CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Pulang Ke Negara Kamu!" Lelaki Serang Sampai Kepala Bergegar, Tuduh Pelajar Asia Punca Penularan Covid-19

8-11-2022 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1623| Komen: 10

WASHINGTON – Seorang lelaki di negeri Ohio, berdepan pertuduhan jenayah kebencian kerana menumbuk seorang pelajar kolej berketurunan Asia-Amerika dan mengancam untuk membunuhnya dalam kejadian pada 2021, lapor akhbar New York Post .


Defendan, Darrin Johnson menuduh mangsa menyebarkan wabak Covid-19 di Amerika Syarikat.

Johnson, 26, didakwa di sebuah mahkamah persekutuan pada Khamis lalu berhubung serangan yang berlaku di kampus Universiti Cincinnati itu pada 17 Ogos 2021, beberapa hari sebelum kuliah bermula.

Dia didakwa mendekati pelajar berkenaan di Calhoun Street dan memaki-hamun mangsa, kata pejabat pendakwa raya daerah selatan Ohio dalam satu kenyataan.

“Pulang ke negara kamu. Kamu membawa Covid-19 ke sini. Kamu akan mati kerana itu,” Johnson dilaporkan berkata.

Dia kemudian melakukan provokasi kerana mahu bergaduh dengan mangsa, lapor stesen penyiaran CNN.


Foto: Getty

Mangsa enggan melayan konfrontasi itu, namun Johnson menumbuk kepalanya, jelas kertas pendakwaan.

“Kekuatan tumbukan itu menyebabkan mangsa terjatuh dan kepalanya terhantuk pada but kereta di bahu jalan,” kata pendakwa raya.

Mangsa mengalami gegaran dan luka di samping beberapa kecederaan lain. Dua orang yang menyaksikan kejadian itu menahan Johnson sehingga polis tiba.

Johnson dijatuhi hukuman penjara 360 hari pada Oktober tahun lalu selepas mengaku bersalah atas serangan salah laku dan ugutan jenayah.

Jika disabitkan dengan jenayah kebencian di mahkamah persekutuan, Johnson boleh dipenjara sehingga 10 tahun. -CARI

Sumber: Kosmo



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 8-11-2022 03:34 PM
Nasib tak retard mangsa tuu..
Quote kepompong 8-11-2022 03:41 PM
@blastoff ni kesalahan ejaan kat tajuk utama. igtkan Lelak nama org . rerupanya typo
Quote kakikuDibibirmu 8-11-2022 03:43 PM
Go back to Wuhan you idiot! ujar beliyau
Quote shernazz 8-11-2022 03:45 PM
Tapi orang tu ada kuturunan cina ka..
Ka viet american..
Ka.pilipinos american?
Quote Skuau 8-11-2022 03:46 PM
kakikuDibibirmu replied at 8-11-2022 03:43 PM
Go back to Wuhan you idiot! ujar beliyau

"kamilah yg memajukan ini Amerika"-
Quote bulalof 8-11-2022 04:22 PM
samalah yg kat sini, go back to your motherland yg tak sedar diri meminta macam2 tu.
Quote Goodluckdontcry 8-11-2022 06:47 PM
Alang2 cukupkanlah 5 hari..jd genap setahun..hakim pun..ngada2... Kehkehkeh
Quote rosedemon 9-11-2022 07:24 AM
cam vodooo
Quote ultra78 9-11-2022 07:27 AM
kakikuDibibirmu replied at 8-11-2022 03:43 PM
Go back to Wuhan you idiot! ujar beliyau

Kalau orang melayu disuruh balik mexico.
Quote Dwdrum 9-11-2022 08:47 AM
Budak ini mangsa innocent sebab visiting researchers dan students yang buat research depa behest of the china gomen dan intel service..around 1500 sudah mula balik ke china/hkg... Apa yang depa buat akan bagi bad perception talent luar yang lain... Dan warga china di US yang lain

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.058143 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top