CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shila Amzah Terlampau Sibuk- Masa Dengan Anak Pun Tak Cukup, Mana Sempat Nak Bercinta

8-11-2022 12:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1313| Komen: 4

Penyanyi Shila Amzah, 32, akhirnya tampil membuka mulut mengenai gosip cintanya bersama penyanyi, Amir Masdi.

Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Amzah menjelaskan, dia tidak faham kenapa ada pihak yang sanggup menggosipkan dirinya dengan pelantun lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah itu, sedangkan usia Amir tidak jauh dengan usia adik kandungnya, Syada Amzah.


Foto: IG


"Allah, yang istimewanya ialah dia kawan kepada adik saya, lagipun dia baya umur -umur adik saya. Saya pun anggap dia macam adik sahaja.

"Tak faham kenapa ada orang nak gosipkan saya dengan Amir Masdi sebab dia pun masih baru, masih hijau dalam industri ni. Tapi, biasalah kena gosip-gosip ni. Saya tak kisah pun.


"Tapi dia buat saya rasa kelakar lah... Tak baik nak gosip-gosip saya macam ni," katanya menerusi temu bual program Melodi TV3.



Ketika ditanya mengenai alasan yang diberikan itu hanya sekadar mahu menyembunyikan hubungan sebenar, Shila menegaskan, tidak timbul isu sedemikian kerana dia telah meletakkan jurang persahabatan itu terhadap Amir.

"Nak menyorokkan hubungan apa? Dia dah jadi adik... kita dah letak jurang tu. Tak baik tau,  kalau dia betul-betul teman lelaki kita, sentap hati orang tu," jelasnya.



Dalam pada itu, Shila memaklumkan, dia kini sedang sibuk menguruskan rutin harian termasuklah kerjaya seni dan anaknya, Seth Uwais.

"Saya bercinta dengan kerja sekarang ini. Nak luangkan masa dengan anak pun kadang tak cukup waktu apatah lagi nak bercinta... kesian teman lelaki saya kalau ada," ujarnya.




Terdahulu, gosip percintaan antara kedua-dua penyanyi ini timbul selepas mereka sering dilihat melakukan aktiviti bermain badminton bersama. -CARI

Sumber: Berita Harian

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheezel 8-11-2022 12:58 PM
Anak dia comel. Tp tula mak dia
Quote rosedemon 9-11-2022 07:38 AM
suka hati ko la silealat
Quote Perawankota 9-11-2022 08:17 AM
Orang ni klu dia dah berkenan kt sorg tu, tak der istilah tak der masa nk bercinta.. Komen2 pasal orang ada lak masa.. Cakap jer lah tak der yg berkenan di hati lagi
Quote redz85 9-11-2022 08:23 AM
kesian... 2 kali salah pilih... #my gosh, it's so hard!!

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.081208 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top