ada Simpanan Tujuh Keturunan Makan Tak Habis!- Noorkhiriah

8-11-2022 05:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2434| Komen: 10

Menyifatkan kerjaya sebagai anak seni bukan seindah yang disangka, pelakon Noorkhiriah berharap anak sulungnya iaitu Muhammad Hudhaifah, 13, tidak mengikut jejak langkahnya terjun dalam bidang hiburan.


Khiriah, 43, secara berseloroh turut berpesan agar Hudhaifah menyediakan wang simpanan secukupnya jika ingin bergelar seorang artis sebagai persediaan ketika waktu sukar.

Foto: IG

"Jadi artis ini adakalanya indah khabar daripada rupa. Tiada job, sakit bang (Hudhaifah). Semoga 'kuah' tidak mengalir dekat abang.

"Andai abang nak jadi artis, pastikan dalam akaun ada simpanan tujuh keturunan makan tak habis!," katanya.


Khiriah berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di lnstagram bersempena sambutan ulang tahun kelahiran anak sulungnya itu.



Sementara itu, Khiriah yang menerima trofi Pelakon Komedi Terbaik di Anugerah Sri Angkasa 2022 (ASA2022) barubaru ini memberitahu tidak akan berhenti berlakon selagi khidmatnya diperlukan.

Meskipun pernah menyatakan ingin meninggalkan dunia seni sebelum ini, Khiriah bagaimanapun melihat perkara itu sebagai detik dia cuba memperbaiki diri sendiri.

"Selagi diperlukan saya tidak akan berhenti berlakon. Sebelum ini, ada kesalahan yang perlu dibetulkan. Sekarang saya terima dan reda apa yang Allah kurniakan kepada saya.

"Kalau sudah menang anugerah kategori komedi, mesti ramai yang beri watak genre serupa. Tapi itu semua terpulang kepada saya sama ada nak terima atau pun tidak," ujarnya.



Berkongsi pengalaman bergelar anak seni, kata Khiriah, keikhlasan adalah perkara penting dalam kerjaya dan dia tidak pernah mengharapkan sebarang anugerah.

Dalam pada itu, pelakon drama Madu ini juga menepis tanggapan sesetengah pihak dia mula meletakkan harga tinggi selepas memenangi beberapa trofi.

"Saya tiada rahsia dalam kejayaan. Apa yang penting adalah ikhlas. Kalau kerja mengharapkan anugerah kita akan kecewa jika tidak menerimanya.

"Harga kerja saya sama sahaja daripada dahulu. Tak boleh nak 'tekan' sangat sebab fikirkan orang lain juga mahu cari makan tapi perlulah berpatutan," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 9-11-2022 07:41 AM
anak ko xensem nyah simpan jela dlm ghomah
Quote prince_marhaen 9-11-2022 08:47 AM
Terpaling istiqomah.......

Kena realistik lah kak kiah, wajah basic genetik kak kiah gitu susah nak dapat watak lead jadi artis top...apatah lagi dapat job lebat nak simpan duit tujuh keturunan, kalau ada duit tujuh keturunan tu dah takyah jadi retis dah.. kak kiah ni kekadang hasanah jugak ek..
Quote pembacagosip 9-11-2022 10:07 AM
anak yebby masuk realiti show pun kalah
x mesti ko anak retis akan jadi retis juga
keje lain yg jamin masa depan dik
Quote TomyamPuteh 9-11-2022 11:44 AM
Nape korg tak suka dia? Aku OK je. Dia buat benda baik. Dia tak ajak org buat benda tak elok pun.
Quote ciknaktau 9-11-2022 11:52 AM
TomyamPuteh replied at 9-11-2022 11:44 AM
Nape korg tak suka dia? Aku OK je. Dia buat benda baik. Dia tak ajak org buat benda tak elok pun.

biasa la..manusia lebih suka mengecam dari memuji...

Quote brunesss 19-11-2022 08:54 AM
TomyamPuteh replied at 9-11-2022 11:44 AM
Nape korg tak suka dia? Aku OK je. Dia buat benda baik. Dia tak ajak org buat benda tak elok pun.

aku pon, lagi aku allergy si yebbi dan perempuan putih mcm mayat yg ketar2 tangan kat pelamin tu.. dia ni ok je.. yg cakap nakanya tak hensem tu, tunggu lepas dia habis puberty period hokey
Quote DeLuna85 19-11-2022 09:19 AM
Bukan artis je yg kena ada saving. Tgk je pilot pun duit kepok orang kata. Sekali pandemic Baru nampak dorang pun gigih buat kerja lain.
Quote Rogue98 19-11-2022 09:34 AM
Apasal sampai 7 keturunan? Keturunan 2-6 kerja membongak jer ke?
Quote annadonna 19-11-2022 09:49 AM
Khiriah ni dulu kerja gomen. Artis budaya kat Istana Budaya. Kalau dia brtahan sambung study sekejap mesti dia dah jadi pegawai. Tapi dia pilih nak jadi pelakon so nasihat dia tu ada gunanya sebab dia dah melalui.
Quote pichee 19-11-2022 10:01 AM
Btl la nasihat mak kepada anknya...

I setuju je....sbb artis bkn all the time masuk job...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.058806 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top