CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mak Ayah Suruh Buat Loan RM40 Ribu Untuk Kenduri Grand, Lepas Kahwin Derita Bayar Hutang

8-11-2022 01:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5411| Komen: 77

Sepasang suami isteri menderita seteleh membuat pinjaman gara-gara ingin melunaskan impian ibu bapa untuk membuat majlis perkahwinan mewah.

Dalam satu luahan yang dibuat kepada @ConfessTweetMY, wanita itu berkata, rumahtangga yang dibina selama enam bulan tidak bahagia, malah menyeksakan kerana perlu bekerja keras untuk membayar hutang tersebut.

Gambar Hiasan

“Sepanjang enam bulan berkahwin, saya lebih banyak menangis daripada gembira. Dulu kami ingin buat majlis secara kecil-kecilan sahaja, tetapi ibu bapa tetap ingin buat majlis mewah di sebuah hotel.

“Mereka meminta tunang (pada ketika itu) untuk membuat pinjaman sebanyak RM40,000 bagi melunaskan hasrat mereka. Tetapi sehingga kini, kami berdua menderita untuk bekerja keras,” kata wanita itu.


Tambah si isteri, suaminya yang bekerja sebagai kerani turut membuat kerja separuh masa sebagai penghantar makanan dan dirinya bekerja sebagai pekerja kontrak kerajaan juga berniaga kecil-kecilan namun masih tidak mampu menampung hutang yang banyak itu.



Lebih menyedihkan apabila suaminya yang dahulu ceria kini hanya tidur selepas pulang ke rumah kerana penat bekerja seharian untuk membayar hutang yang tidak berkesudahan.

Di ruangan komen, orang ramai sedih dan mengkritik tindakan ibu bapa suami isteri tersebut yang inginkan majlis mewah melebihi kemampuan anak mereka sendiri.

“Disebabkan ingin mengikut kehendak mak ayah, anak menantu terpaksa menanggung hutang. Sedihnya baca luahan ini,” kata @fyqass.

Rata-rata komen turut mendoakan bagi pasangan berkenaan untuk tidak berputus asa dan dipermudahkan segala urusan untuk menghadapi dugaan tersebut. –CARI

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acik79 8-11-2022 02:07 PM
Mak bapa dia tak tgk ke anak2 kerja apa gajinya berapa? Tak faham aku…. Aku dulu masa kawin, buat ringkas je, lps kawin lagi  banyak duit nak guna, nak sewa rumah nak bayar deposit segala bagai, nak beli barang2 rumah lagi…. Kalau yg terus bunting pelamin lagi la banyak nak guna duit….
Quote rikiruj 8-11-2022 02:15 PM
40k tu berapa lama nak abes bayar tu.. kalau kerja kerani maybe mampu bayar dalam 200-300 sebulan je..
Quote zarulnazmi 8-11-2022 02:30 PM
https://www.youtube.com/watch?v=GBtegeLJe2s
Quote kemala.sigh 8-11-2022 02:31 PM
Semoga kita ni nt anak2 nak kahwin, kita mampu ada rezeki n nak tolong anak & bakal menantu kesian la anak dah bordered pun berhutang lagi.
Quote midori888 8-11-2022 02:35 PM
Hanya mampu tumpang simpati....mmg ada parents mcm nie...kalu bole nak majlis yg grand utk anak, nak jemput satu kg, satu ofis semua....tapi taknak hulur kat anak, semua harap anak support sendiri....
Quote jazaa100 8-11-2022 02:36 PM
RM40k apa buat kat hotel?.....

Ada ke?......

Kat dewan aku percaya lah
Quote caca_eric 8-11-2022 02:39 PM
Kecik kan jela hutang
Refinance.. bayar 300 sebulan
Kalau tak mampu gak bayar 200 sebulan
Kalau tak mampu gak minta duit mak ayah
Quote green~tea 8-11-2022 02:44 PM
jazaa100 replied at 8-11-2022 02:36 PM
RM40k apa buat kat hotel?.....

Ada ke?......

Hotel mesti ratus ribu..
Quote SalenaGomez 8-11-2022 02:44 PM
jazaa100 replied at 8-11-2022 02:36 PM
RM40k apa buat kat hotel?.....

Ada ke?......

