CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Kali Kad Ditolak, Bekas PM Britain Malu Tak Mampu Bayar Makan Tengah Hari

8-11-2022 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1303| Komen: 8

Bekas Perdana Menteri Britain, Liz Truss berdepan detik memalukan apabila kad banknya ditolak dua kali ketika mahu membayar makan tengah hari di sebuah restoran di London baru-baru ini.


Lapor Daily Mail,b ekas perdana menteri paling singkat berkhidmat itu terpaksa meminta bantuan seorang rakan untuk membayar selepas menikmati makan tengah hari di restoran BRIX LDN pada Khamis lalu.

Ramai pengunjung lain yang berada di restoran itu memerli Truss dengan mengatakan insiden tersebut berlaku kerana bekas perdana menteri itu sudah tidak mendapat gajinya.

“Truss sedang makan bersama rakannya dan berborak selama hampir sejam. Ketika pelayan menghantar bil dan mesin pembayaran, Truss mengeluarkan kadnya untuk membayar tetapi ditolak dua kali.

“Truss kelihatan agak kecewa tetapi rakannya pantas membayarkan makanan yang hanya berharga kurang 20 pound (RM107.6) itu. Mungkin kerana malu, Truss terus berlalu keluar dengan cepat sekali,” kata seorang daripada pelanggan di restoran tersebut.


Beliau dikatakan kurang bernasib baik sejak kebelakangan ini selepas telefon bimbitnya sering diganggu.

Portal The Mail melaporkan beliau menggunakan telefon bimbit baharunya yang keempat sejak Julai lalu, ketika perkhidmatan keselamatan berusaha melindunginya daripada terus diganggu kuasa asing.

Beliau terpaksa menukar nombornya semasa pertandingan kepimpinan musim panas lalu selepas digodam oleh ejen yang disyaki bekerja untuk Russia.


Sumber: Utusan





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kechikchomel 8-11-2022 12:15 PM
iolss tak tau card dorang macam mana. tapi pernah la kad iolss kena reject kat ATM. berapa kali ntah. pastu iolss gosok2 sikit chip dia, baru ok.

Quote Simunggu 8-11-2022 12:36 PM
mcm mana boleh jadi PM mentadbir 1 negara kalau ini pun bodoh...fikir fikirkan
Quote margo20 8-11-2022 12:46 PM
Dia ade 1 kad je ke? Patutnya dia pakai apple pay kalau tiber kad kena reject tu bole ckp takde line
Quote SWORKS27 8-11-2022 12:54 PM
tula..kalau dia lantik Lim Ghuan Heng dulu dah dapat e wallet 30 ringek
Quote Thunderclouds 8-11-2022 12:56 PM
Aku marhaen pn guna 3kad & suma leh guna. Dia guna 1 kad & xdak standby cash lgsung. Rega mkn pon xdak 20pound. Oso byk lg channel cashless lain. Berita mai mana ni. Mcm tak make sense.
Quote sharlenetexas 8-11-2022 12:56 PM
Takleh guna ewallet ke?


Quote kasibiman 8-11-2022 01:05 PM
sharlenetexas replied at 8-11-2022 12:56 PM
Takleh guna ewallet ke?

Phone kene hack.

App access kene hack.

Third party processor mcm iPay88 kene hack.

Kompeni Telco kene hack.

Malware.


Belum lagi cabaran beteri abes, takde signal, signal jamming, tak cukup memory/storage.



Yakin betul korang with e wallet as a medium of payment eh?
~dari Aku yg pesimis
Quote sharlenetexas 8-11-2022 01:10 PM
kasibiman replied at 8-11-2022 01:05 PM
Phone kene hack.

App access kene hack.

Bawak cash ajelah.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.041995 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top