CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Bukan Dayus, Bersalin Dengan Doktor Lelaki Dikategorikan Keadaan Darurat

8-11-2022 01:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 752| Komen: 2

Seorang ustaz tampil menjawab isu penceramah bebas, Siti Afifah Shahbudin yang melabel suami sebagai dayus jika membenarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki.


Seorang ustaz juga doktor, Fawwaz Fazli berkata keadaan sewaktu bersalin adalah disifatkan sebagai kategori darurat dan menyelamatkan anak dan isteri adalah perkara yang lebih utama.


Gambar Hiasan

“Apabila melibatkan isu bersalin, perkara penting yang perlu difikirkan adalah nyawa bayi dan ibu tersebut tanpa mengira warna kulit atau jantina doktor yang menyambut kelahiran anak itu.

“Dalam bidang perubatan, isu jantina atau agama bukanlah perkara utama yang perlu dititkberatkan melainkan aspek kepakaran kerana siapa yang pakar atau mahir maka dia akan maju ke hadapan,” jelas penceramah bebas yang terlibat dengan bidang perubatan hampir 15 tahun itu.


Menurutnya lagi, hal yang terpenting adalah mampu melaksanakan persalinan dengan lancar tanpa mengira jantina atau agama doktor yang menyambut kelahiran tersebut.

Merujuk kepada sebuah hadis ada disebutkan, ‘Nabi bertanya kepada seorang pakar perubatan, siapa yang lebih pakar di antara kamu’ yang jelas membuktikan bahawa kepakaran adalah yang terpenting.

Tambah Fawwaz, di negara ini bilangan doktor pakar wanita adalah kurang kerana untuk menjadi seorang yang pakar dalam bidang ini bukanlah sesuatu yang mudah, pengajian juga sangat sukar dan memakan bertahun-tahun masa.

“Terdahulu, terdapat kes di sebuah hospital dan suaminya merupakan seorang yang kuat agama. Dia enggan membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran anaknya dan pada akhirnya, si isteri menanggung kesakitan.

“Akhirnya apabila isterinya berada dalam kesakitan, suami yang dalam ketakutan itu meminta maaf kepada doktor dan memohon pertolongan daripadanya. Itulah yang membezakan antara kuat agama dan memahami agama,” jelas Fawwaz menerusi rancangan television, Tanyalah Ustaz. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 8-11-2022 02:47 PM
dasyat diorang ni. bab darurat pun jadi isu. melibatkan keselamatan dan nyawa kut

haritu kes kepala air, ni kes beranak pula
Quote kakikuDibibirmu 8-11-2022 03:01 PM
Kalau dah darurat, nak berzina dan melacur pun boleh

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.074680 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top