CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Langsung Tak Ada Pesan Atau Beli, Influencer Seram Terima Banyak Parcel Kosong Ada Habuk Putih

8-11-2022 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1279| Komen: 8

Seorang usahawan yang juga pempengaruh media sosial atau influencer tertekan apabila setakat hari ini telah menerima banyak bungkusan atau parcel daripada pengirim misteri sejak Mac lalu.


Menerusi suatu perkongsian di Twitter, @marinadndy memberitahu, bungkusan yang diterima itu semuanya kosong dan ada antaranya berisi habuk putih.

“Sebelum ini, saya pernah menerima parcel yang mengandungi hanya satu pelitup muka dan di parcel dan tiada maklumat lain seperti nombor telefon manakala alamat pula adalah palsu.

“Ada yang cakap, pihak kurier hanya ingin mencuba kecekapan penghantaran sahaja,” katanya.




Susulan itu, Marina yang sekali lagi menerima parcel misteri kosong semalam berasa ia agak mengarut dan tertekan kerana dia tidak membeli apa-apa barangan.

“Ini sudah termasuk parcel ketiga saya menerima benda putih sebegini. Sebelumnya, bermacam-macam benda yang saya dapat.

“Saya sudah memaklumkan tidak ingin lagi menerima, membuka atau mengambilnya. Tetapi terpaksa juga terima,” jelasnya yang sebelum ini pernah menerima ikat rambut.

Dalam pada itu, rata-rata netizen di media sosial memintanya berhati-hati dan tidak membuka parcel tersebut kerana khuatir berlaku perkara tidak sepatutnya.



“Pernah dapat juga, tetapi menerusi alamat rumah ibu yang jarang saya gunakan. Parcel itu mengandungi pelitup muka dan hasil risikan alamat penghantar tidak menjual produk berkenaan,” kata seorang pengguna Twitter.

“Seramnya. Jika menerima bungkusan yang pelik-pelik, jangan dibuka dan sebaiknya dibuang terus. Risau seandainya berlaku perkara yang tidak diingini. Jika ingin kirim bungkusan misteri itu, hantarlah duit atau emas, barulah berfaedah,” seloroh seorang pengguna lain.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote najib888 8-11-2022 04:44 PM
syabu ke? atau kokain?
Quote esbok 8-11-2022 05:10 PM
kalau tak order kenapa terima. pernah daku tak nak accept parcel , orang tu  terpaksa ambil balik, sbb berkeras tak nak amik
Quote EJALTI 8-11-2022 05:18 PM
Influencer seram terima 100 parcel kosong ada habuk putih

https://www.kosmo.com.my/2022/11 ... ng-ada-habuk-putih/

Oleh FLORINA DERIS
8 November 2022, 4:29 pm


Antara parcel misteri diterima seorang pempengaruh media sosial yang hanya mengandungi nombor telefon dan alamat palsu.

PETALING JAYA – Seorang usahawan yang juga pempengaruh media sosial atau influencer tertekan apabila setakat hari ini telah menerima lebih 100 bungkusan atau parcel daripada pengirim misteri sejak Mac lalu.

Menerusi suatu perkongsian di Twitter, @marinadndy memberitahu, bungkusan yang diterima itu semuanya kosong dan ada antaranya berisi habuk putih.

“Sebelum ini, saya pernah menerima parcel yang mengandungi hanya satu pelitup muka dan di parcel dan tiada maklumat lain seperti nombor telefon manakala alamat pula adalah palsu.

“Ada yang cakap, pihak kurier hanya ingin mencuba kecekapan penghantaran sahaja,” katanya.

Susulan itu, Marina yang sekali lagi menerima parcel misteri kosong semalam berasa ia agak mengarut dan tertekan kerana dia tidak membeli apa-apa barangan.

“Ini sudah termasuk parcel ketiga saya menerima benda putih sebegini. Sebelumnya, bermacam-macam benda yang saya dapat.

“Saya sudah memaklumkan tidak ingin lagi menerima, membuka atau mengambilnya. Tetapi terpaksa juga terima,” jelasnya yang sebelum ini pernah menerima ikat rambut.

Dalam pada itu, rata-rata netizen di media sosial memintanya berhati-hati dan tidak membuka parcel tersebut kerana khuatir berlaku perkara tidak sepatutnya.

“Pernah dapat juga, tetapi menerusi alamat rumah ibu yang jarang saya gunakan. Parcel itu mengandungi pelitup muka dan hasil risikan alamat penghantar tidak menjual produk berkenaan,” kata seorang pengguna Twitter.

“Seramnya. Jika menerima bungkusan yang pelik-pelik, jangan dibuka dan sebaiknya dibuang terus. Risau seandainya berlaku perkara yang tidak diingini. Jika ingin kirim bungkusan misteri itu, hantarlah duit atau emas, barulah berfaedah,” seloroh seorang pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Quote kakikuDibibirmu 8-11-2022 05:22 PM
Setiap kali Mahathir nak jadi PM, anthrax tu mesti ada
Quote Goodluckdontcry 8-11-2022 06:31 PM
kakikuDibibirmu replied at 8-11-2022 05:22 PM
Setiap kali Mahathir nak jadi PM, anthrax tu mesti ada{:ml ...

Nuat juga claim kene anthrax..tp alhamdulillah hidup sihat walafiat sehingga skrg..bahkan tgh kemaruk nk jd PM... kehkehkeh..

Xblh blah btl drama king nuat PM ikat tepi ni..
Quote rosedemon 9-11-2022 07:25 AM
xpenah pulak aku exprience macm ni waopon aku influencer juga
Quote Perwira2022 9-11-2022 07:30 AM
Goodluckdontcry replied at 8-11-2022 06:31 PM
Nuat juga claim kene anthrax..tp alhamdulillah hidup sihat walafiat sehingga skrg..bahkan tgh kema ...

Nuar tu apa benda tak pernah claim?

Anthrax
Arsenik
Hitman nak bunuh sampai lari ke kedutaan turki
Banyak lagilah...

Last last diam diam yg yg pi cucuk bontot orang
Quote venom1 9-11-2022 07:36 AM
jadilah orang biasa2. bila dah popular benda macam ni la kena hadap.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.507950 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top