Mungkin bukan hotel kat KL atau hotel kecik je

Btw, huntung sapa yg kawen time pkp. X yah nak buat majlis beriya…kecik2 je pon xpe..makan lepas akad nikah cukup dah. Xde sapa nak mengata

My collegue mcm ni lah… skrg lega dpt anak 1. Lepas kenduri, rumah dah siap reno n perabot dah ada. Tinggal masuk tinggal je. Lepas setahun kawen, ada anak dah…now aman2 keje mcm biasa

Dia pon mengaku duit yg sepatut nya guna utk kenduri kawen, mmg sgt membantu utk start life kawen diorg

Kesimpulan, kalau ada kemampuan buat, kalau xde xperlu. Buat simple2 yg penting sampai tujuan tu
Quote green~tea 8-11-2022 02:47 PM
Siannya depe nih.. bebanan banyak.. iols doakan mereka ni dipermudahkan urusan dan murah rezeki... muda2 ni mmg semua org struggle nak bina hidup... apatah lg dah kena tanggung beban hutang yg tak memberi faedah langsung...


kos kawen diorang lagi maheiiiii bertingkek2 dari kos kawen aku & hubsbaby...
Quote shernazz 8-11-2022 03:04 PM
Kos kawen depa neh lebih kurang iols
Tapi iols buat rewang..mmg kos tinggi lah..
Sebab ayah iols jemput kqwan2 dia serata malaya..dia yang kuar duit utk kanduri..
Iols kuar duit utk pelamin n mekap je..haha

Iols mula.simpati dengan pasangan ni...
Agaknya mak ayahnya jenis kalau tak ikut..mesti ngata sampai 7 keturunan
Quote white_musk 8-11-2022 03:08 PM
shernazz replied at 8-11-2022 03:04 PM
Kos kawen depa neh lebih kurang iols
Tapi iols buat rewang..mmg kos tinggi lah..
Sebab ayah iols jem ...

Itu lah jika hidup dipuji, dan mati jika dikeji...

pedulikan apa kata orang dik....
bukan mereka yang beri adik makanan
Quote akies 8-11-2022 03:13 PM
Iols pun ada anak. Akan datang tiba masanya diorg ni nak kawin..kena pikir gak nak bebankan masa depan diorg ni
ke atau buat majlis kecil-kecilan..

Kita orang melayu dah terbiasa dengan budaya kenduri kawin yang jemputan sahaja dah beribu-ribu
Quote syamzana 8-11-2022 03:16 PM
bertabah la anak2 dpt parents camni. kalut nak panggil kwn2 depa la tu pastu duit taknak hulur
kazen laki iols nikoh last month kat TER pun habis 150k mujur la makpak kaya yg sponsored. belah laki buat kat dewan hape entah dlm mall tgh2 kolumpo nun berpusing2 warga village mencari tempat habis double dari pihak pompuan. byk pitih sgguh la utk dihabiskan.
Quote cm_vungtau 8-11-2022 03:17 PM
Ko jangan nak salahkan mak bapak pulak. Patut before kawin ko dah terangkan kat mak bapak gaji sekian sekian. Ni mesti jenis takut mak bapak tak kasi kawin sebab laki kerani aje
Quote krustykrab 8-11-2022 03:21 PM
kemala.sigh replied at 8-11-2022 02:31 PM
Semoga kita ni nt anak2 nak kahwin, kita mampu ada rezeki n nak tolong anak & bakal menantu kesian l ...

Anak² aku sok ni nk kawin, aku buat majlis tertutup utk sedara rapat je...yg jauh² bau bacang ke kentut ke, sori lah
Kalau anak² aku mampu nk panggil ramai², korg kuarkn la duit sendiri
Quote krimkraker 8-11-2022 03:21 PM
Semoga kuatlah semangat pasangan ni melunaskan hutang tersebut. Tambah kos sara hidup skang dah meningkat lagi2 kalu duk kl.
Quote ina_na 8-11-2022 03:23 PM
Adik aku dl pun ms nk kawin mak aku hantaran 20k..nk bt megah2.. atas alasan anak bongsu,grad university Dan cikgu.. belakang mak aku,adik aku gan suami dia bt loan tah bape puluh ribu la..duk ikut sgt ckp mak aku...nak nampak megah di mata org kg..bl aku bersuara kang kata aku anak derhaka...sudahnye mls trs nk ckp pe..tanggung la.. bkn x blh bt seapa ade nye..
Quote bakingsoda 8-11-2022 03:24 PM
kerani buat kenduri habis 40k

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.082064 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top