CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiba-Tiba Iqbal Zulkefli Nak Dekat, Motif? Wafariena Meluat, Tak Nak Publisiti Murahan

8-11-2022 04:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4057| Komen: 25

Wafariena Roslan mengakui tidak selesa dikaitkan dengan pengakuan usahawan, Iqbal Zulkefli yang secara terbuka, tiba-tiba mendedahkan mahu mendekati dirinya.

Pelakon yang terkenal dengan watak Nurul Ain itu bimbang perkara tersebut boleh mengundang spekulasi liar memandangkan mereka baru menjayakan penggambaran sebuah telefilem di Kelantan, baru-baru ini.

Foto: IG

“Sejujurnya saya tidak ambil pusing kerana menyangka perkara itu usikan nakal saja disebabkan kami berlakon bersama-sama, tetapi apabila cerita serupa ‘dinaikkan’ dalam beberapa portal dan blog, saya kena bersuara.

“ Saya tertanya-tanya motif dia berbuat demikian memandangkan sepanjang empat hari di lokasi penggambaran, komunikasi kami macam biasa, begitu juga dengan pelakon lain termasuk Nami dan Along Cham,” jelas Wafariena.




Baru pulih daripada kecederaan akibat dari insiden di lokasi penggambaran baru-baru ini, Wafariena juga enggan pendekatan Iqbal tersebut  mengaitkan dirinya dengan publisiti murahan atau sengaja mahu menarik perhatian lelaki di tempat kerja.

“Memang tak seronok dengar spekulasi begini sebab saya ke Kelantan untuk cari rezeki dalam keadaan diri yang belum sembuh sepenuhnya selepas insiden kecederaan di sebuah set lain.

“Nanti disangka saya masuk set sebab nak tarik perhatian lelaki atau berpakat menjaja cerita kosong semata-mata mencari publisiti murahan,” katanya kepada Kosmo! Online.



Semalam Iqbal yang pernah mencetuskan kontroversi cinta dengan usahawan sensadi, Datuk Seri Vida berkongsi gambar dengan aktres berusia 27 tahun itu bersama kapsyen “Saya hilang kata-kata nak diungkapkan. Boleh siapa bantu?”

Perkongsiannya terus mengundang reaksi netizen yang meninggalkan komen bahawa mereka sebagai pasangan sepadan.

Bahkan tindakan Iqbal yang menjawab usikan ramai dengan memuat naik hantaran berasingan pula seakan-akan menghangatkan situasi.



Menurut Iqbal, dia tidak sempat bertanyakan pelakon jelita itu sama ada dia sudah berpunya atau tidak, namun mengakui tidak mahu mudah untuk mereka sampai ke tahap bercinta sebaliknya sekadar mahu bersahabat.

Terdahulu, Wafa yang juga bintang 7 Hari Mencintaiku itu memuatnaik video pendek dalam Instagram seperti mengingatkan seseorang supaya jangan mengaitkannya dengan publisiti murahan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 8-11-2022 05:27 PM
Haha Iqbal kena friend zone..
Quote September14 8-11-2022 05:33 PM
Edited by September14 at 8-11-2022 05:34 PM

X jantan la iqbal ni ppuan berkawan pun anggap mcm sister2 je…. Klu dgn kawan2 ponen mesti diorg panggil sis jer

Mana mau nya klu gosip bcinta.. klu zul ripin tu mungkin pelakon wanita itu x kesah
Quote Fly_over 8-11-2022 05:33 PM
wafa ni jgn la amek gmbr dgn moto.
Quote laksmanabentan 8-11-2022 05:33 PM
kesiannya iqbal... dia ikhlas tau nak berkawan dan bercinta...
dia insan yang baik, jujur dan ikhlas.. terimalah dia sebagai teman hidup...
gituu...
Quote missyL 8-11-2022 05:40 PM
Sian qebal hahaha

Not my taste kate wafariena hahaha
Quote missyL 8-11-2022 05:41 PM
Fly_over replied at 8-11-2022 05:33 PM
wafa ni jgn la amek gmbr dgn moto.

Tros nmpk aura minah rempit kn
Quote Carcosa 8-11-2022 08:03 PM
Walaupun aku gelimat dgn si Kebal Mat Capub ni, tapi aku nak hencap si perempuan ni jgk
Mementang la si Kebal tu nobody jah, sepantas kilatttt kau tuang gosip tu dlm longkang
Cuba kena gosip dgn Jul PetiAis, atau kena gosip dgn mana2 kerabat, atau orka2 bujang, mau kah kau tuang ke longkang?? Tak kan?
Quote lazim 8-11-2022 09:13 PM
Kaya pon org xnk.  Bini alip je sanggup berlakikan jntan terkinja2
Quote babyorange 8-11-2022 09:13 PM
fadz84 replied at 8-11-2022 05:27 PM
Haha Iqbal kena friend zone..

Cpt2 wafa frenzone lngsg xbg peluang. Good!
Quote dudaberhias 8-11-2022 09:16 PM
ok je theyols berdua tu... iols mengaminkan jah dedua...

dedua muka terletak helok...
sila swipe gambar ke 3 tu sebagai bukti...
sorang mancung tang hidung... sorang lagi mancung tang gigi...

semoga berjodohan gittuhhh....

baju hijau dan biru tu matching couple sangat....
cumanya mana satu vottem mana satu top tak pasti...
Quote Kancilkering 8-11-2022 09:18 PM
moga berjodohan
Quote kitmal 8-11-2022 09:23 PM
moga berjodohan dan betul kaya....bukan kayap
Quote LadyCarefree 8-11-2022 09:47 PM
Terganggunya dengan bibir atas dia. Pastu kenapa nak cakap acah2 pelat walhal melayu totok muka desa serupa cendawan kukur.
Quote cupu 8-11-2022 09:51 PM
Sabar jela bal..org baik mmg mcm ni.selalu kn frenzone..ppuan selalu taste badboy.nikah dua thn jumpa pastu see u in court.
Quote awenda507 8-11-2022 10:12 PM
Hahaha terang2an kena reject
Quote DeLuna85 8-11-2022 11:22 PM
Artikel pun tak agak2. “Pelakon jelita?”
Quote Rogue98 8-11-2022 11:33 PM
Lerrr . Ingatkan bapok...sape ni..
Quote whimsicalmusic 8-11-2022 11:39 PM
Die ni bg aku lawa jugak. Features muka n body cantik..tp die mcm ade vibe rempit..but still blh buang la xmcm tajul and baby shima hahaha
Quote matjerk 9-11-2022 12:01 AM
Carcosa replied at 8-11-2022 08:03 PM
Walaupun aku gelimat dgn si Kebal Mat Capub ni, tapi aku nak hencap si perempuan ni jgk
Mementang l ...

Nak cakap bende yg sama gak...

Patut hang bolayan kan jer... ni dia plak up lebih2... (padahal suka kan di issue kan sebegitu)

Mcm u kata la.. cuba klu zul riping ke... aiman hakim redza ka.. hang menggedik kan?

Kebal pulak... hang pun satu la.. klu betui minat.. hang approach diam2.. hang x post gitu.... hang cuma nak create hype je kan? Mcm dgn sape dulu.. rossa ke? Pastu  rossa kata enggak kenal sapa itu kebal.. sian n creepy betol lah kebal ni...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.053057 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top