"Saya tak dikecam semasa buat Melodi? Teruk saya, masa masuk masjid, semua orang cakap aku nak sesatkan orang." Demikian perkongsian pelakon dan pengacara, Fauziah Ahmad Daud ketika diminta mengulas mengenai sikap pengacara generasi baharu, yang menurutnya kurang berani untuk menyelongkar dunia pengacaraan.
Fauziah yang pernah mengendalikan program Melodi di TV3 selama tujuh tahun menyeru agar pengacara generasi baharu lebih berani untuk mencari identiti sendiri. "Cipta identiti. Saya tak nampak identiti. Saya berani dan buat apa yang saya pernah buat di Melodi. Saya gabungkan bakat lakonan dan pengacaraan serta sedikit lawak jenaka yang saya warisi daripada Ahmad Daud.
"Orang fikir, pengacara hanya bercakap sahaja. Kadang-kadang, mereka ini buat lawak 'lemang'. Bila saya tengok, saya cakap, 'kau tak kelakar, okay'. Kau tak berani, takut. Jadi, macam mana nak berkembang?" katanya. Tambah Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy, seseorang pengacara juga tidak boleh bersikap malas.
|
ADVERTISEMENT