CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Rakyat Sangat Rindukan Pemerintahan BN," Datuk Nash Turun Padang, Bantu Kempen Di Sepang

8-11-2022 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2508| Komen: 25

Penyanyi rock terkenal, Datuk Nash turun padang membantu kempen Barisan Nasional (BN) di Sepang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Nash atau nama sebenar, Jamaludin Elias, 63, melapangkan masa bagi membantu calon BN, Anuar Basiran memenangi kerusi Parlimen Sepang.

Menurutnya, beliau terpanggil membantu BN kerana selama ini, bukan hanya rakyat di Sepang menderita disebabkan ketidakstabilan politik, malah, seluruh negara terasa.


Foto: Berita Harian

Nash berharap usaha itu dapat menarik dan memberi keyakinan kepada rakyat untuk kembali menyokong BN pada hari pengundian, 19 November ini.


"Tema utama dalam manifesto BN, iaitu Kestabilan dan Kemakmuran sesuai untuk kita terjemahkan pada PRU15.

"Rakyat rakyat sangat rindukan pemerintahan BN semula seperti dahulu," katanya kepada pemberita selepas bersama Anuar bertemu pengundi di Pasar Dengkil, kelmarin.



Yang turut hadir, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil yang juga Timbalan Ketua UMNO Sepang, Shahrum Mohd Sharif.

Nash berharap BN meraih kemenangan pada PRU15 dan berjaya membentuk semula kerajaan.

Katanya, beliau yakin calon yang dipilih pimpinan parti pusat adalah wakil terbaik bagi BN dan berharap semuanya mencapai kemenangan.

"Selain Sepang, saya akan bantu calon BN berkempen di tempat kelahiran di Muar, Johor. Saya juga akan pergi ke Baling, Kedah dan Pahang," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 8-11-2022 12:23 PM
rindu ?? aikkk. skrg bukan BN ke ???
Quote NonaNaga 8-11-2022 01:09 PM
Nash org Muo mestilah totok UMNO...BN
skang kan BN yg perintah apa yg dirindukan tu..nak majoriti 2/3 ker...mmg mustahil
Quote sleepandream 8-11-2022 01:28 PM
kestabilan apooo....
kalau BN menang pun tak stabil la...
ujong2 nanti berebut jawatan PM geng zahid vs mael

manifesto nak bg laptop free dekat semua b40 student...
choiiii...
nak bg breakfast free pun takdok duit...
Quote KBW2 8-11-2022 02:07 PM
Lel perdana menteri ko Mail Penyu tu parti ape diknon? Parti Kangkong ke?
Quote cikatilia 8-11-2022 02:09 PM
dok gua keerrrrrrr
semail tu apoo
Quote kucingitam 8-11-2022 02:18 PM
menderita lah sangat...tolong jgn fitnah rakyat k..
Quote matseh 8-11-2022 02:25 PM
Hanya org UMNO/BN saja yg rindu.
RINDU nak SAKAU DUIT.
Quote Nenasketum 8-11-2022 02:25 PM
Dadah masa muda2 dulu dah makan abis sel2 otak dia ni la agaknya. Vongok
Quote akuHavocczz 8-11-2022 03:22 PM
Rindukan pemerintahan BN. abeh tu sebelum bubar ni bukan diperintah bn ke?
Quote rosedemon 9-11-2022 07:37 AM
hidup bn!!!
Quote CiliPadiSedap 9-11-2022 08:22 AM
bodohnya , ismail sabri tu orang bn umno kan?
Quote imanamsyar 9-11-2022 08:39 AM
rakyat mana yang rindu tu?
Quote SANKURIANG 9-11-2022 08:50 AM
Harga telor ayam pun tak reti nak stabil kan...ni ‘an pulak nak stabilkan negara...kalau BN dpt majoriti penuh...masuk ICU la Msia ni.......rasuah, salahguna kuasa...semua pakej ada kat dUMNO tu....
Quote zuriey 9-11-2022 09:24 AM
Smlm Ada lalu live si Jed jaini
Aku Layan LA kejap
Dia tu mmg pekat macai BN
Bertubi2 kena maki dgn netizen  
Quote iolss 9-11-2022 06:45 PM
says who?? duhhhhhhhhh
Quote bankerpencen 9-11-2022 07:04 PM
Mailberry apaknya si d*fi tu BN la tu. Rindu apanya
Quote AWEKSAMURAI 9-11-2022 07:21 PM
Senang citer artis ni yg reramai macai BN sbb dorang ni d antara cuci duit para tok menteri BN ...nk xnk kena pekat lah bodoh nya . Kang kalau BN dh x jd kerajaan al kisah jd mcm acik elly suriati lah dlu mcm org gila jerit sana sini ...ye lah duit bwh meja sbgai tukang jilat x dpt.....

Artis yg tegar Tun M sume diam2 je ... Farid Kamil tu pun terpaksa tukar kiblat dh ke Nuar sbb dia berlakon filem jd watak Anuar Ibrahim nk xnk kena jilat lah nuar ..undi blom tentu .

Tok Ti mmg totok Tun M tgok mana ada dia nk kempen utk BN hahaa
Quote Orix 9-11-2022 07:28 PM
Sepang iols rs bakalan jatuh pd DP Che Asmah dari Pejuang.... untong org Sepang kalo dpt dia...
Quote fadz84 9-11-2022 07:39 PM
Orix replied at 9-11-2022 07:28 PM
Sepang iols rs bakalan jatuh pd DP Che Asmah dari Pejuang.... untong org Sepang kalo dpt dia...

Cyber ni dh rupa Gotham City klu mlm2.. eloklah klu ada ahli parlimen yg leh tingkatkan facilities kat sini…. Harap bkn rina doraemon la yg mng…

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.039113 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top