CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bawa Anak OKU Naik Motor Hantar Makanan, Azimah Tak Perlu Bayar Cukai Jalan

8-11-2022 01:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1157| Komen: 11

KUALA LUMPUR- Kisah seorang ibu tunggal yang terpaksa membawa anaknya juga orang kelainan upaya (OKU) penglihatan pergi bekerja sebagai penghantar makanan dilihat terbela apabila beliau menerima bantuan pengecualian cukai jalan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Bantuan melalui inisiatif Pengecualian Fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan OKU itu diberikan kepada Azimah Abd. Rahim, 37, selepas menerima kunjungan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim di kediamannya di Jalan Ipoh di sini tadi.

Menurut Zailani, JPJ menzahirkan rasa simpati terhadap nasib menimpa ibu tunggal berkenaan dan bersetuju memberikan beberapa bantuan termasuk pengecualian cukai jalan sebagai sebahagian insiatif JPJ seperti dibentangkan di bawah Bajet 2022.


Foto: Kosmo


“Selaras dengan Aspirasi Keluarga Malaysia, JPJ menawarkan bantuan kepada Azimah melalui inisiatif Pengecualian Fi Lesen LKM
kenderaan OKU memandangkan ibu tunggal itu belum menerima manfaat berkenaan.

“Berdasarkan semakan JPJ, Azimah memenuhi kriteria ditetapkan dan layak menikmati keistimewaan pengecualian fi LKM sekali gus membantu meringankan beban kewangan beliau,” katanya kepada Kosmo!.

Zailani berkata, inisiatif itu diberikan kepada Keluarga Malaysia yang memenuhi syarat ditetapkan seperti merupakan golongan OKU atau dikategorikan sebagai ibu bapa, penjaga serta pasangan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Justeru, bagi yang layak dan belum menerima kesitimewaan itu, mereka boleh hadir ke mana-mana pejabat JPJ berhampiran untuk membuat pengisytiharan kali pertama dan memohon pengecualian fi LKM untuk kenderaan OKU.

“Keistimewaan pengecualian fi LKM untuk kenderaan OKU layak diberikan kepada kenderaan diubahsuai khas untuk kegunaan OKU atau bagi kenderaan motor yang tidak diubahsuai serta terhad kepada pemasangan tempatan sahaja,” ujarnya.

Selain itu, katanya, kenderaan terbabit hendaklah didaftarkan dan dilesenkan di atas nama individu tersebut selain perlu mempunyai kad OKU yang dikeluarkan JKM.

“Pengecualian juga dipanjangkan kepada kenderaan motor yang dimiliki oleh ibu bapa dan penjaga yang berdaftar dan mempunyai anak atau pasangan OKU serta berdaftar dengan JKM,” katanya.

Dalam kunjungan itu juga, Zailani turut menyampaikan bantuan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (CRS) selain aksesori tambahan keselamatan penunggang motosikal bagi memudahkan urusan menguruskan anaknya, Nur Ainul Zahirah Rashidi berusia enam tahun.

Sebelum ini, Kosmo! memaparkan ketabahan Azimah yang terpaksa membawa anaknya keluar bekerja sebagai penghantar makanan berikutan sukar mendapatkan khidmat pengasuh ekoran keadaan kanak-kanak itu yang OKU dan hiperaktif.  -CARI

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 8-11-2022 03:35 PM
Alhamdulillah..semoga murah rezeki ko kak.
Quote Perawankota 8-11-2022 09:09 PM
Semoga akak sekeluarga dipermudahkan urusan..
Quote gigahertz 8-11-2022 11:55 PM
Ni kalau PH berkuasa lagi lagi DAP jadi kerajaan mesti di mansuhnya bende tu.
Quote batmana 9-11-2022 05:01 AM
Konfuse aku..akak ni dh lama viral . dri tahun lpas..nk PRU bru bergerak berita cmni..
Apa2pun terima kasih JPJ sbb dtg membantu..
Quote AverageJoe 9-11-2022 05:20 AM
bukan ke fee LKM / road tax untuk motor cc rendah ni cuma RM2 saja setahun?

alang-alang bagi lah sekali pengecualian untuk fee lesen memandu untuk golongan berkelayakan macam akak ni
Quote rosedemon 9-11-2022 07:24 AM
semoga azimah tabah
Quote jazaa100 9-11-2022 08:41 AM
gigahertz replied at 8-11-2022 11:55 PM
Ni kalau PH berkuasa lagi lagi DAP jadi kerajaan mesti di mansuhnya bende tu.

Dorang akn tgok.....klu
Melayu yg dpt byk benefit, dorang akn mansuhkn lah.....m
Quote pearl.silver 9-11-2022 08:43 AM
AverageJoe replied at 9-11-2022 05:20 AM
bukan ke fee LKM / road tax untuk motor cc rendah ni cuma RM2 saja setahun?

alang-alang bagi lah s ...

Kan ebit dah belikn dia keret bezza
So xyh byr rt kereta tu juga..
Quote pearl.silver 9-11-2022 08:45 AM
jazaa100 replied at 9-11-2022 08:41 AM
Dorang akn tgok.....klu
Melayu yg dpt byk benefit, dorang akn mansuhkn lah.....m

Benefit ank oku ni puak diorg ramai gk dpt.jd mungkin akn ditambah lagi.. Hahaa

I tgk kt tsmpat iols ramai sgt bdk oku chinese ni.
Antaranya sbb parents bdk2 tu xnk bela, hNtar balik kg suruh popo bela.
Quote krustykrab 9-11-2022 09:02 AM
Patutnya dept rina harun pikirkn mcm mn nk jaga anak akak ni waktu akak ni kluar keje...
Setakat bg pengecualian cukai jalan buat pe
Quote gigahertz 9-11-2022 05:04 PM
jazaa100 replied at 9-11-2022 12:41 AM
Dorang akn tgok.....klu
Melayu yg dpt byk benefit, dorang akn mansuhkn lah.....m

Lepas tu melayu akan membenci perdana menteri
Bila dah membenci boleh bubuh racun pemberontakan.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.062104 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top